PENGALAMAN BENTAN WAKTU BERPANTANG.

Assalammualaikum.

Sape pernah berpantang harusla selalu dengar perkataan BENTAN ni kan. Jangan buat itu nanti BENTAN, jangan makan ini nanti BENTAN. Masa berpantang kali pertama, saya dijaga oleh nenek saya sendiri sebab mak saya bekerja. Dah namanya orang tua, pot pet pot pet je mulut dia hari-hari. Nak lawan kang berdosa, tadah je la telinga. Haha..Stress saya masa tu. Lepas tu agaknya darah muda, mana nak percaya cakap orang tua."Ape mende Bentan? Tipu je la orang tua-tua ni". DEGIL, SOMBONG. Itu la perangai saya masa ni.Tak ikut langsung cara pantang larang berpantang. Dan luckily, memang tak jadi ape2 pada saya. Kecuali luka lambat baik, Yang tu saya akan ceritakan dalam post yang lain.

Untuk berpantang anak kedua, saya dah insaf sikit. Sebab dah ada ilmu, bertukar-tukar cerita dengan ibu-ibu lain, dan rasa sangat perubahan badan yang makin mcm tak berapa nak kuat masa mengandung anak kedua. Saya sekarang mangakui ilmu berbidanan orang melayu kita. Berpantang tu, memang perlu dan wajib utk ibu selepas bersalin. Jadi saya berazam nak berpantang betul2 kali ni. Dan ketika niat saya nak berpantang betul-betul ni lah, Allah uji saya. Apa yang nenek saya risaukan BENTAN tu terjadi pada saya.

BENTAN tu ada kategorinya. Tapi yang saya kena adalah BENTAN URAT. Saya tak pasti punca sebenar saya bentan ni, cuma 2-3 hari sebelum saya bentan tu, pada malam hari, saya haus nak minum air, saya malas nak ke dapur untuk ambil air suam.Jadi saya minum je air pada SUHU BILIK. Juga 2-3 hari tersebut, saya mandi awal pagi, dalam pukul 7 pagi dan sepanjang minggu tersebut HUJAN waktu pagi. Saya mandi awal sebab makcik urut saya datang awal pada pukul 7.30 pagi. Semua tahu kan orang berpantang tak boleh sejuk-sejuk walaupun mandi air panas.Dan pada hari bentan tu, saya telah ke klinik kesihatan untuk check tahap jaundice baby, Dalam klinik sangat sangat sejuk sebab beraircond kuat.

Balik dari klinik kesihatan, saya rasa pening kepala.Bila dah sampai bilik, saya terus rasa sejuk yang teramat sangat. Badan mengigil tanpa boleh dikawal. Saya cuba makan panadol, tapi takde ape yang jadi. Seluruh badan saya mengigil, tangan,kaki,peha. Masa tu suami ade bilik, suami pun dah panic tengok saya. Saya suruh panggilkan nenek cepat2.Apabila nenek masuk ke dalam bilik, terkejut nenek saya."KAU BENTAN NI KAK". Nenek saya cepat2 suruh suami saya ambilkan air panas untuk minum dan panaskan tungku. Saya nenek selimutkan dengan toto tebal dan suruh baring. 

Lepas minum air panas dan bertungku selama 20 minit. Barulah menggigil badan saya tu beransur-ansur hilang.Sepanjang bertungku tu nenek asyik berselawat je.Berzikir nama Allah tak berenti-renti. Nenek kata dia takut sangat saya TUMPAH DARAH. Sebab tumpah darah ni boleh menyebabkan KEMATIAN. Adik ipar saya yang kebetulan ada tu pun memang hampir menangis tengok saya mcm tu.Kelam kabut sungguh kejadian pagi tu, dan mujurlah, Allah masih bagi peluang saya hidup.Alhamdulillah.Tapi selepas kejadian bentan tu, badan saya sentiasa sejuk, walaupun kipas hanya berpusing dalam kelajuan 1, saya rasa sejuk sangat dan sentiasa rasa nak mengigil.

Keadaan badan sejuk-sejuk tu berlarutan selama beberapa hari. Saya jadi risau, jadi saya telefon bidan urut. Saya terangkan keadaan saya, dan bidan risau kat saya. Katanya bentan awak ni tak habis lagi. Esok saya dtg untuk buat rawatan. Bila bidan urut dah datang tu, macam-macam la dia cerita, dan macam-macam la ilmu berbidanan yang saya dapat.Meh la saya ceriatakan pasal rawatan untuk bentan ni dulu ya.Sebab ni topik pasal bentan. Bab yang lain, lain kali pulak saya share ye.

CARA MERAWAT BENTAN by BIDAN URUT saya;
  • tumbuk halia tua, campurkan dengan minyak urut, dan sapu BELAKANG badan.
  • bersauna, boleh gunakan mandian herba tu, letak dalam baldi, duduk dan selubung badan dengan kain batik.
  • minum air panas
  • bertuam terutama belakang badan
  • sentiasa makan makanan yang memanaskan badan (halia, lada hitam, bwg putih, minum air akar)
  • sentiasa berstokin tebal dan pakai sweater
kepada orang yang bentan, point2 kat atas tu PERLU buat sampai rasa hilang rasa sejuk2 kat badan tu. Macam saya sendiri, memang bila berpeluh tu rasa lega sangat. Sebab tak tahan badan telalu sejuk. Dan, rawatan kat atas tu makan masa tau. Bukan buat 2-3 hari terus baik. Makan minggu jugak. Sabar dan buat la hari-hari sampai rasa ada pengurangan.

Menurut bidan tu lagi, bentan ni kalau tak dirawat, nanti dah tua boleh kena penyakit radang sendi (arthritis). Nauzubillah, saya pun tak tahu kebenarannya. Semoga Allah pelihara kesihatan saya.Sekarang, badan saya kurang rasa sejuk sampai nak mengigil tu lagi, cuma kalau anak saya dah berpeluh-peluh waktu tengah hari tu, saya masih belum berpeluh. Tapi takdelah seteruk dulu sampai kena pakai sweater tebal hari-hari.Selain rawatan kat atas tu saya juga mengamalkan supplement GARLIC dan NUTRIFERON dari SHAKLEE untuk bantuan buang-buang angin dalam badan dan kuatkan immune badan saya.

Garlic untuk mengurangkan angin-angin di dalam badan.

Nutriferon, boleh mengelakkan penyakit arthritis.

Supplement shaklee ni, bukan macam drugs, untuk merawat satu-satu penyakit je, selain meningkatkan imunisasi tubuh, satu supplement tu boleh rawat masalah-masalah lain jugak.Saya pun dah cerita kan cara saya merawat selesema keluarga saya dengan NUTRIFERON kan. Sapa tak baca lagi boleh klik di SINI ya.
Oklah sampai sini shj cerita pengalaman saya tentang bentan.Post lain nanti saya cerita lagi pengalaman saya berpantang ok. Terima kasih luangkan masa membaca blog saya.

Nak dapatkan GARLIC atau NUTRIFERON, atau nak tanya apa sahaja, jangan malu-malu untuk whatapps saya ya.:)

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor.
013-2907540.






No comments:

Post a Comment