Supplement Shaklee Membantu Anda Kurus Dengan Lebih Sihat.

Assalammualaikum.

Post lepas saya dah cerita bagaimana nak kira BMI. Supaya kita tahu apakah berat badan ideal untuk tinggi kita. Jadi kita boleh lah menyedarkan diri kita ni, ditahap mana kita sekarang, normal ke, pre-obese atau pun obese terus. 

Kalau belum baca boleh klik di
SINI

Hari ni saya nak kongsikan bagaimana nak kurus secara sihat dengan set supplement kesihatan Shaklee. Kenapa saya cakap secara sihat? Sebab untuk KURUS nak tanak kita kena kurangkan makan dan bersenam. Jadi bila kita salah seorang picky eater, makan hanya makanan2 tertentu, badan kita akan mudah berasa letih kerana kekurangan zat, dan percaya atau tidak, lepas 3 hari je mula dah badan craving makanan yang manis-manis. Tak caye ke?.Saya dah buat saya tahu la..hihihi 😜.

Sudahnya diet kita pun ke laut....berenang di lautan india..tak jadila program kurangkan berat badan kita. Hihihi. Saya paham kawan-kawan semua. Betapa susahnya nak buang lemak dalam badan yang kita dah kumpul dengan sangatlah mudah. Lagi- lagi jenis pantang nampak makanan macam saya. Tapi tapi, semuanya berubah lepas jumpa supplement kesihatan kesukaan saya SET SLIMMING SHAKLEE.


So apakah supplement-supplement dalam SET SLIMMING SHAKLEE ni??

Untuk Bakar 
- Lecithin, atau Omega Guard 

Untuk Buang
- Herb-Lax atau Alfalfa 

Untuk Bina 
- Cinch atau ESP.

kenapa ada atau-atau ni?? haa disini la kelebihan ambil shaklee. Satu produk boleh digunakan untuk merawat satu-satu masalah, dan juga ada kelebihan tambahan untuk selesaikan masalah yang lain. Contohnya Encik B ada masalah kolestrol, dan sudah pun mengambil Omega Guard untuk masalah kolestrolnya. So kalau Encik B teringin jugak nak menurunkan berat badan secara sihat, tak payah dah lah Encik B beli lechitin, just order mana-mana supplement untuk buang dan bina. Takde la pening kepala sangat nak telan banyak sangat pil kan. 

Ok jom saya terangkan pulak bagaiman SET SLIMMING SHAKLEE berfungsi. 

1) BAKAR 
  • Shaklee Lecithin merupakan bahan yang diekstrak dari Kacang Soya yang bukan genetic modified (Non-GMO). Kepada yang belum tahu semua produk Shaklee takde yang tiruan ok. Semua guna bahan-bahan asli dan natural.
  • Kandungannya ialah 530mg Lechitin, 89mg Kolin dan 48mg Inositol. 
  • Bahan-bahan ni akan menurunkan kadar LDL (kolestrol jahat yang melekat kat dinding pembuluh darah) dan menaikkan kadar HDL (kolestrol baik yang membantu membuang kolestrol jahat ke sistem pembuangan)
  • Lechitin juga merupakan pengemulsi semulajadi kerana menghalang lemak daripada melekat pada membran darah dan lemak yang terapung itu akan keluar dari badan kita.
  • Sebagai alternatif, Omega Guard boleh digunakan sebagai pembakar lemak, dan juga untuk menurunkan paras kolestrol jahat. Tambahan,omega guard boleh mengurangkan perembesan hormon leptin (sejenis hormon untuk memberitahu kita rasa lapar).
2) BUANG 
  • Selepas lemak dibakar dan dihalang melekat di dinding pembuluh darah, lemak- lemak tu haruslah di bawa ke sistem perkumuhan badan kita untuk di buang sebagai najis.
  • Herb-lax merupakan gabungan dari beberapa jenis herba contohnya Buckhon Bark yang membantu melembutkan najis dan Licorice Root untuk proses detoksifikasi.
  • Apabila badan kita membuang setiap hari, bahan buangan dari badan kita seperti toksik dan lemak tidak akan terkumpul dalam usus kita terlalu lama.
  •  Seperti yang kita tahu tugas usus besar dan usus kecil adalah menyerap apa sahaja makanan yang kita telan, tidak kiralah makanan itu baik atau tidak.
  •  Jika kita tidak membuang hari-hari, lebih lama bahan buangan akan berada dalam usus kita, dan toksik contohnya akan diserap semula ke dalam badan. 
  • Keadaan ini akan membuatkan badan kita kembali bertoksik atau berlemak dan menyebabkan perut buncit serta jerawat naik di muka dan badan.
  • Alfalfa juga boleh melawaskan pembuangan badan kita terutamanya air kecil kerana ianya mampu untuk mencuci buah pinggang,tetapi untuk mengurangkan berat badan, Herb-Lax lebih berkesan.
3) BINA
  • Tahu tak anda, diet ON-OFF-ON (Yoyo diet) ni sebenarnya hanya mengurangkan jisim otot badan kita? Apa yang kita buang adalah jisim otot, dan bukannya lemak. Sebab tu badan kita letih dan lemah sangat bila kita berdiet macam ni.
  • Lepas tu, time OFF tu, kita yang tengah craving macam-macam ni, tambahkan lagi lemak dalam badan kita. Sebab tu badan tak kurus-kurus sampai sudah. Padahal badan kita perlukan jisim otot, untuk menguatkan metabolisme untuk membakar lemak.
  • Shaklee mencipta Cinch memang khas untuk turunkan berat badan. Dalam Cinch ini ada sejenis protein bernama Leucine, iaitu protein untuk memelihara otot. 
  • Walaupun kita kurang makan sepanjang hari, atau berdiet, atau bersenam, buat kerja keras, jisim otot kita akan maintain dan seterusnya metabolisme kita akan meningkat untuk membantu membakar lemak.
  • Energy Soy Protein (ESP) pun juga boleh digunakan untuk mengekalkan sumber protein bagi yang hendak berdiet, tapi seperti Herb-Lax, untuk Cinch ni dah dicipta khas untuk mereka yang berhasrat nak turunkan berat badan secara sihat.Cinch ni ada 3 perisa tau. Boleh pilih ikut perisa mana kita suka.
 

Dan akhir sekali, Shaklee Cinch Tea Mix.
 
  •  tea mix daripada teh hijau, roibos merah dan putih.
  • membantu meningkatkan metabolism, penggalak tenaga dan sangat tinggi dengan antioksidan.
BANYAKNYA SET SLIMMING SHAKLEE NI.

memang banyak kawan kawan. tapi Shaklee tak kejam, kita boleh amalkan Shaklee ikut kemampuan bajet dan keperluan kita. Tak semua orang perlukan semua supplement. Contohnya orang nak maintain berat badan sekarang, Herb-Lax dan Cinch Tea sudah memadai. Jom whatapps saya untuk konsultasi PERCUMA. 😉
Wassalam.

Raihana Abdul Aziz 
Shaklee Independant Distributor

No comments:

Post a Comment