Cara Sedut Hingus Bayi

Assalammualaikum

Apa khabar pembaca semua. Saya doakan anda sihat walafiat. Dah ambil Vitamin C dan Multivitamin Shaklee Vita-lea belum hari ni?? Jangan lupa ambil okay, nak cukupkan nutrisi dalam makanan harian. Baru la zat-zat yang baik ada dalam badan. Boleh bantu lawan penyakit 😊.

Ok berbalik kepada tajuk di atas. Sesiapa yang ada baby tentu risau kan kalau baby anda selesema. Iyelah baby dah la tak reti hembus hingus sendiri. Lepas tu dia tak dapat tidur kerana tak selesa dengan hidungnya yang selesama tu. Asyikla menangis. Kesian dia.

Jadi untuk menyedut hingus bayi pertama sekali saya cadangkan anda beli la penyedut hingus baby dekat farmasi. Ada 2 jenis penyedut hingus bayi yang ada di pasaran. Lihat gambar di bawah;

 

dan satu lagi begini :

 

saya tak tahu la nama dia apa 2-2 jenis ni.Kedua-dua jenis saya dah pernah beli. Tapi yang saya PREFER adalah jenis yang kedua tu. Sedut menggunakan mulut.Jenis no 1 tu agak tak berkesan bagi saya.

Jadi bagaimana nak gunakan penyedut hingus (nose cleaner) no 2 tu? Senang je, masukkan corong bulat tu pada hidung bayi, dan sedut pada getah yang panjang tu. Macam gambar ni


tapi apakah cara paling selesa nak sedut tu. Saya pernah sedut dengan kuat dan lama. Sebab hingus dia jauh ke dalam. Lebih kurang macam ni bunyi dia "Suuuuuuuuuup". Cara ni berkesan jgk, tapi masalahnya anak saya tak selesa. Setiap kali sedut dia akan menangis. Sakit agaknya.

Jadi saya guna cara lagi satu. Sedut dengan kuat, tapi cepat-cepat. Bunyinya akan jadi macam ni. "Suup Suup Suup". Ha gitu. Untuk cara ni anak saya tak menangis. Dia diam je sampai la hingus keluar. Saya pun happy la ☺️☺️.

Sedut hingus baby ni nampak sangat leceh. Tapi korang kene selalu buat bila baby selesema. Sebabnya hingus ni menunjukkan ada kuman dah masuk hidung kita. Kalau tak buang lama-lama kuman tu akan ke tekak. Bila dah sampai tekak baby akan batuk berkahak dan kalau tak dirawat jugak akan berlaku jangkitan kuman pada paru-paru. Dan jangan memandai-mandai bagi ubat selesema pada bayi kecuali atas nasihat PAKAR KANAK-KANAK ye.

So lepas ni kalau baby selesema jangan malas-malas sedut hingus baby okey. Amalkan mengambil VITAMIN C dan OMEGA GUARD untuk mengelakkan bayi selesema secara kerap tau.

Semoga bermanfaat. Wassalam.

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor 
raihanazafril@gmail.com
COD Kuantan,Kemaman,Kemasek,Kerteh,Kijal.

3 comments:

  1. Senang sekarang. Cara lama jenis sedut pakai mulut je. Penah nampak nenek saya sedut pakai mulut masa adik saya berhingus dulu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah nampak nenek saya buat..tak boleh la sayaaa..rasa nak muntah!

      Delete
  2. Cara sedut hingus baby paling mudah kan. Penyedut hingus wajib ada kt umah kalau ada baby kan.

    ReplyDelete