Asal Usul Penubuhan Shaklee Corp.

ASAL USUL PENUBUHAN SHAKLEE

 

awas post ini panjang sangat. Ana tak tahu camane nak pendekkan 😅.

Pada November 1894, seorang bayi telah lahir di Carlisle,IOWA dan diberi nama Forrest C. Shaklee. Bayi itu malangnya didiognosiskan dengan penyakit "tuberculosis" iaitu sejenis penyakit disebabkan oleh sejenis bakteria menghasilkan pertumbuhan nodules di dalam tisu badan. Dokter pula telah memberi anggaran bahawa bayi itu hanya bertahan untuk hidup tidak lebih dari 8 tahun.

Disebabkan itu, ibu bapa bayi tersebut mengambil keputusan untuk berpindah dari Charlisle, IOWA, kerana tempat tinggalnya waktu itu merupakan kawasan lombong yang berdebu dan kotor. Ibu bapa Forrest C. Shaklee percaya, rawatan untuk penyakit anaknya hanyalah makanan yang baik, udara yang segar, dan rehat yang cukup.

Sepanjang zaman kanak-kanak Forrest C. Shaklee, beliau selalu memerhatikan alam sekitar, dan dia berkata pada diri sendiri " animals listen the voice of nature, while men have forgotten how". Walaupun Forrest C. Shaklee telah bebas dari penyakit tubercolisis, kesihatan dan pertumbuhan badannya tidak seperti rakan-rakan sebayanya. Dia pun mula bersenam, dan belajar perkaitan tentang kesihatan badan manusia dengan pemakanan yang sihat.

Apabila dewasa,Forrest C. Shaklee telah menyambung pelajarannya di Palmer School of Chriropractic. Chriropractic ini adalah ilmu untuk merawat kecederaan badan dengan teknik urutan. Namun, atas pemerhatiannya, majoriti pesakit yang datang adalah mereka yang kurang makan, atau terlebih makan. Forrest masih tidak berpuas hati, dia percaya punca penyakit datang adalah kerana kekurangan nutrisi dan pasti ada sistem yang lebih lengkap untuk menjaga kesihatan badan manusia.

Forrest meneruskan kajiannya. Setelah membaca berbagai buku dan menjalankan kajian ke atas dirinya sendiri, pada tahun 1915, Forrest telah mencipta multivitamin pertama dunia, dikenali sebagai "Vitalized-Minerals". Ia diperbuat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Rakannya Dr. Cashmere Funk menjumpai "vitamins" tidak lama selepas itu.



 



Tidak lama selepas itu, Dr Forrest telah membuka hospital dan mengambil pelbagai pakar kesihatan bekerja dengannya. Hospitalnya juga mempunyai kemudahan X-Ray. Dan pada masa itu, kesan bahaya mesin X-Ray akibat pendedahan yang berterusan tidak lagi diketahui umum.

Pada tahun 1921, Dr Forrest C. Shaklee sekali lagi diuji dengan penyakit. Dan penyakit itu adalah Kanser di punggung dan bahunya. Dokter yang merawat Dr Forrest C Shaklee memberitahu bahawa tiada jalan lain yang boleh dibuat selain memotong bahagian yang terkena kanser tersebut dan membuang tangan dan kakinya.

" I will live, I will heal, I know I can do it" Dr Forrest C Shaklee memberitahu isterinya. Dia kemudiaannya menjual hospitalnya, dan menjalankan kajian untuk merawat kansernya dengan makanan makanan yang baik, menganalisis ujian darah dan juga berpuasa. Dia makan hanya sayur dan buah-buahan yang segar juga vitamin dan minerals yang banyak.

Namun, tiada tanda penyembuhan untuk kanser yang dihadapinya. Selepas itu dia merasakan, untuk sembuhkan penyakit, seseorang perlu berfikiran positif di samping makan makanan yang sihat.

Pada tahun 1922, penyakit kansernya bertambah elok. Dan tisu yang sihat sudah mula tumbuh. Kekuatan badannya bertambah, idea tentang kaitan makanan yang elok dengan kesihatan telah mula didengari. Sel badan yang sihat boleh melawan sel yang menyebabkan kanser.

Setelah itu, Dr Forrest C Shaklee telah meningkatkan kajian terhadap perkaitan nutrisi dan penyakit, dan mengeluarkan pelbagai vitamin untuk membantu semua orang mendapatkan nutrisi yang mencukupi. Dr Forrest C Shaklee juga menerima berbagai award dan ijazah atas kajiaannya.

Pada tahun 1955, Dr Forrest bersama 2 anaknya telah menubuhkan syarikat Shaklee Corp untuk menjual produk nutrisinya kepada orang awam dan menyebarkan lagi ilmu nutrisi bagi menghalang dan melawan penyakit.

Dr Forrest memberitahu anaknya, " We'll teach some, and they'll teach others". Kita ajar beberapa orang, dan biar mereka ajar yang lain. Dr Forrest memilih Multi-Level-Marketing (MLM) untuk mempromosi dan mengenalkan vitamin Shaklee kepada dunia.

Dan kini, Shaklee yang berpusat di California, telah mempunyai lebih 60 orang saintis untuk mengkaji, mencipta dan memastikan keberkesanan dan keselamatan vitamin Shaklee pada manusia. 

Tonton filem tentang Dr Forrest C Shaklee disini bawah;

https://youtu.be/0OPeBOoei6Q

Nak jadi dari sebahagian keluarga Shaklee? Whatapps Ana 0132907540.

 

No comments:

Post a Comment