Mengapa Saya Selalu Demam dan Selesema???

Demam dan selesema adalah petanda badan kita sedang melawan Patogen seperti bacteria dan virus, yang datang nak menyerang badan kita. Apabila kita selesema atau demam, kita sepatutnya bersyukur badan kita masih berfungsi dengan baik, sebab lawan penyakit yang datang.

Tapi, bila kita SELALU sangat demam dan selesema, ini menandakan immune badan kita ( satu sistem untuk melawan penyakit) tu LEMAH. Kenapa LEMAH ye??

Sebenarnya, patogen ada disekeliling kita setiap hari. Dan mereka, masuk ke dalam badan kita melalui hidung, mulut dan sebagainya. Tapi sekiranya immune badan kita kuat, badan kita akan melawan sendiri patogen-patogen tersebut dan membuangnya dari badan kita tanpa kita sedari.

Tapi apabila selalu demam atau selesema, ini menandakan badan kita tidak berupaya nak lawan penyakit tersebut, dan kadang-kadang, apabila ianya berlarutan, kita memerlukan bantuan ubat-ubatan luar, seperti antibiotik dan sebagainya untuk membunuh kuman tersebut.

Sebelum kita pelajari bagaimana Immune System kita bekerja, post hari ni saya nak cerita apakah faktor-faktor yang mempengaruhi Sistem Immune dalam badan kita.

 

Nutrition @ Nutrisi

­čö║setiap hari kita WAJIB mengambil makanan yang seimbang.
­čö║makanan yang kita ambil perlu ada karbohidrat, protein, lemak sihat, vitamins, air dan sebagainya.
­čö║ penyediaan makanan adalah penting. Makanan yang sudah lama atau masak terlalu lama akan kehilangan nutrisi.
­čö║Pengambilan supplement digalakkan untuk mengisi ruang kosong dalam nutrisi, tapi seeloknya supplement yang menggunakan bahan semulajadi, bukannya vitamin sintetik.

Stress @ Tekanan
­čö║Kajian mendapati orang selalu stress akan lebih cenderung untuk sakit.
­čö║Selalu bersenam, bersosial dengan kawan-kawan dan mengamalkan gaya hidup sihat terbukti boleh mengurangkan stress.
­čö║Dekat pada agama juga boleh membuatkan hati lebih tenang.
­čö║Ada kajian dijalankan ke atas 2 kumpulan manusia, Kumpulan pertama adalah kumpulan atheis yang tidak percayakan wujudnya Tuhan, dan kumpulan lagi satu adalah kumpulan yang mempunyai pegangan agama, seperti Muslim, Buddha dan Kristian.
­čö║Mereka di expose dengan video yang tidak menyenangkan seperti video keganasan dan sebagainya. Dan sample darah telah diambil dari badan mereka.
­čö║Setelah menyelidik sample darah mereka, didapati orang yang mempunyai pegangan agama mempunyai kadar darah putih yang lebih tinggi berbanding orang yang tidak mempunyai pegangan agama. Darah putih menunjukkan badan sedang bersedia untuk melawan apa-apa patogen yang masuk ke dalam badan.

Toxicity @ Pencemaran
­čö║Elakkan dari melawat kawasan yang tercemar atau ramai orang.
­čö║Pastikan diri dan persekitaran sentiasa bersih dan kemas.
­čö║Jangan malas basuh tangan sebelum makan.
­čö║Berhenti merokok, asap rokok adalah toxic paling bahaya untuk paru-paru dan merokok menurunkan ketahanan immunity badan terhadap penyakit.

Kadang-kadang, toxicity atau pencemaran kita tak dapat nak elak, tapi jika sentiasa hidup positif dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan berkualiti, InsyaAllah, daya tahan penyakit untuk badan kita akan lebih terjamin.

Bagaimanakah immune badan kita bertindak? Baca seterusnya. Klik SINI.

Nak menutup lubang-lubang nutrisi yang tidak dapat diambil dalam pemakanan harian dengan vitamin tulen semulajadi? 

Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA.

 

No comments:

Post a Comment