Pentingkah Insurans?

Korang rasa penting tak insurans?

Ana rasa penting. Sebab family Ana dah pernah ada pengalaman dah dulu.

Arwah adik Ana disahkan mengalami kanser di tengah-tengah otak masa umur dia 16 tahun. Macam mana keadaan kami sekeluarga waktu tu, Allah je lah yang tahu.

Mula-mula arwah di masukkan di Hospital Muar. Ana tak ingat seminggu ke dua minggu..nak tunggu pakar datang. Sepanjang minggu Ana jaga arwah begilir-gilir dengan mak dekat hospital. MRI tak buat masa tu. Sebab hospital Muar takde facility. Jadi lepas seminggu arwah di transfer pula ke hospital Johor Bahru.

Di Johor Bahru, Ana dah lama sangat cuti. Mak suruh balik kolej. Tinggalla
mak masih kat sana dengan ayah. Mujurlah ada pak long duduk sana. Jadi takdela ayah kena ambil hotel.

Bila Ana dah balik kolej. Telefon mak 4-5 hari lepas tu. Masih tak ada apa-apa progress. Mak kata dokter cakap mesin MRI rosak. 

Ana tak puas hati. Dari subang masa tu Ana call semua hospital swasta kat JB. Kredit habis, siap pinjam telefon kawan. Mana yang ada mesin MRI. Ana tanya hospital, boleh tak mak saya bawak adik saya untuk scan sahaja. Tak admit pun. Lepas tu masa tu yang available hospital KPJ Johor Bahru.

Ana terus call mak. Suh mak tanya dokter boleh tak bawak adik keluar untuk scan. Bila mak tanya dokter, Alhamdulillah hospital kerajaan nak biayai kos untuk scan tu.

Tak lama lepas tu, kawan arwah ayah pulak datang, cakap Felda boleh masukkan adik Ana ke hospital swasta, nanti akan tolak gaji ayah. Masa tu rasa syukurr..at least boleh la duduk hospital dekat sikit. Dan tak packed sangat. Turn menunggu pun tak ramai sangat.

Lepas tu baru la rasa tersedar sikit. Betapa pentingnya insurans ni. Kalau tak, tepaksa la menunggu giliran ramai kat hospital. Yela, bukan kite je yang sakit kan, ramai lagi sakit. 

So kalau mampu, ambil la medical card. Dan laburlah duit kita sikit untuk kesihatan. 

Masa tu Ana tak kenal Shaklee lagi. Bukanla Ana nak cakap kalau adik ambil Shaklee konfem die boleh sihat. Itu dah qada dan qadar. Tapi selagi mampu nak usaha, bagi lah apa yang terbaik.

Adik Ana masa tu kanser dia dah dilaser (radio ape bende ntah nama dia). Tak boleh operate nak buang. Sebab dia tumbuh tengah-tengah otak. Kalau operate pun 50-50. Jadi dokter decide laser saje.

Malangnya lepas laser beberapa bulan, kanser die nyorok kejap je. Lepas tu dia aktif balik. Dokter cakap dah tak ada apa boleh buat. Nak teruskan laser pun merosakkan badan dia juga.

Macam tu lah kisah adik Ana. Kalau korang ada kisah yang sama, dan dah ikhtiar dengan rawatan di hospital, nak ikhtiar dengan pemakanan pulak, meh la cuba Shaklee.

Shaklee ada landmark study. Ingat tak telomere study Ana pernah citer?  

baca di sini

Whatapps Ana 013.290.7540

 

#TsunamiShaklee
#LiveAmazing

No comments:

Post a Comment