Tips Kewangan Untuk Mereka Yang Berniaga Online

KONSEP 7 Jars..

Hai semua.. baru-baru ini Ana ada belajar satu TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN yang baru dari senior-senior Shaklee..

Nama tips yang depa ajar kat Ana ni adalah menguruskan wang dengan konsep 7 jars ( jar tu balang kan dalam bahasa? 🤔)

Apa itu konsep 7 jars?

Ada seorang motivator dekat Canada nama dia T Harv Eker mencipta satu konsep untuk menguruskan kewangan..yang menggunakan 6 Jars. 

Tapi abang-abang dan kakak-kakak Shaklee telah pun menambah satu lagi jar untuk konsep ini, dan memberi nama Konsep 7 jars. 

Setiap jar tersebur diberikan dengan nama-nama berikut ;-

1. NEC (necessity) - tabung untuk keperluan dan belanja harian seperti makanan dan bil rumah.

2. EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku dan kelas business .

3. LTSS (long term saving for spending) - tabung untuk sesuatu besar belanjanya contohnya rumah, aset lain.

4. FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila kita dah tak kuat dan dah tak mampu cari duit

5. PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yg kita suka, macam travel atau hobi mengumpul tudung cantik ke 😁.

6. GIVE (charity) - tabung untuk kebajikan, sedekah jariah.

7. Parents (tambahan) - tabung untuk parents lah..wajib ni.

jadi apakah saranan En T Harv ni?.. Saranannya setiap kali gaji kita masuk, Duit gaji terus di bahagikan mengikut percentage-pencentage yang ana ade letak dalam gamba kat bawah.

 

So katalah gaji anda RM10,000 ( sila sebut aamin )..

👉🏻 RM5000 masuk tabung NEC (byr bil)

👉🏻 RM500 untuk EDU (beli buku)

👉🏻 RM1000 untuk LTSS ( beli rumah)

👉🏻 RM500 untuk FFA ( insurans, emas, saham)

👉🏻 RM1000 untuk PLAY (melancong)

👉🏻 RM1000 untuk GIVE (zakat, sedekah)

👉🏻 RM1000 untuk parents.

tapi camana ni Ana, NEC saya dah lebih 50% ni???

Takpe-takpe..kita jadi kreatif, kurangkan percent kat tempat-tempat lain, contohnya untuk tabung PLAY tu, boleh reduce kan sikit..

Lepas tu kita kena la KONSISTEN buat..macam Ana takde gaji dah kan, walaupun duit untung dapat RM50 ringgit je tetap kena bahagi-bahagi jugak..yang penting buat jangan tak buat..50sen pun letak dalam jar tu pun takpe.

Gambar kat bawah ni Ana dah siapkan envelop untuk 7 jars tu. sebenarnye Ana tak letak duit pun dalam tu..Ana cuma letak duit tipu-tipu..hanya kertas tulis jumlah duit je..

Sebabnye Ana ni selalu tak melekat kat umah. Jadi risau jugak nak simpan cash dalam umah kan. So duit untung berniaga Ana letak dalam akaun tabung haji. Susah dah nak usik. 

Tapi bila Ana tibe-tibe rasa nak beli tudung ke, Ana refer la kat envelop ni, berapa ada dalam tabung PLAY Ana, kalau cukup ana keluarkan la duit dari tabung haji tuu..

Haaa mudahkan..kadang-kadang terlebih jugak belanje tu..tapi at least kita ada guideline..dah terlari sikit dari plan pastu boleh la cepat-cepat bertaubat...

Tobattt tak buat dah..✋🏻✋🏻.

Hihi itulah saje perkongsian pada hari ini. Nak masuk Shaklee tak? Best tau Shaklee, macam-macam boleh belajar 😊


#TsunamiShaklee
#Konsep7Jars
#PengedarShakleeKuantan

 

No comments:

Post a Comment