7 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan Anda

Assalammualaikum wbt.

Apakah kolesterol?

Kolesterol adalah wax, cecair berlemak yang hati manusia buat. Kolesterol penting dalam membentuk sel membran, vitamin D, dan sesetengah hormon. Kolesterol tidak larut dalam air, jadi ia tidak dapat bergerak sendiri di dalam badan.

Partikel yang diberi nama sebagai LIPOPROTEINS yang membantu membawa kolesterol ke seluruh badan. Terdapat 2 jenis lipoproteins.

 

Low density lipoprotein (LDL), juga dikenali sebagai "kolesterol jahat", boleh terkumpul dalam pembuluh darah dan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti  sakit jantung atau stroke.

High density lipoprotein (HDL), juga dikenali sebagai "Kolesterol Baik" membantu mengangkut LDL ke hati untuk dibuang.

Dengan makan terlalu banyak makanan berlemak, meningkatkan paras LDL dalam badan. Ini dinamakan sebagai tinggi kolesterol  atau term medikal nya "hypercholesterolemia" atau "hyperlipidemia".

Jika paras LDL terlalu tinggi, dan paras HDL terlalu rendah, lemak akan berkumpul di dalam pembuluh darah dan ini menyukarkan pengaliran darah ke semua bahagian badan.

APAKAH TANDA ANDA MEMPUNYAI TINGGI KOLESTEROL?

Selalunya mempunyai tinggi paras kolesterol tidak akan menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan ujian darah sahaja seseorang dapat mengetahui sekiranya beliau mempunyai keadaan yang tinggi kolesterol.

Namun begitu, terdapat tanda-tanda penyakit berbahaya kesan dari tingginya paras kolesterol. Penyakit-penyakit tersebut adalah:-

1) SAKIT JANTUNG

simptoms penyakit jantung mungkin berbeza antara lelaki dan perempuan, namun secara generalnya adalah seperti berikut:
  • sakit dada
  • muntah
  • kepenatan yang extreme
  • sakit di leher, rahang, atau abdomen
  • berasa terlalu sejuk 
2) STROKE

 

tinggi paras kolesterol juga boleh menyebabkan darah tidak dapat sampai ke bahagian penting dalam otak. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom berikut, segeralah mendapatkan bantuan kecemasan dari hospital. 
  • berasa out-of-balance secara tiba-tiba.
  • pening secara tiba-tiba.
  • sebelah badan tidak dapat bergerak.
  • confuse.
  • perkataan yang tidak jelas apabila bercakap.
  • kebas sebelah muka
  • tidak nampak atau blurr vision.
  • sakit kepala yang teruk secara tiba-tiba.
3) SERANGAN JANTUNG

Kekurangan bekalan darah ke jantung boleh menyebabkan beberapa bahagian jantung kekurangan oksigen dan mati. Ini dinamakan sebagai serangan jantung atau term medicalnya myocardial infarction. Awasi simptom-simptom berikut:-
  • sakit dada yang teruk seperti di tekan dengan kuat.
  • susah untuk bernafas.
  • rasa risau atau tak selesa.
  • pening.
  • muntah atau sakit hulu hati.
  • letih yang melampau.
4) PERIPHERAL ARTERIAL DISEASE (PAD)

penyakit ini terjadi apabila darah tidak sampai ke buah pinggang, tangan, perut dan kaki.
Simpton awal PAD adalah
  • cramping
  • sakit kaki
  • letih
  • sakit di kaki semasa melakukan aktiviti secara tiba-tiba.
 

Kesimpulannya, selalulah membuat ujian darah untuk mengetahui paras kolesterol anda dalam darah. Kerap menguji tahap kolesterol anda boleh menyelamatkan nyawa. 

Info tambahan 

Nak dapatkan vitamin Shaklee? Atau nak jadi pengedar Shaklee? 
Hubungi Ana di 013-2907540

 





No comments:

Post a Comment