Apa nak buat bila terkena gout?

Assalammualaikum wbt.

 


Anda sedang di serang gout? Ikuti senarai makanan yang perlu dielakkan sekiranya anda mengalami gout di SINI.
Apa yang boleh membantu sekiranya anda sedang diserang gout?

  1. Makan ubat tahan sakit dan segera membawa pesakit ke klinik atau hospital. Selalunya jika keadaan sangat teruk, dokter akan memberikan suntikan untuk menahan sakit dengan segera.
  2. Selama 2 minggu, makan hanya sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang segar dan HENTIKAN pengambilan makanan yang menyebabkan gout pada entry sebelum ini. ( link ada di atas)
  3. Jus adalah yang terbaik. Kandungan Vitamin C yang tinggi boleh menurunkan serum asid urik.
  4. Buah cherry, blueberries dan strawberries merupakan buah yang bagus untuk diamalkan kerana mereka kaya antioksidan yang meneutralkan asid urik.
  5. Jus seleri yang di cairkan dengan air juga bagus untuk diamalkan setiap hari selama dua minggu pertama selepas serangan gout.
  6. Minum air dengan banyak untuk membantu penyingkiran asid urik dengan lebih berkesan.
  7. Selepas 2 minggu bolehlah menikmati semula nasi, kentang, telur, jangung dan susu. Namun digalakkan dengan kuantiti yang sederhana kerana penambahan berat badan juga boleh menyebab kan punca penyakit gout.

Di samping menjaga pemakanan, beberapa nutrients dan juga herba boleh juga diamalkan bagi membantu proses pemulihan dari penyakit gout.

NUTRIENTS YANG SANGAT PENTING

 EPA FATTY ACID   membaiki tisu dan membantu penyembuhan .
 LIQUID KYOLIC  mengurangkan stress dan membantu masalah sendi. 
 PROTEOLYTIC ENZIM   membantu penghadaman protein dan mengurangkan inflamasi 
 B- COMPLEX  antistress dan memastikan semua enzim berfungsi dengan baik 
 VITAMIN C  menurunkan paras serum urik asid
 VITAMIN E  membantu peredaran darah dengan lebih baik

NUTRIENTS PENTING

 ASID AMINO  kekurangan asid amino lengkao menyebabkan penghasilan urik asid lebih tinggi 
 ALFALFA  mengandungi protein dan minerals penting untuk menurunkan paras urik asid
 VITAMIN A  antioksidan untuk mengurangkan urik asid 
 POTASSIUM  untuk menyeimbangkan mineral yang perlu
 EKSTRAK BIJI
ANGGUR
  antioksidan yang kuat
 SOD  sumber antioksidan
 ZINK  untuk metabolisma protein dan membaiki tisu.

NUTRIENTS YANG MEMBANTU

  KALSIUM DAN MAGNESIUM   mengurangkan stress dan membuatkan tidur lebih lena 
 GLUCOSAMINE  penting untuk tisu penghubung
 GAMAT   China menggunakan gamat untuk penyakit sendi

Anda boleh mendapatkan nutrients yang disebut dalam bentuk supplement. Kebanyakkannya ada dijual di farmasi. Tapi kesemua supplements dijual itu adalah di luar kepakaran Ana. Ana hanya belajar supplement keluaran Shaklee sahaja ye 😊.  Untuk supplement dari Shaklee, ada beberapa vitamins yang dihasilkan yang boleh membantu pesakit gout. Boleh baca di SINI.

Nak dapat kan vitamin untuk pesakit gout?
Hanya hubungi Ana di 013-2907540  atau email ke raihanazafril@gmail.com

 




No comments:

Post a Comment