Bagaimana Cara Turunkan Kolesterol Dengan Tidak Menggunakan Bantuan Ubat (Drugs)

Assalammualaikum wbt.

Ni Ana nak tanya korang? Dah pernah buat medical checkup ke belum?
Kalau korang dah berumur 27 dan keatas, better pergi buat medical checkup. Mahal?
Kalau mahal pergi la kerajaan. Serius tak mahal langsung! Dalam 2 kali oppoinment, dah dapat result dia.

Kenapa Ana cakap 27 ke atas? Sebab purata rakyat Malaysia sekarang dah tinggi paras kolesterol seawal umur 25 tahun! Tak caye??..Cayerlah. Adik ipar Ana, kurus seperti sebatang kayu, perut pun tak ada, tapi check paras kolesterol, mak aihh..tinggi!!

 

Hakikatnya, tabiat pemakanan orang sekarang dah tak macam dulu lagi. Dulu makan untuk hidup, sekarang hidup untuk makan. Sebab tu lah penyakit dah semakin banyak sekarang. Dan umur orang sekarang semakin berkurang. Walaupun teknologi perubatan dah semakin tinggi.

So, bila dah tinggi paras kolesterol, biasalah dokter akan nasihat, jaga makan, banyakkan bersenam. Betul la tu, lemak-lemak tu, harus digunakan. Kalau tak guna, tu yang dia mendap dalam salur darah kita.

Tapi sebenarnya, analysis pada tahun 2012 mendapati, dengan hanya exercise, kurang membantu kita nak turunkan kolesterol. Exercise sahaja tak cukup, melainkan kalau kita hari-hari buat aerobic, exercise macam tu boleh bantu kurangkan kolesterol dan dapat menjaga jantung kita.

Sepatutnya, di samping bersenam, kita juga perlu MENJAGA PEMAKANAN. Dan hari ni, Ana nak kongsikan pemakanan apa yang boleh membantu kita mengurangkan kolesterol dalam darah.

1) Keluarkan TRANS-FAT dan SATURATED FATS dalam diet harian.

Apakah trans-fat?

 

Trans-fat adalah apabila sebatian hydrogen di campurkan ke dalam lemak dalam bentuk cecair, untuk membuatkan ia 'solid'. Kilang-kilang mula menggunakan trans-fat kerana trans-fat memanjangkan shelf-life sesuatu makan. Lambat rosak la pendek kata.

Kebanyakkan restoran makanan segera menggunakan trans-fat ini dalam makanan mereka, kerana trans-fat boleh digunakan banyak kali. Jadi jimat la kan.

So lepas ni, nak beli apa-apa makanan, tengok label, kalau ada tulis trans-fat, atau "partially hydrogenated" oil, better lah korang semua letak balik makanan-makanan tu ye.

Saturated-fat pula, lemak yang diambil dari haiwan. Sebenarnya lemak-lemak ni yang menyebabkan kolesterol pun pada awalnya, tapi kenalah berpada-pada.

Contohnya kuning telur, seeloknya dalam seminggu ambil 4 biji je. Putih tak apa. Udang, daging merah, butter, cheese, juga boleh ambil, tapi janganlah setiap hari.

2) Makan lebih POLYUNSATURATED dan MONOUNSATURATED FAT. 

 

Kedua-dua jenis lemak ini adalah menurunkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) .
Mana nak dapat lemak ni?
  • Minyak sayuran - canola oil, sunflower oil, safflower, olive oil, peanut oil.
  • Lemak dari ikan - salmon, tuna, trout.
  • Kekacang - almond, kacang soya, buah avocado.
3) Menggilalah makan SAYURAN dan BUAH-BUAHAN.

Gila makan buah dan sayur, bukan suh jadi gila. 
Sayur dan buah-buah kaya serat dan molekul stanols dan sterols yang menghalang penyerapan kolesterol jahat dalam badan kita.

4) Elakkan REFINED SUGAR DAN GRAINS.

Daripada mengambil refined sugar ( gula putih) dan nasi putih, korang digalakkan mengambil brown sugar, atau brown rice. Oatmeal juga baik untuk diamalkan, tetapi elakkan oat segera yang cepat di masak tu. Gunakan oat tradisional.

Kadang-kadang kita nampak label low-fat. Tapi kadang-kadang syarikat makanan tu tukarkan lemak kepada gula sebab nak kekalkan kesedapan dia. So tak boleh jugalah. Baik ambil sahaja fat (lemak) asalkan tak ambil trans-fat atau saturated-fat.

5) Kiralah KALORI kita.

Ini yang paling bagus. Kita makan ikut berapa yang kita perlukan. Korang google je Cara Kira Kalori dan kadar kalori dalam makanan harian kita. Banyak orang akan ajar nanti.


 



No comments:

Post a Comment