Pengalaman Bengkak Susu dan Cara Ana merawatnya

Assalammualaikum wbt.

Baby Ana dah berumur 7 bulan. Namun bulan ni sahaja Ana dah 3 kali bengkak susu. Dan untuk kali yang ketiga ni, badan Ana tewas dan Ana dah mula demam.

Dari saat baby lahir hingga sekarang, maksudnya tepatlah 7 bulan Ana tak pernah demam. Inilah kali pertama. Bila check pada puting. terdapat suatu kawasan pada puting yang membengkak dan tersumbat. Jadi ada saluran susu yang yang bersambung dengan kawasan puting tersumbat itu membengkak. Keras seperti batu. Sakit sangat, berdenyut-denyut.

 

Semasa Ana demam, memang Ana tak berdaya nak buat apa-apa. Hanya mampu terbaring, dan terus menyusukan baby, walaupun dalam keadaan sakit. Terpaksa. Kalau tak memang lagi teruk membengkaknya nanti. Untuk surutkan bengkak, Ana telan Omega Guard dari Shaklee. Sebenarnya untuk surutkan bengkak, Lecithin lagi terbaik. Tapi, Ana tak ada stok lecithin. Omega juga boleh membantu dalam menyurutkan bengkak. 

Di samping itu, Ana juga up dose vitamin C dan mengambil sepaket Nutriferon untuk meningkatkan antibodi badan. Takot ada apa-apa kuman yang menyerang dan menyebabkan Ana demam. Di sebabkan Ana sudah pun demam, Ana juga ambil paracetamol 2 biji untuk meredakan demam.

Lepas ambil semua ubat dan supplement di atas, Ana tidur. Selepas sejam, badan Ana dah berpeluh dan rasa badan lebih segar sikit. Badan dah tak panas. Tiba la masa nak merawat bengkak susu ni secara extreme sikit. Yela, bengkak susu memang tiada rawatan lain yang boleh meredakannya, selain dari mengeluarkan susu yang membengkak itu. Kalau tak bahagian yang bengkak tu boleh menjadi lebih besar, dan bengkak kemerah-merahan, dan tiada jalan lain yang boleh dibuat, hanya dengan operation untuk melegakan bengkak. Nauzubillah, tak nak Ana operate operate. Takott...

 

So perkara pertama yang Ana buat, ambil semangkuk air panas suam, dan rendam kan kain dalam air tu. Dengan menggunakan kain tu, Ana tekap kan ke kawasan puting. Sapu secara perlahan-lahan, sampai rasa panas sikit dekat kawasan puting tu. Bila rasa puting dan panas, Ana pun mula picit sikit demi sedikit, sehingga keluar susu di kawasan puting yang tersumbat tu.

Sakit. MasyaAllah, tak tahu nak cakap camana. Memang sakit sangat. Tapi kena la tahan juga, kalau tak sakit bengkak susu ni takkan berkurangan.Bila dah ada susu keluar pada kawasan tersumbat tu, barulah Ana urut-urut kawasan yang ada batu tu, sambil picit puting.

Ana dah cuba pakai pump, dan juga pakai tangan. Tapi pakai pump memang tak berapa menjadi sangat. Hanya dengan tangan je susu di saluran tersumbat tu kita boleh urut atau picit dia ke arah puting, untuk dikeluarkan. Memang lebih berkesan. Tapi memanglah seksa. Dan memang sakit sangat. Allah je lah yang tahu.

Lepas dah ada rasa kurang sikit rasa bengkak tu, barulah boleh bagi susu pada baby. Dan slow-slow, kita akan rasa lebih lega dan kurang denyutan. Batu tu pun semakin hilang. Macam magic!..Hihihi Alhamdulillah...

Bayi Ana ni perempuan, semakin besar die semakin kurang dia nak menyusu. Mungkin itulah antara penyebab Ana bengkak susu 3 kali semasa umur dia dah 7 bulan ni. Inilah pengorbanan seorang ibu, sebab tu la kita kena sayang ibu kita tau. Pasti ibu kita pun merasai apa yang kita rasa sekarang.

Oklah, habis dah cerita pengalaman Ana merawat bengkak susu. Untuk info tambahan tentang supplement yang Ana sebut di atas tu, sila tekan di sini https://eanaaziz.blogspot.my/2017/02/vitamin-untuk-kurangkan-bengkak-susu.html?m=1

Untuk mendapatkan nasihat dan pertanyaan, boleh hubungi Ana di 013.290.7540 atau dengan menulis email dan hantar ke raihanazafril@gmail.com.

 

No comments:

Post a Comment