Pesanan Ustaz Ebit Lew tentang aurat.

Ikuti kisahnya;

Semasa di airport terjumpa seorang wanita. Dia jerit dari jauh ustaz ebit lew ke? Yer saya. 

Katanya..ya Allah, saya baru doa nak jumpa ustaz tadi sungguh-sungguh. Hari-hari tengok ustaz ceramah. Tak pernah tinggal..syukur saya mendengar ustaz di fb live. Sehingga tahun lepas saya kerja di kelab malam. Tidak ada dosa saya tak lakukan. Arak dan benda haram semua saya lakukan..tiada batasan lelaki dan perempuan. Saya juga jadi keldai dadah. Jual dadah. Setiap hari datang rasa kosong dan benar-benar tak guna. Tanpa tujuan hidup..saya tak nampak jalan keluar. Jalan mati kerja saya ini..

Satu hari ada seorang lelaki datang dan ambil hp saya kemudian dia buka youtube ustaz. Dia buka fb ustaz. Semenjak itu saya mula memikirkan diri saya. Tahun lepas saya tinggalkan semua itu. Saya rasa tenang yang amat sangat. Saya rasa bahagia. Saya baru berkahwin. Yang kenalkan fb ustaz itu kahwin dengan saya. Dia pun baru mula solat dan belajar iman buat usaha iman.  

Ustaz, teruskan beri ilmu dan motivasi yer...doakan saya dan suami..air matanya semakin deras menceritakan kesan hidayat dan iman..melihat betapa sayangnya Allah padaNya. Segalanya jadi indah bila dilalui dengan iman..

Allah sayang puan dan suami. Dia nak beri Bahagia sebenarnya dan keampunanNya. Redhanya dan syurgaNya. 

Saya duduk seorang diri, mula menangis kerana teringat wanita tadi dan suaminya menjadi pendakwah seperti ustaz dan ustazah. Rupanya itulah kesan agama pada seseorang dan keluarganya. Betapa luas dan besarnya rahmat Allah. Terima kaseh Allah. Betapa bahagianya hidup ini jika kita balik pada Allah-ebit lew

 

#www.keluargasunnah.com
#4Mac2017 #matradeKl #jomDaftarBeramaiRamai #whatsapp0173666848

#www.transformjiwa.com #jelajahSekolah #prokids #berminat? #sekolahAnda

No comments:

Post a Comment