PUNCA NAFAS BERBAU DAN CARA MERAWATNYA

Assalammualaikum wbt.

Pernah tak bercakap dengan orang nafas berbau? Tak tahan kan? Memang rasa nak muntah. Tapi kadang-kadang tak tahu camana nak beritahu dia kan.

Kadang-kadang kita pun selalu insecure kalau nafas kita berbau. Nak bercakap pun akan katup-katup mulut, takut orang tak selesa. Nak tahu apakah punca penyebab nafas berbau ni? Jom baca di bawah:



Halitosis atau pun nafas berbau boleh berpunca dari penjagaan kebersihan mulut yang tidak sempurna. Namun begitu terdapat juga punca lain yang menyebabkan nafas berbau, antaranya:-

  • Penyakit Gusi.
  • Jangkitan di saluran pernafasan seperti tekak atau paru-paru.
  • Diet yang tidak betul.
  • Merokok.
  • Demam.
  • Diabetes.
  • Stress.
  • Kolon yang tidak bersih.
Di samping itu mereka yang diet atau yang berpuasa juga akan mengalami nafas berbau kerana kekurangan makanan menyebabkan badan kita menggunakan lemak yang di simpan dalam badan (ketones) dan juga protein dalam badan, sisa metabolik dalam proses tersebut mempunyai bau yang kurang enak semasa proses menghembus nafas.

TIPS MERAWAT NAFAS BERBAU

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan nafas berbau ;

1)Minum banyak air
  • minum banyak air boleh membantu untuk 'flush' sebahagian bakteria atau makanan penyebab bau di sekitar mulut sehingga ke usus. 
2) Kurangkan makan pedas dan makanan jeruk.
  • kurangkan makanan yang pedas yang menyebabkan bau busuk bertahan lebih lama. 
  • ikan bilis, belacan, dan ikan masin boleh menyebabkan nafas berbau sehingga 24jam walaupun setelah menggosok gigi.
3) Gosok gigi dan lidah selepas makan.
  • Seeloknya berus gigi dan lidah setiap kali selepas makan.
  • Gunakan scrapper lidah untuk membuang bakteria dan sisa makanan dari permukaan lidah.
  • Tukar berus gigi setiap bulan atau setiap kali selepas terkena jangkitan kuman untuk mengelakkan kuman membiak.
4) Lakukan pembersihan mulut di klinik gigi setiap 6 bulan.
  • Lakukan juga pemeriksaan gigi pada setiap 6 bulan.
5) Jangan gunakan cecair pembersih mulut.
  • Kebanyakkan cecair pembersih mulut sebenarnya hanya mengandungi perasa, warna dan alcohol.
  • Walaupun ia membunuh bakteria, tetapi bakteria yang datang selepas itu adalah bakteria yang lebih kuat.
  • Cecair pembersih mulut juga mengganggu gusi, lidah, dan mukus membran di dalam mulut.
Mudah je sebenarnya nak jaga nafas kita ni. Tapi apa nak buat kalau dah buat segala tips di atas tapi nafas masih berbau?

Baca seterusnya:

Nak vitamin untuk merawat punca nafas berbau?
Hubungi Ana di 013-2907540 atau email ke raihanazafril@gmail.com


No comments:

Post a Comment