Senarai Makanan Pesakit Gout Kene Elak.

Assalammualaikum wbt.



Korang pernah tak tengok orang kene serangan gout. Ana pernah tengok masa FIL Ana kena dulu..Allahuakhbar..kesian sangat! FIL Ana tak boleh bangun langsung. Dia cakap kaki dia macam kena senjatan elektrik. Even terkena selimut pun sakit.

Dan lebih menyedihkan pada pukul 1 pagi, FIL Ana nak ke toilet. Tapi sampai separuh jalan dia dah tak mampu nak melangkah lagi,lalu jatuh atas lantai. Dia panggil semua orang tapi semua orang lena tidur tak sedar-sedar. Last-last dia terkencing atas lantai dan duduk kat situ sampai esok paginya. Menangis FIL sepanjang malam tu menahan sakit.

Sedihnya..rasa bersalah sangat..Rasa macam tak berguna jadi anak. Ayah sakit tak sedar pun. Tapi memang demi Allah, tak sedar langsung apa yang terjadi. Ya Allah, jauhkanlah dari terkena lagi benda-benda macam ini..Nauzubillahiminzalik.

Bila FIL sah kena macam ni, so Ana korek la lagi ilmu-ilmu pasal gout ni. Cari dalam internet dan buku-buku juga. Yelah gout ni memang takde cara lain nak sembuhkan. Hanya jaga makan. Dan cukupkan nutrients penting dalam tubuh.

 

Sebabnya gout ni merupakan pengumpulan asid urik yang tidak tercerna dalam badan. Ada satu enzim dalam badan digunakan untuk mencernakan asid urik ni..supaya di keluarkan dari badan kita. Tapi atas faktor-faktor kesihatan, enzim tu berkurang dan menyebabkan asid urik ni berkumpul dan membentuk kristal.

Kristal ni bentuknya seperti jarum, dah jarum tu lah yang menusuk-nusuk ke sendi-sendi pesakit gout ni menyebabkan mereka rasa sangat sakit dan ada yang lebih teruk merah-merah dan bengkak di kawasan sendi.

Fakta yang lebih menyedihkan adalah jika paras asid urik terlalu tinggi dalam darah, ini petanda awal buah pinggang mempunyai masalah. Kalau buah pinggang bermasalah ni selalunya memang ada kaitan dengan kadar gula yang tinggi dalam darah atau paras kolesterol.

So berjaga-jagalah ya kepada sesiapa yang dah terkena serangan gout tu. Jagalah makan, dan banyakkanlah minum air masak, untuk flush apa-apa yang tak baik dalam badan tu.

Ok selepas membuat beberapa pambacaan; Terdapat beberapa makanan yang perlu dielakkan jika terkena penyakit gout. Makanan tersebut adalah:
  • Makanan yang bercengkerang (seafood)
  • Minuman beralkohol 
  • Minuman berkaffein
  • Gula putih (makanan/minuman terlalu manis)
  • Daging merah dan segala jenis organ.
  • Ikan bilis
  • Ikan kembung.
  • Ikan herring
  • Kacang tanah
  • Sayur bunga kobis
  • Sayur bayam
  • Cendawan
Pesakit gout dinasihatkan tidak mengambil makanan-makanan di atas atau pun mengurangkannya pengambilannya.

Gaya hidup sihat seperti bersenam dan mengeluarkan peluh juga amatlah digalakkan untuk membantu proses pemulihan.


 

Bacaan Seterusnya:

Nak dapatkan vitamin untuk membantu pesakit gout?
Hubungi Ana di 013-2907540 atau email ke raihanazafril@gmail.com

 


No comments:

Post a Comment