AWAS Risiko Kanser Payudara

Assalammualaikum wbt.




APAKAH ITU KANSER?

Seluruh badan manusia terdiri daripada sel. Sel pula mempunyai genetiknya atau DNA nya yang tersendiri. Bagi sel yang sihat, setiap hari sel akan membahagi untuk badan kita membesar, membaiki sel yang rosak atau mengganti sel yang telah pun mati. Proses ini adalah proses yang terkawal, di mana sel tersebut hanya membahagi apabila keadaan memerlukan dan berhenti apabila telah mencapai keseimbangan (sel baru yang diperlukan cukup).

Namun begitu, sekiranya sel dalam badan membahagi tanpa badan memerlukan sel baru, ini boleh menyebabkan lebihan sel dalam badan yang akan membentuk benjolan tisu atau pun TUMOR. Tumor merupakan ketumbuhan yang tidak diperlukan oleh badan. Tumor dikategorikan kepada dua iaitu BENIGN TUMOR ( tumor lemah yang tidak membahayakan)payudara, dan MALIGNANT TUMOR ( tumor yang bahaya menyebabkan kanser).

BENIGN TUMOR tidak menyebabkan kanser. Ia tidak merebak ke kawasan badan yang lain dan sekiranya ia dibuang, ia tidak akan tumbuh semula. Sebaliknya MALIGNANT TUMOR akan tumbuh secara tidak terkawal. Ia boleh mengganggu sistem metabolik badan dan juga fungsi organ. Lebih teruk apabila ia mampu merebak ke kawasan badan yang lain melalui sistem limpa badan sebagai contoh.

KANSER PAYUDARA

Kanser akan diberi nama mengikut tempat di mana ia berada. Terdapat kanser tekak, kanser usus, kanser prostat dan sebagainya. Kanser payudara pula adalah knser yang berada pada payudara (breast). Secara am nya, kanser payudara akan membentuk benjolan yang teguh, tidak hilang, dan tidak menyakitkan. Kadang-kadang, terdapat cecair berwarna kuning, berdarah atau tidak berwarna mungkin keluar dari puting payudara.

Kanser payudara adalah penyakit paling  selalu terjadi dikalangan para wanita di seluruh dunia. Namun begitu kadar kematian yang disebabkan oleh kanser payudara sudah menurun disebabkan oleh kesedaran wanita untuk melakukan pemeriksaan dengan lebih awal dan juga dengan berkembangnya teknologi perubatan zaman kini. Oleh sebab itu, selalulah memeriksa payudara di rumah seelok-eloknya sebulan sekali selepas waktu haid untuk memastikan tiada benjolan-benjolan pelik di payudara.

APAKAH PENYEBAB KANSER?

Sebenarnya tiada lagi punca yang tepat penyebab kanser payudara berlaku. Untuk kanser terjadi, rantaian peristiwa yang berlaku adalah sangat kompleks dan setiap orang mempunyai respon yang berbeza terhadap setiap peristiwa tersebut. Tetapi saintis percaya, gabungan dari Genetik, Gaya Hidup dan juga Persekitaran yang tidak sihat menyumbang kepada berlakunya kanser.

Hormon estrogen yang berlebihan mungkin juga menjadi punca berlakunya kanser payudara. Kajian juga mendapati wanita selepas menaupous, berlebihan berat badan, tidak mempunyai anak atau mempunyai anak selepas umur 40 tahun juga lebih berisiko untuk mendapat kanser payudara.

 

PEMERIKSAAN PAYUDARA

Selain mengamalkan gaya hidup diet yang sihat,  adalah penting untuk memeriksa payudara supaya kanser payudara dapat dikesan lebih awal. Anda boleh memeriksa payudara sendiri di rumah atau ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan mammograms. Pemeriksann di rumah boleh dilakukan selepas waktu haid. Jangan lakukan pemeriksaan sewaktu waktu haid kerana payudara boleh membengkak sepanjang waktu tersebut. Begitu juga sewaktu mengandung. Sekiranya terdapat benjolan pelik, hendaklah segera ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut. 

Wanita berumur di antara 20 ke 30 tahun digalakkan untuk berjumpa dokter untuk melakukan pemeriksaan secara lebih terperinci setiap 1 ke 3 tahun. Selepas umur 40 tahun, pemeriksaan haruslah dilakukan setiap tahun bersama pemeriksaan mammogram.

APAKAH NUTRISI TERBAIK UNTUK PESAKIT KANSER PAYUDARA?

Terdapat kajian menunjukkan resveraterol dalam VIVIX dapat membantu dalam proses pemulihan sel-sel yang rosak ( contohnya sl kanser). Apabila sel yang rosak ini pulih, mereka akan mematika  diri sendiri dalam proses yang dipanggil Apoptosis. Ini akan mengurangkan sel-sel kanser seterusnya menyahaktifkannya

 

Vivix juga terbukti boleh membaiki DNA sel dengan menghalang pemendekkan telomere dalam kromosom DNA. Baca di SINI untuk mengetahu kajian yang dijalankan oleh seorang professor yang memenangi hadiah Nobel , Professor Elizabeth Blackburn.

 

Menurut laporan daripada kajian terbaru oleh University of Missouri, Oktober 2013, lebih banyak sel kanser yang mati jika pesakit dirawat dengan menggunakan gabungan resveraterol ( 10 kali ganda dalam Vivix) dan radioterapi berbanding rawatan dengan radioterapi sahaja.

TESTIMONI PENGGUNA 

 
 

Ingin mendapatkan jus Vivix?
Hubungi saya untuk konsultasi percuma. 013-2907540

 

2 comments:

  1. Kena selalu check kan skrg macam2 penyakit..tapi vivix tu memang bagusla..banyak jurnal study diorg buat pasal resveratrol ni..

    ReplyDelete
  2. Kena selalu check kan skrg macam2 penyakit..tapi vivix tu memang bagusla..banyak jurnal study diorg buat pasal resveratrol ni..

    ReplyDelete