Kenali Tanda-Tanda Kanser Usus Besar atau Colon Cancer

Assalammualaikum wbt.

 



APAKAH ITU KANSER?

Seluruh badan manusia terdiri daripada sel. Sel pula mempunyai genetiknya atau DNA nya yang tersendiri. Bagi sel yang sihat, setiap hari sel akan membahagi untuk badan kita membesar, membaiki sel yang rosak atau mengganti sel yang telah pun mati. Proses ini adalah proses yang terkawal, di mana sel tersebut hanya membahagi apabila keadaan memerlukan dan berhenti apabila telah mencapai keseimbangan (sel baru yang diperlukan cukup).

Namun begitu, sekiranya sel dalam badan membahagi tanpa badan memerlukan sel baru, ini boleh menyebabkan lebihan sel dalam badan yang akan membentuk benjolan tisu atau pun TUMOR. Tumor merupakan ketumbuhan yang tidak diperlukan oleh badan. Tumor dikategorikan kepada dua iaitu BENIGN TUMOR ( tumor lemah yang tidak membahayakan), dan MALIGNANT TUMOR ( tumor yang bahaya menyebabkan kanser).

BENIGN TUMOR tidak menyebabkan kanser. Ia tidak merebak ke kawasan badan yang lain dan sekiranya ia dibuang, ia tidak akan tumbuh semula. Sebaliknya MALIGNANT TUMOR akan tumbuh secara tidak terkawal. Ia boleh mengganggu sistem metabolik badan dan juga fungsi organ. Lebih teruk apabila ia mampu merebak ke kawasan badan yang lain melalui sistem limpa badan sebagai contoh.

KANSER USUS BESAR.

Kanser akan diberi nama mengikut pada tempat ia tumbuh. Kanser usus (Colon Cancer) adalah pertumbuhan sel tanpa kawalan di bahagian usus besar hingga ke rektum atau lubang dubur. Kanser ini majoritinya di alami oleh orang lelaki yang umurnya melebihi 50 tahun. Walaupun kanser ini banyak berlaku, kebarangkalian untuk merawat dan untuk pesakit sembuh dari penyakit ini adalah sangat tinggi.

Selepas makanan masuk ke dalam perut, makanan akan melalui usus kecil, usus besar dan seterusnya ke lubang dubur untuk dibuang. Usus kecil berfungsi untuk menyerap segala vitamins dan khasiat dari makanan yang kita makanan dan juga air. Usus besar pula menyerap lagi lebihan air supaya najis yang dikeluarkan tidak akan terlalu cair. Manakala lubang dubur pula adalah pintu untuk najis keluar. Di situ juga terletak otot untuk kita kentut.

Di dalam usus besar adalah tempat di mana banyak 'polyps' atau pun ketumbuhan kecil akan tumbuh. Ketumbuhan ini secara normalnya adalah tidak merbahaya dan tidak akan mendatangkan apa-apa masalah. Namun begitu, sekiranya tidak normal, polyps ini boleh semakin membesar dan menjadi kanser. Sel kanser ini akan membesar dan mengganggu perjalanan najis juga boleh mendatangkan rasa sakit di bahagian abdomen badan.

 

TANDA-TANDA KANSER USUS BESAR.

Antara tanda-tanda awal kanser usus adalah perubahan tabiat ke toilet seperti sembelit atau pun rasa seperti ingin membuang air besar tetapi najis tidak keluar. Terdapat juga tanda seperti sakit perut, perut berangin, muntah dan sebagainya. Gejala- gejala lain adalah;

  • Berak berdarah - sama ada sikit atau banyak bersama najis yang keluar.
  • Perubahan kekerapan ke toilet - sebelum ini setiap hari, sekarang 3 hari sekali.
  • Cirit- birit.
  • Sembelit di selangi dengan cirit-birit. 
  • Tidak berak atau muntah.
  • Berat badan hilang akibat hilang selera makan.
  • Sakit perut - bergantung kepada tempat di mana kanser tumbuh.
  • Terasa ingin membuang air besar, tapi tiada apa yang keluar - mungkin kedudukan kanser berdekatan dengan lubang dubur.
APAKAH UJIAN SARINGAN YANG AKAN DILAKUKAN?

Apabila terdapat tanda-tanda di atas, pada peringkat awal sample najis akan diambil dan diteliti di bawah mikroskop untuk mencari kehadiran darah. Ujian ini dinamakan sebagai Faecal Occult Blood Test (FOBT). Sekiranya positif, dokter akan melalukan pemeriksaan usus besar dengan menggunakan tiub kamera (Kolonoskopi) melalui lubang dubur untuk mencari lokasi kanser itu sekiranya ada.

Jika kedua-duanya positif, rawatan akan dilakukan mengikut tahap kanser tersebut. Lebih awal ia dikesan maka kebarangkalian untuk sembuh adalah lebih tinggi. Namun sekiranya ia berada dalam tahap yang lebih merbahaya, atau mungkin sudah merebak ke organ lain, kaedah rawatan yang lebih ekstrem akan dijalankan.

APAKAH PENYEBAB KANSER USUS BESAR?

Faktor yang tepat penyebab kanser usus besar masih tidak dapat dikenal pasti. Namun begitu, ahli saintis percaya perkara-perkara berikut boleh meningkatkan risiko untuk kanser usus ini terjadi:
  1. Keturunan - genetik untuk DNA kanser ini boleh diturunkan dari generasi ke generasi.
  2. Diet - pengambilan makanan yang tinggi lemak dan protein selalu dikaitkan dengan kehadiran kanser. Kajian juga mendapati mereka yang banyak mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran kurang kebarangkalian untuk mendapat kanser dan juga penyakit bahaya yang lain.
  3. Pendedahan kepada bahan kimia - Klorin merupakan salah satu bahan kimia yang karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. 
  4. Radiasi.
  5. Merokok.
Klik di SINI untuk mengetahui bagaimana radikal bebas menyebabkan kerosakkan sel yang boleh menjadi penyebab kanser.

BAGAIMANA SHAKLEE BOLEH MEMBANTU?

Rangkaian vitamin dari Shaklee bukanlah bertujuan untuk merawat penyakit kanser yang dialami. Namun begitu kajian mendapati diet yang tinggi antioksidan boleh merencatkan pertumbuhan sel kanser seterusnya membantu proses pemulihan pesakit kanser.

Shaklee juga mempunyai Landmark Study yang dibuat oleh Professor Gladys Block dari University of California, Berkerley menyimpulkan pengguna rangkaian vitamin Shaklee mempunyai tahap kesihatan lebih baik berbanding mereka yang tidak mengambil apa-apa supplement atau menggunakan supplement jenama lain. Ini membuktiksn rangkaian vitamin dari Shaklee adakah supplement yang selamat dan berkesan untuk diamalkan. Klik di SINI untuk membaca kajian tersebut. 


Antara supplement yang boleh membantu;

 

 VIVIX
  • Dalam satu kajian telah mendapati kandungan resveraterol dalam VIVIX dapat membantu dalam pemulihan sel-sel yang rosak ( contohnya sel kanser). Sel yang rosak ini akan mematikan diri sendiri dalam proses yang dinamakan Apoptosis. Ini akan mengurangkan sel-sel kanser dalam badan seterusnya menyahaktifkan sel kanser tersebut.

  • Vivix juga terbukti dapat membaiki DNA dengan melambat proses pemendekan telomere kromosom yang juga boleh menjadi penyebab berlakunya sel kanser. Kajian ini dijalan oleh Professor Elizabeth Blackburn, seorang pemenang hadiah noble dalam kajiannya. Klik di SINI untuk bacaan lanjut.

  • Laporan kajian University of Missouri pada Oktober 2013, gabungan resveraterol (Vivix mempunyai 10 ganda resveraterol) dan radioterapi akan mematikan sel kanser lebih banyak berbanding rawatan radioterapi sahaja. 
 


TESTIMONI PENGGUNA

 



 


Ingin maklumat lanjut berkenaan Vivix dan Shaklee?.. Hubungi saya di talian 0132907540 atau klik link berikut www.wasap.my/60132907540

 

2 comments:

  1. Kerap ke toilet tu seram pulak..kite mmg membuang sehari smpai 2-3 kali huhu

    ReplyDelete
  2. kalau tak sakit dan memang kebiasaan begitu takpe..tapi kalau selalu kene pergi check juga kan

    ReplyDelete