Denggi Berdarah Menyebabkan Din Beramboi Maut.

Assalammualaikum wbt.




Pada tahun 2010, seorang kartunis dan pelawak negara Malaysia telah disahkan meninggal dunia akibat terkena virus kencing tikus dan denggi berdarah sekali gus. Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi ini dikatakan terkena kedua-dua virus ini selepas menjalani pengambaran di Zoo Negara pada tahun tersebut. Kedua-dua penyakit dimaklumkan telah menyebabkan organ-organ penting seperti buah pinggang dan hati gagal berfungsi, darah telah menjadi masam dan juga pendarahan dalaman.

Demam denggi adalah penyakit yang biasa terdapat di kawasan-kawasan bandar yang sedang dalam pembangunan. Ini adalah kerana kawasan-kawasan tersebut terdapat terlalu banyak kawasan yang berpotensi menjadi kawasan pembiakan nyamuk aedes. Nyamuk aedes membawa sejenis virus yang dipanggil Virus Denggi. Virus denggi tidak boleh membiak akibat persentuhan dengan orang yang dijangkiti denggi sebaliknya denggi berjangkit apabila nyamuk yang menghisap darah pesakit denggi, dan menghisap pula darah dari orang yang sihat. 

Terdapat 2 jenis denggi iaitu :
  1. Demam Denggi Klasik
  2. Demam Denggi Berdarah

| DEMAM DENGGi KLASIK |

Penyakit denggi jenis klasik ini selalunya tidak teruk dan jarang boleh menyebabkan kematian. Pesakitnya selalunya menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Ia juga dinamakan sebagai 'demam patah tulang' atau breakbone fever.

Antara simptom demam denggi klasik adalah ;
  • Ruam yang timbul bermula dari hari ke 3 atau ke 5
  • Demam panas selama 2 hingga 7 hari.
  • Sakit kepala
  • Sakit dibelakang mata
  • Sakit otot dan sendi
  • Bintik-bintik merah
  • Leukosit atau pun plasma darah yang semakin menurun.
  
  



 | DEMAM DENGGi BERDARAH |

Demam jenis ini agak kritikal berbanding demam denggi yang klasik. Juga dikenali sebagai demam Filipina, demam ini boleh menyebabkan demam yang sangat panas, perdarahan, pembesaran hati dan kegagalan sistem peredaran darah. Simptom-simptom awal adalah adalah seperti 
  • bintik-bintik merah di bawah kulit, 
  • perdarahan hidung dan gusi,
  • darah dalam najis (najis berwarna hitam), 
  • kencing berdarah dan 
  • kadang-kadang mendapat haid yang berlebihan. 
Pembesaran hati terjadi pada peringkat awal penyakit. Kegagalan atau gangguan peredaran ditunjukkan melalui tanda-tanda seperti rasa sejuk pada kulit, warna kebiru-biruan dan kiraan nadi yang meningkat. Mereka juga kelihatan resah dan lemah dan kemudian dengan cepat mengalami sawan. Keadaan ini juga dipanggil sebagai Dengue Shock Syndrome (DSS).

Sekiranya ia tidak dirawat dengan cepat, ia boleh menyebabkan kematian.



| RAWATAN DEMAM DENGGI |

Sehingga kini tiada lagi rawatan yang spesifik untuk membunuh virus denggi. Begitu juga dengan vaksin, tiada lagi apa-apa vaksin yang dapat mengurangkan risiko untuk mendapat demam denggi. Namun begitu antara rawatan yang biasa dilakukan untuk membantu pesakit-pesakit denggi adalah seperti berikut;
  • ubat tahan sakit untuk mengurangkan panas akibat demam.
  • memastikan pesakit tidak terhidrasi akibat muntah dan kurang selera makan.
  • sentiasa mengelak pesakit menglami pendarahan
Selebihnya, untuk membunuh virus denggi di dalam badan, imunisasi badanlah yang akan 'bekerja' untuk melawannya sendiri. Dan sekiranya virus denggi tersebut telah membuat komplikasi lain, seperti kerosakkan hati dan sebagainya, pemberian ubat untuk merawat komplikasi tersebut akan diberi.


| PENTINGNYA MENINGKATKAN IMUNISASI |
Virus denggi masih tidak mempunyai ubat. Hanya imun badan sahaja lah yang akan diharapkan untuk melawan virus denggi tersebut. Pada orang dewasa mungkin perkara ini tidak menjadi masalah, tetapi imun yang lemah akan menjadi isu kepada kanak-kanak dan warga emas.

Oleh sebab itu segala pemakanan atau makanan tambahan boleh diambil bagi membantu pesakit denggi meningkatkan imun badan mereka. Pengambilan air isotonik tidak mempunyai gas dan kurang gula juga amat digalakkan untuk mengelak pesakit dari terhidrasi sewaktu proses 'pertarungan' berlaku.

Syarikat Supplement Shaklee mempunyai beberapa cadangan vitamin untuk membantu pesakit denggi. Vitamin tersebut adalah:


 



VIVIX 
Resveratrol dalam vivix membantu dalam memberi tenaga ke dalam sel-sel badan dan sel darah untuk melawan virus denggi dan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

NUTRIFERON
Ramuan biji labu, biji plantiago dan 2 bahan lagi ini merupakan penemuan hasil kajian professor Dr Yasuhiko Kojima boleh meningkatkan paras interferon dalam badan kita. Interferon ini merupakan sejenis protein dalam badan yang bertanggungjawab melawan segala kuman dan virus yang masuk dalam badan.

PERFORMANCE DRINK
Minuman elektrolit yang dicipta khas untuk para saintis NASA ini berkesan dalam memastikan badan sentiasa terhidrat. Ia juga tidak bergas dan kurang gula menjadikan ia pilihan yang lebih sihat.


Dengan mengamalkan kesemua vitamin-vitamin ini, InsyaAllah imun badan akan lebih meningkat dan masa pemulihan dari penyakit demam denggi akan dapat dikurangkan. Pesakit juga akan lebih bertenaga dan dapat mengurangkan simptom-simptom penyakit.

Baca Testimoni Pesakit Denggi di SINI

Ingin dapatkan Vitamin untuk membantu proses pemulihan badan dari denggi?

Tekan link ini www.wasap.my/60132907540, atau hubungi terus ke talian 013-2907540, atau boleh juga email ke raihanazafril@gmail.com


Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com 

No comments:

Post a Comment