Kuatkan Rambut Dengan ARGININE

Assalammualaikum wbt.








Kemarin Ana cerita yang GLUTATHIONE yang guna untuk putihkan kulit tu sebenarnya badan kita boleh buat sendiri kan?


Ada baca tak? Kalau nak baca balik boleh tekan link ni 👇🏻

https://eanaaziz.blogspot.my/2017/05/benarkah-glutathion-boleh-memutihkan.html?m=1


Ok cerita hari ni bermula semalam. Haha. Semalam Ana tengok iklan shampoo Loreal Anti-Hairfall. Dalam iklan tu die cakap, shampoo terbaru dieorang ni, dieorang letak ARGININE untuk menguatkan akar rambut kita..


Ana pun cam eh eh..cam familiar je ARGININE. Macam ada baca kat mana-mana..Pastu ape lagi. Bukak buku la..







Rupanya ARGININE ni sejenis amino acid (protein) tak perlu. Tak perlu bukanlah bermaksud badan kita tak perlukan dia. Tapi maksud tak perlu ni sebabnya badan kita boleh buat dia sendiri sepatutnya..
.

Tapi nak buat ARGININE ni pun perlukan asid amino perlu yang lain jugak. Macam glutathione tu. Asid amino perlu yang kita makan, akan bergabung meletup, untuk jadikan ARGININE.


Boleh ke Arginine kuatkan rambut?
.

Yerr boleh....sebab arginine ni boleh menambah jumlah darah ke akar rambut. Pastu Arginine membantu penghasilan collagen yang cukup.


Haaa, jangan ingat collagen tu untuk kulit muka je. Collagen tu perlu untuk rambut, kuku, dan tulang rawan jugak tau. Makin sikit badan buat collagen, bukan kulit je kedut, tulang pun makin sakit sebab bergeser. Rawan tu dah takde.
.

Selain tu, Arginine ni sangatlahhh membantu pesakit DIABETES. Sebab apa? Sebab arginine ni support penghasilan insulin. Dan juga mengurangkan glucose intolerance pada pesakit diabetes. Jadi more insullin will be produce, dan juga insulin semua boleh bantu sel badan bawak masuk gula dalam sel tu..
.

Lagi satu, lagi satu, tahu tak arginine ni juga membantu cik abang-abang yang ada masalah kesuburan..betul ni..so cik abang semua, lepas ni pastikan pengambilan protein sentiasa cukup untuk kuatkan sistem pembiakan ye. hihihi...


Selain pengambilan protein yang baik, nutrien berikut juga penting dalam menguatkan rambut :-


Minyak Omega 3.
Vitamin B6, B12 dan asid folik.
Multivitamin - Magnesium, Iron, Zink dan Biotin.


Ok korang. Make sure makan makanan yang tinggi nutrien-nutrien di atas untuk atasi masalah rambut gugur dari dalam ye. Tapi, kalau masalah rambut gugur ni terlalu kronik, ada baiknya anda pergi dapatkan nasihat dokter untuk pemantauan lanjut. Sebabnya rambut gugur yang terlalu teruk ada kemungkinan ianya adalah simptom penyakit lain.


Semoga bermanfaat. 






Saya merupakan pengedar Shaklee  bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093. Dan saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia. Hubungi saya terus di talian 013-2907540.




No comments:

Post a Comment