Perlu ke Supplement? | Sedarlah Wahai Pengedar Shaklee.

Supplement or NO Supplement?
.

Si pengguna sekeluarga (Bukan SID) dah gunakan Shaklee sejak tahun 1996 lagi. Dan mak dia makin sihat akibat strok dengan mengamalkan Shaklee. Saya pasti bukanlah Shaklee semata-mata. Pasti ada amalan lain juga. Ubat hospital, pemakanan yang sihat, bersenam dan berfikiran positif..
.
 
.

Kejadian kecam mengecam supplement dalam FB baru-baru ini datang dengan hikmah. Ia merupakan pengajaran yang baik untuk pengguna dan juga pengedar Shaklee. 
.

Sebagai pengedar Shaklee;

kita haruslah menjadi pengedar yang lebih bertanggungjawab. Sekiranya customer yang datang merupakan seorang pesakit kronik, harusla pengedar menasihati customer supaya mendapatkan khidmat dokter sebelum menggunakan Shaklee. Provide segala data dan kajian yang Shaklee dah berikan mengikut keadaan yang sesuai dengan pesakit. Dan sekiranya bukan pesakit kronik pun, contohnya mempunyai masalah jerawat yang teruk, adalah lebih baik anda mendapatkan nasihat dokter juga.

Sekurang-kurangnya, ujian berkala akan dapat dibuat, sekiranya anda menghadapi masalah dengan penggunaan supplement tersebut.
.

Dan sebagai pengguna Shaklee;

Ketahuilah, Vitamin bukan ubat. Bukan benda ajaib yang boleh menyelesaikan masalah anda dengan sekelip mata. Sekiranya anda makan Shaklee pun, gaya hidup perlu seimbang.

Perlu bersenam, perlu jaga makan, perlu makan ubat hospital dan yang paling penting perlu berfikiran POSITIF. Kesemua elemen ini perlu ada untuk badan kita heal dengan sendiri. Jauhi gula. Kerana gula adalah Maharaja segala penyakit.

Kadang-kadang dokter takkan beri kita guna supplement, mungkin keadaan kita sudah teruk. Dokter takot ada efek bersama ubat yang diberinya. Ikutlah. Tapi tiada yang lebih tahu akan badan kita melainkan kita sendiri. Jika anda yakin untuk terus menggunakan Shaklee bersama, adalah sebaiknya anda berterus terang dengan dokter. Dan memohon dokter supaya bersetuju untuk membuat ujian berkala untuk mengawasi prestasi badan anda. Jangan sorok-sorok. Dokter ingin membantu anda. Pengedar Shaklee ingin membantu anda. Anda juga ingin bantu diri sendiri bukan?

Kerana badan kita adalah hak kita. Dan kesihatan kita juga adalah hak kita.


Raihana Abdul Aziz
Pengedar Shaklee Malaysia
raihanazafril@gmail.com

No comments:

Post a Comment