5 Resipi Jus Detok Untuk Kulit Cantik

Assalammualaikum wbt.




Kehidupan hari ini terlalu banyak terdedah dengan pencemaran dan toksin. Tak kira la pencemaran udara, pencemaran air dan laut, bahan kimia yang digunakan sebagai bahan pengawet dan tak lupa juga racun serangga dan baja bukan organik digunakan dalam makanan seharian kita. 

Tak mustahil la, walaupun makan berlebih-lebih, semua orang seperti kekurangan zat, dan kulit semakin lama semakin kusam, tak seperti atuk nenek kita yang dulu.

Di barat sebenarnya telah ada beberapa program detoks yang dicipta untuk membuang toksin dalam badan, bagi mendapatkan kulit yang lebih cantik. Program ini memerlukan pesertanya supaya berpuasa dari makan makanan lain, dan hanya minum jus yang diperbuat dari sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kenapa Detox?

Sebenarnya dengan memberhentikan makanan untuk 1 ke 5 hari dapat merehatkan tubuh kita dari mengumpul toksin buat sementara waktu. Sementara jus buah dan sayuran, dapat membekalkan nutrient dan vitamins yang diperlukan untuk meningkat imun badan kita bagi 'menyerang' atau 'memperbaiki' organ atau kawasan kita yang bermasalah. Bermasalah ini maksudnya paling banyak toksin terkumpul contohnya organ hati dan usus.

Kesannya, kulit akan lebih sihat, sistem penghadaman yang lebih baik, dan sudah tentunya kulit yang lebih cantik dan glowing.




PERSEDIAAN

  • Jangan mengejutkan badan kita dengan detox serta merta. Hari ini makan Mcd, esok terus tak makan walau nasi. Badan kita perlu di 'pesan' terlebih dahulu sebelum memulakan detox. 2 hari sebelum Detox dinasihatkan untuk makan hanya buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalau dapatkan yang organik tentulah lebih baik!
  • Berhentikan pengambilan KAFEIN dan GULA. Pilih kopi yang telah de-cafe dan hanya dapatkan gula semulajadi dari buah-buahan.
  • Minum banyak air. Air membantu proses detox dengan lebih berkesan.

AMARAN
  • Program detox jus ini tidak sesuai untuk ibu mengandung atau menyusu. Dan sekiranya anda mempunyai penyakit serius seperti diabetes dan darah tinggi, sila dapatkan nasihat dari dokter.

5 RESIPI JUS DETOX.

  • 3 batang lobak atau 2 biji buah pear + Sebiji epal hijau + Sedikit hirisan halia.

  • 1 epal hijau + 1/2 cawan beri biru dan strawberry, + segenggam anggur + sebiji kiwi.

  • 3 batang lobak + satu ikat sayur selada air (watercress) + 1 ulas bawang putih + 1-2 daun parsley.

  • 1/2 biji kobis + 2 biji lobak + 1 ulas bawang putih + 1 ikat rumput gandum (wheatgrass) + 1/4 cawan air

  • Sebiji timun + 2 batang daun saderi + 2 biji lobak + segenggam bayam + beberapa helai daun parsley.


Mudah kan? Penyediaan jus nya mudah sahaja. Semangat dan kecekalan hati juga amat penting. Semoga anda semua memperoleh manfaat. Selamat mencuba. 







Raihana 1220093
Pengedar Shaklee Malaysia
raihanazafril@gmail.com

5 comments:

  1. saya memang pernah buat air detox dan ternyata nampak kesan dalam masa seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berkesan..kalau puasa dari makan benda lain lagi mantop!!

      Delete
  2. Kalau air infused tu kategori detox jugakkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga..tapi kalau minum jusnya macam lagi power kesannya

      Delete
  3. Kalau air infused tu kategori detox jugakkan?

    ReplyDelete