7 Penyakit Paling Terkenal Di Kalangan Lelaki

Assalammualaikum wbt.



Percaya tak korang, mengikut bancian yang dilakukan oleh Institute of Health Matrics and Evaluation Malaysia, Life Expectancy 1990-2015 mendapati, secara purata, orang lelaki meninggal 5 tahun lebih muda dari wanita!..

Mengejutkan?

Ya, itulah keputusan hasil bancian yang mereka lakukan. Walaupun ajal maut itu di tangan tuhan, tapi pastilah keputusan bancian ini tidak dibuat secara semborono. Selain kemalangan atau pun kematian yang mengejutkan, terdapat 7 Penyakit Paling Terkenal Di Kalangan Lelaki menyebabkan keputusan ini dikeluarkan dengan sebegitu rupa.

Mari kita kenali apakah panyakit-penyakit itu.


1) KENCING MANIS / DIABETES.




Mengikut Malaysia National Health & Morbidity Survey 2011, 1 daripada 6 lelaki di Malaysia mempunyai penyakit kencing manis. Kalau dulu hanya orang berumur 40 tahun ke atas mempunyai masalah ini, kini seawal 20an juga ada yang sudah mengalami masalah diabetes.

Walaupun nampak macam perempuan lebih sukakan dessert seperti kek dan aiskrim, tapi sebenarnya lelaki juga tidak terkecuali. Mereka suka pada minuman manis kerana minuman manis tersebut dapat memberikan mereka tenaga.

Jadi akak-akak, kasi usha sikit lelaki-lelaki kita, baik suami ataupun anak, ajar mereka banyak minum air masak je ok.



2) KEGEMUKAN / OBESITY




2 daripada 3 lelaki merupakan orang yang gemuk. Nombor ini juga merupakan hasil bancian oleh  Malaysia National Health & Morbidity Survey 2011.

Kuat makan dan tidak bersenam adalah punca utama.Kegemukan ini juga terjadi kepada anak-anak kecil di sekolah. Jadi perlulah lebih aktif selepas ini ya.



3) PENYAKIT KARDIOVASKULAR ( PENYAKIT BERKAITAN JANTUNG)




Sumber dari Global Burden of Disease 2015; Malaysia National Health and Morbidity Survey 2015,

60 lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung setiap hari!

1 dari 3 lelaki mempunyai masalah darah tinggi, dan

1 dari 5 kaum adam ini mempunyai masalah kolesterol tinggi.


Penyakit kardiovaskular ini menjadi pembunuh no 1 di Malaysia.


4) KANSER.




Terdapat pelbagai kanser yang boleh menyebabkan kematian. Contohnya kanser hati, kanser darah dan kanser pundi kencing. Tetapi mengikut Malaysian National Cancer Registry Report, 2007-2011, 3 kanser paling banyak dikalangan orang lelaki adalah seperti berikut.


1- Kanser Kolon (Usus)

WHO Globocon 2012 mendapati 7 orang lelaki disahkan mengalami kanser kolon dalam sehari. Antara penyebab penyakit ini adalah obesiti, makan terlalu banyak daging merah atau daging yang diproses, atau diet kurang buah-buahan dan sayur- sayuran.


2 - Kanser Paru-paru

2 dari 5 orang lelaki rakyat Malaysia merupakan perokok tegar, merokok penyebab utama kanser paru-paru ini disamping pencemaran udara di sekeliling kita.


3 - Kanser Prostat

Lelaki berumur 65 tahun ke atas memgalami risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser jenis ini. Faktor genetik dan paras hormon testosteron yang tinggi juga boleh menjadi penyebab.



5) PEMBENGKAKAN PROSTAT





6) ANDROPAUSE




Wanita, selepas menaupose, wanita mengalami bermacam-macam masalah kesihatan akibat perubahan hormon yang mendadak.
Lelaki juga begitu, selepas umur 30 tahun, hormon testosterone akan semakin berkurangan dan pelbagai masalah akan timbul. Antara nya;

mood yang tidak stabil
keletihan
kekurangan jisim tulang.



7) MATI PUCUK

Mati pucuk adalah keadaan apabila seseorang itu tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar semasall mengadakan hubungan kelamin. Antara faktornya adalah, 
- umur 40 tahun ke atas
- obesitill
- stress,
- penyakit kardiovaskular,
- merokok dan mengambil alkohol yang berlebihan.



| Bagaimana Kaum Lelaki Boleh Mengekalkan Kesihatan? |


Makan makanan seimbang - lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Serta kurangkan gula dan karbohidrat.

Amalkan gaya hidup sihat - bersenam setiap hari sekurang-kurangnya 30 min setiap hari.

Mengambil makanan tambahan secara bijak - Mustahil seseorang dapat nutrien yang cukup setiap hari. Selain makanan yang tidak seimbang, kajian juga mendapati, khasiat makanan pada zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu. Dengan pengambilan makanan akan dapat mengisi lompong-lompong nutrisi yang kita tidak mampu dapat.

Amalkan pemikiran positif setiap masa!


| Tips Kesihatan Untuk Lelaki Umur 20an |

Kekalkan kehidupan yang aktif.
Tidur secukupnya.
Amalkan diet berikut;-

Tinggi PROTEIN - untuk tenaga dan kekuatan otot.
VITAMIN B - untuk tenaga, mood yang lebih baik dan badan yang sihat.
MULTIVITAMIN dan MULTIMINERAL - untuk mencukupkan keperluan nutrien
VITAMIN C - untuk kekuatan imun badan
OMEGA 3 - untuk kesihatan jantung
VITAMIN E - untuk kesihatan sperma dan perlindungan sel



| Tips Kesihatan Untuk Lelaki Umur 30an |

Ketahui sejarah kesihatan keluarga.
Mula menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dengan dokter.
Elakkan menjalani kehidupan yang pasif.
Teruskan rutin senaman dan diet sihat yang baik.
Tambahkan supplement kaya polifenol untuk tenaga dan kesihatan sel.




| Tips Kesihatan Untuk Lelaki Umur 40an |

Selalu berjumpa dokter untuk pemeriksaan kesihatan yang lebih terperinci.
Amalkan senaman yang tidak berat, contohnya Tai Chi, yoga dan stretching.
Makan dengan kuantiti yang tidak banyak.
Amalkan makanan tambahan Kalsium dan Vitamin D untuk kesihatan tulang dan Polifenol untuk tenaga.


Jom jaga diri. Semoga kita sihat-sihat sahaja. InsyaAllah.


Ingin dapatkan supplement dari syarikat Shaklee?
Klik gambar dibawah atau terus hubungi saya di no 013-2907540.



Saya merupakan pengedar Shaklee  bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093. Dan saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.













27 comments:

  1. Haha.. Already the age to take care of our body else no more good food~

    XOXO:
    Stepheny Siew

    ReplyDelete
  2. Bukan lelaki je. Perempuan pun kena jaga bila meningkat 40an. Good tips dear!

    ReplyDelete
  3. Health is very important to both sexes.

    ReplyDelete
  4. Health is important! Really need to take care!

    ReplyDelete
  5. Actually Fat Man population has become serious. And it indirectly invite some disease like diabetes, heart attack n high blood pressure.

    ReplyDelete
    Replies
    1. today so many people have extra money for food..thats why

      Delete
  6. Scary la. These are very common ailments among men. If only we can reverse the effects of aging!

    ReplyDelete
  7. Everyone need to take good care of their health.. irregardless of age or where you are from

    ReplyDelete
  8. Thanks for write up about another info we need to know! Better to ask my hubby to take care his health too =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. good luck..your husband must very lucky to have you

      Delete
  9. Thanks for the tips. I will keep that in mind and always advise my bro and boyfriend.

    ReplyDelete
  10. Jaga dari sekarang lebih bagus daripada jaga bila ada penyakit. - Racheal

    ReplyDelete
  11. this is good to know. thanks for sharing the info

    ReplyDelete
  12. Minta dijauhkan semua penyakit dan moga semua di dalam lindunganNya. Thanks sebab sharing

    ReplyDelete
  13. Kencing manis memang famous. Setiap golongam ada penyakit ini. Semoga kita di jauhkan.

    ReplyDelete
  14. Betul lah! kena jaga dan utamakan kesihatan demi masa depan yang lebih sejahtera.

    ReplyDelete