Awas! Senarai Makanan Ini Adalah Punca Jerawat!

Assalammualaikum wbt.



Korang mesti dah tahu kan..


Tulang yang sihat - perlu makanan tinggi kalsium dan Vitamin D.
Jantung sihat - perlu makanan tinggi asid lemak Omega 3
Dan kulit sihat - perlu makanan yang tinggi serat dan antioksida.


Tapi, betul ke ada sesetengah makanan ni boleh merosakkan kulit kita? Ataupun at least akan buat kulit penuh jerawat dan jeragat?


Ahha...


Menurut, Cheryl Karcher, MD , seorang Dermatologist ( Pakar kulit) yang merupakan seorang Nutritionist sebelum beliau menjadi MD, kulit sebenarnya adalah penunjuk aras kesihatan dalaman manusia. Dalaman seperti organ, sistem percernaan dan sistem perkumuhan badan yang sihat akan membuatkan luaran (kulit) berseri-seri.


Sebaliknya, diet yang tidak seimbang, akan menyebabkan kulit bermasalah. Ini menunjukkan apa yang kita makan akan terzahir pada kulit kita. Jika baik makanan tu, cantiklah kulit, kalau tidak, selain dari mendapatkan ubat-ubatan untuk masalah kita tu, cuba check dulu apa yang kita masukkan dalam perut kita ni hari-hari!


Ok hari ini jom kita tengok apakah makanan yang boleh meningkatkan risiko untuk kulit kita rosak dan bercela.


GULA




Hidup memang bosan tak ada gula. memang badan kita kadang-kadang akan menggigil kalau tak dapat gula kan. mana tak nya. Gula ini adalah tenaga. Karbohidrat yang kita makan seperti nasi, atau roti tu bila perut kita dah cerna, akan tetap ditukarkan kepada glukosa (gula) sebagai sumber tenaga kepada sel badan kita.


Tapi apa jadi kalau kita terlalu banyak sangat mengambil gula?


Kita makan gula, lepas tu di perut gula tu dicernakan. Sampai dekat usus, gula pun diserap dalam darah, Darah ni akan bawa gula ke seluruh badan supaya sel badan kita dapat 'makanan' dia. Nak masuk dalam sel, gula perlukan 'kunci'. Kalau kunci tak ada pintu untuk gula masuk dalam sel tak boleh bukak.


Apakah kunci tersebut?


Kunci itu adalah INSULIN. Tahu tak terdapat kajian mendapati, orang yang mempunyai jerawat yang banyak juga mempunyai tahap insulin yang tinggi dalam darah?..Haa..sekarang baru tahu kan. Dan sebenarnya kuman sangat suka pada gula. Bila gula hinggap kat kulit tu, susahlah dia nak mati, sebab sel kita manis bergula. Malah lebih suka!


Jadi lepas ni kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat dan manis-manis. Seeloknya makanlah makanan yang rendah index glisemik, dan yang manis pun eloklah dapat dari sumber yang semulajadi, seperti buah-buahan manis macam kurma atau tembikai. Lagi sihat (^_^).





PRODUK TENUSU




Walaupun tiada bukti kukuh pengambilan produk tenusu boleh menyebabkan jerawat, tetapi terdapat teori mengenainya.


Susu mempunyai komponen yang berkait dengan hormon testosterone. Hormon ini mengaktifkan kelanjar minyak di dalam kulit. Bila kulit terlalu minyak, kotoran dan kuman mudah terperangkap dan mudahlah jerawat untuk terjadi.


So lepas ni cheesecake is a no-no for jerawat people la...Tenusu tinggi, gula apetah lagi..hmmm..(sayonara cheese cake )


Eh tapi...produk tenusu kan untuk tulang, tak minum susu camana nak jaga tulang..





Boleh...kurangkan susu, ambil produk tenusu kurang manis seperti yogourt , dan lebihkan sayur-sayuran tinggi kalsium seperti brokoli dan daun mustard. Tak lupa juga topup dengan supplements (",)




LEMAK / MINYAK





Makanan yang tinggi minyak, atau pun yang kita goreng dengan minyak sayuran ni sebenarnya sangat tinggi dengan minyak OMEGA 6. Selalu kita dengar pasal Omega 3 je kan..Sebenarnya Omega 3 dan Omega 6 merupakan minyak yang tubuh kita perlukan. Dan Otak kita ni makanan dia memang lah minyak. Tak cukup minyak, fungsi otak akan terganggu.


Tapi, minyak Omega 6 ni adalah minyak pro-inflamasi. Atau kata lainnya menggalakkan sangat bengkak atau kemerah-merahan. Jadi dengan terlalu banyak ambil Omega 6 akan memudahkan untuk jerawat berlaku sebab jerawat ni pun merupakan tindak balas inflamasi dalam badan.


Jadi macam mana nak kurangkan Omega 6 ni?



Kurangkan makanan bergoreng. Kurangkan minyak dalam masakan. Dan sebenarnya Omega 6 boleh diseimbangkan dengan Omega 3. Omega 3 mempunyai ciri-ciri anti-inflamasi. Tak menggalakkan bengkak. Pengambilan Omega 3 dalam bentuk supplement adalah amat digalakkan.




GLUTEN





Protein glutein ni ada dalam beberapa jenis makanan. Gluten juga dipercayai punca berlakunya kulit merengsa. Ada juga terdapat beberapa orang yang memang alergik dengan gluten.


So lepas ni kita beli makanan bebas gluten je lepas ni kay!






Walaupun dah jaga makan, kena ingat Jerawat ni boleh jadi dengan banyak faktor. Stress, pencemaran, hormon semua tu kena jaga tau.


Amalkan gaya hidup sihat. Selalu bersenam, berfikiran positif, dan banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Baru la cantik inside out..(^_^).


Baca seterusnya :

RAWAT JERAWAT DENGAN SET CANTIK SHAKLEE

CARA HILANGKAN  JERAWAT - GAYA KAK NAJIHAH



Ingin dapatkan supplement Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan?
Hubungi Ana di talian 013-2907540 atau email ke raihanazafril@gmail.com












10 comments:

  1. No wonder I'm having so many new pimples lately! I've been indulging myself in a lot of sweet food hahaha

    ReplyDelete
  2. Great info. Some people makan, tapi ok je haha

    ReplyDelete
  3. Good tips! I cut down my sweet food and drink plenty of water.

    ReplyDelete
  4. Thanks for the infor. Will share it to my friends who always had problems in their pimples.

    ReplyDelete
  5. Yes..I read alot of articles saying dairy product is one of the causes. Didn't know about gluten too. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  6. I had no idea what food in particular causes pimples, although I know part of it is because of diet. Thanks for this enlightening article.

    ReplyDelete
  7. These are good info. In my case, too much oily foods causes me pimples.

    ReplyDelete
  8. Need to eat less sugar and oily food... Huhuhu.. at my age need more better complexion

    ReplyDelete
  9. Thanks for the info! Sometimes I think my face pop out acne is it because of late sleep at night! But food intake is important!

    ReplyDelete
  10. Gula, minyak dan tenusu tu dah memang susah nak stop. Tapi, ye la kalau makan dalah sukatan yang ok, InshaAllah okay .

    ReplyDelete