Cara Mengecilkan Pori Wajah Walaupun Sudah Berusia

Assalammualaikum wbt.




Dulu masa remaja, memang jarang belek muka dekat cermin kan.
Asal cuci, pakai bedak, rasa dah ok dah jaga muka. Ada tu time malas, tak cuci muka pun tak apa.
Ni kisah yang zaman remaja tahun 90an la kot kan. Remaja zaman sekarang macam dah lain sikit. Buat shading kat muka pun pandai..


Sekarang bila dah masuk 30an. Rasa terganggu pula tengok pori wajah yang dah semakin kelihatan dengan banyak. Area hidung dan tepi-tepi hidung tu la kawasan yang paling ketara sekali.Di tambah pula ada whitehead dan blackhead. Memangla kadang-kadang rasa sakit hati je..



APAKAH PUNCA PORI WAJAH SEMAKIN MEMBESAR?


Sebenarnya terdapat 2 punca pori membesar.




1) GENETIK




Genetik kita sebenarnya menentukkan jenis kulit kita. Sama ada yang kulit berminyak, atau kulit kering. Didapati orang yang mempunyai kulit berminyak lebih banyak mengalami masalah pori membesar berbanding mereka yang mempunyai kulit kering.



2) KEHILANGAN KOLAGEN




Kolagen memastikan kulit kita lebih elastik. Jadi, liang pori akan kembali tertutup setelah di cuci atau sebagainya. Dengan peningkatan usia, adalah normal kolagen kulit akan semakin menurun, lalu meningkatkan kedutan pada wajah dan juga pori yang besar.





ADAKAH CARA UNTUK MENGECILKAN PORI ?



Terdapat beberapa cara untuk mengecilkan kembali pori wajah. Antaranya;



RAWATAN LASER



Pada zaman ini, terdapat banyak rawatan di pusat-pusat kecantikkan pakar kulit yang menawarkan rawatan menggunakan laser atau sebagainya. 


Cara ini pastinya akan dapat kesan yang lebih efektif dan cepat berbanding pemakaian krim sapuan. Namun begitu, rawatan laser ini masih mempunyai garis masa untuk ia bertahan. 


Sampai sesuatu tempoh, ia perlu ulangi dan bayarannya boleh dilabelkan agak tinggi juga.




PRODUK PENJAGAAN KULIT



Selain itu, penjagaan kulit wajah juga amat penting bagi mengelak dan merawat pori wajah besar ini. 


Sentiasa pastikan wajah sentiasa dicuci bersih untuk mengelakkan segala kotoran daripada melekat pada pori lalu membesarkan saiznya.


Scrub muka 2 atau 3 kali seminggu untuk membuang kulit mati yang melekat pada kulit.


Di Korea, sudah bermula CARA PEMBERSIHAN 2 KALI atau pun DOUBLE CLEANSING METHOD diamalkan sebagai cara penjagaan wajah.

  • Kaedah ini bermula dengan menyucikan wajah menggunakan cleanser oil-based, untuk membuang kotoran berminyak seperti pencemaran asap di kulit wajah.

  • Manakala, pencuci muka water-based pula digunakan selepas itu, untuk cucian yang lebih sempurna.
  • Kaedah Double Cleansing ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak.

Selepas mencuci muka, amalkan melalukan ais pada kulit untuk menutup kembali pori. Balut ais dengan kain nipis yang bersih sekiranya kulit tidak tahan dengan suhunya yang sejuk.


Pakai toner dan pelembab untuk mengembalikan semula kesegaran kulit wajah. (^_^)









PEMAKANAN



Pemakanan yang baik boleh menggantikan semula kolagen dalam badan.


Kolagen dihasilkan secara semulajadi oleh badan dengan kehadiran nutrien- nutrien berikut:-



PROTEIN





- Protein adalah bahan bina paling asas dalam badan manusia. Kulit, hormon, sel, organ semuanya di perbuat dari protein.


- Sekiranya protein yang kita ambil baik dan cukup, pembuatan kolagen juga dapat dihasilakan dengan lebih sempurna. Baik ini bermaksud, protein itu tidak di masak dengan terlalu lama sampai merosakkan asid aminonya.


- Antara protein lengkap yang baik untuk diamalkan setiap hari adalah protein dari tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya kerana ia mempunyai asid amino lengkap dan tidak mempunyai lemak.




VITAMIN A,C dan E.



- selain protein, Vitamin A,C dan E merupakan faktor bersama (co-factor) dalam menghasilakan kolagen secara semulajadi. 


- kekurangan vitamin-vitamin di atas juga membantutkan penghasilan kolagen dalam badan dan semakin lama, kolagen akan beransur-ansur hilang.


- banyakkan makan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan untuk mendapatkan vitamin-vitamin ini. Penggunaan supplement juga amat digalakkan.






SUPPLEMEN KOLAGEN




- kini terdapat berbagai jenama supplement kolagen lengkap di pasaran. Supplement ini juga boleh membantu untuk top up penghasilan kolagen dalam badan.

- namun begitu, pilihlah yang diperbuat dari bahan berkualiti, semulajadi, dan diuji keselamatan dan keberkesanannya dahulu sebelum mencuba. 


Ok tamat sudah entry Cara Mengecilkan Pori Wajah Walaupun Sudah Berusia.
Jangan lupa amalkan. Mari bercantik-cantik uolls (",)




Ingin dapatkan supplement Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan?
Hubungi Ana di talian 013-2907540 atau email ke 
raihanazafril@gmail.com.


14 comments:

  1. I takes Bbplus Collagen and uses Bio Ever Plus nightly. InsyaAllah. And thanks for sharing the info.

    ReplyDelete
  2. A very informative post. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  3. Tips yang menarik. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. I never found out the causes of pori besar. Now I know! Am taking the required steps to jaga kulit. Dah berusia dah....

    ReplyDelete
  5. Forget junk foods no matter how delighting they are. Let's focus on healthy foods! OMG, might be difficult but we can :)

    ReplyDelete
  6. Really feel disturbing when see my pores getting bigger. Thank you for the tips and 50% currently i start practicing.

    ReplyDelete
  7. Thanks for the useful tips! Recently saw a collagen brand, gonna purchase and see if it helps :D

    ReplyDelete
  8. Info yang bagus, pori kulit saya semakin besar dan kasar... Huhuhu

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing dear!! Some of the tips really helpful and big pores is a big NO to me!

    ReplyDelete
  10. This is a good sharing with those friend having the big pore issue. c racheal

    ReplyDelete
  11. Great sharing. I personally think using the natural way is better. Laser treatment will dry your skin.

    ReplyDelete
  12. useful tips, have you tried them all yourself and how effective are they?

    ReplyDelete
    Replies
    1. of all the product i used, collagen is the most effective! u can get the result in 7 days. clinically proven. i will attached the journal manuscript later.

      Delete
  13. Tapi betul gak, kadang2 kalau tak jaga permakanan pun boleh jadi sebb sbb saya perasan kalau makan tak sihat, mmg akn jd besar.

    ReplyDelete