DETOX HATI : Kenapa Kita Perlu Detok Hati

Assalammualaikum wbt.



Jerawat,
Merah-merah dikulit,
Alergi,
Autoimun,
Keletihan melampau,
Penghadaman yang tidak baik,
Hormon tidak seimbang,
Kegemukan



Penyakit-penyakit yang disebutkan mungkin juga disebabkan oleh masalah hati. Ya HATI. Organ hati kita tu. Kenapa ya saya sebut macam tu?..Jom kita belajar pasal organ HATI hari ini.



FUNGSI HATI






Hati merupakan organ penting dalam badan yang mempunyai bermacam-macam fungsi untuk memastikan badan kita bebas dari toksin dan bahan-bahan berbahaya. Selain itu, hati juga bertanggungjawab untuk mencernakan lemak supaya lemak akan lebih mudah diserap di dalam usus.


Antara fungsi-fungsi lain Hati adalah ;-


  • Menjalankan proses detoksifikasi darah untuk membuang bahan berbahaya seperti alkohol dan juga dadah.
  • Menyimpan beberapa vitamin dan zat besi.
  • Menyimpan gula dalam bentuk glukosa , sebagai bantuan sekiranya badan kita kekurangan gula.
  • Menukarkan ammonia kepada urea (air kencing).
  • Memusnahkan sel darah merah yang sudah rosak. Pemusnahan sel darah merah yang sudah rosak ini memberikan warna pada najis kita ke warna coklat. 


KENAPA KITA PERLU DETOK HATI?







Kalau kita tengok, Hati ini sepatutnya sudah cukup membuang toksin, membuang pencemaran dan benda-benda kotor dalam badan kita. Tapi sebaliknya, ada antara kita, makannya macam biasa, tapi semakin gemuk. Badan pula penuh jerawat. Tak kurang juga imun badan merosok apabila semakin tua, makin banyak pula kesan alergi yang timbul.



Mengapa ya?..Apakah sebabnya?







Sebenarnya bukanlah bermaksud hati kita dah rosak, tapi organ hati kita bekerja dengan kuat setelah sekian lama, jadi performance nya sudah semakin merosot.


Apa tidaknya, setiap hari, kita berdepan dengan bermacam-macam pencemaran. Udara, air, tanah, sebut jelah, mesti ada je pencemaran masuk dalam badan kita ni. Udara dah tentulah kan. Kita bukan hidup dalam hutan. Makanan - racun serangga dan baja kimia untuk tumbuh-tumbuhan dan juga pencemaran pada binatang ternakan dan ikan-ikan. Semua tu adalah potensi toksin yang akan masuk ke dalam badan kita.








Tu tak masuk lagi yang merokok, yang makan fast-food hari-hari. Dan dah berapa lama kita amalkan semua ini?..Forever. Selamanya. Sepanjang kita hidup.



Jadi kalau dulu kita makan banyak pun badan kita maintain je, tapi sekarang makan separuh dari dulu pun badan dah macam kena pam. Salah makan sikit pulak boleh naik gatal-gatal dan merah. Belakang badan, penuh jerawat. Walaupun pakai sabun dettol hari-hari.



Jadi perlu tak kita Detox organ hati kita ni?..


Mestila perlu kan. Bagi dia rehat sikit, dan bekalkan dia dengan supplement dan makanan yang buat dia lebih KUAT, supaya dia boleh la jalankan fungsinya secara optimum semula.



APAKAH MAKAN YANG MENGUATKAN HATI ?


Sayur- Sayuran Hijau

Sedia maklum sayur-sayuran memiliki phytonutrien seperti flavonoid, carotenoid dan sulforaphane bagi membantu meneutralkan bahan kimia, pestisid, dadah dan karsinogen.



Tanaman Laut




Alga membantu hati mencegah logam dari diserap ditubuh. Warga Jepun memiliki angka kematian akibat penyakit hati paling rendah kerana alga termasuk dalam diet harian mereka.



Kekacang

Protein dan enzim dari kekacang membantu meningkatkan pertahanan hati terhadap racun. 



Makanan Tinggi Sulfur





Hati memerlukan sulfur untuk melakukan detoksifikasi dengan mengeluarkan merkuri atau zat tambahan makanan tertentu. Antara makanan tinggi sulfur adalah seperti bawang putih, artichoke, dan cendawan reishi.



Buah-buahan
Antioksida juga penting dalam menjaga kesihatan hati.


MAKANAN TAMBAHAN UNTUK KESIHATAN HATI.







Disebabkan masalah akibat penurunan fungsi hati ini dah makin menular di dalam negara-negara membangun, saintis Shaklee telah pun mengkaji dan mencipta satu makanan tambahan yang dikhas untuk menguatkan dan memperbaiki hati kita.


Supplement itu adalah DTX.

Apa ada dalam DTX ni?,





Milk Thristle

- herba ini sudah digunakan dengan meluas di negara-negara Europah selama lebih 2000 tahun.

- herba ini dapat menguatkan hati dan membantu hati menjalankan proses detoksifikasi dengan lebih sempurna.

- Ini juga dapat menghalang dari penyakit-penyakit berbahaya berlaku.



Schizandra

- herba ini berasal dari Chinayang membantu sintesis protein. Ini menggalakkan pertumbuhan sel baru, mengurangkan fatty liver dan perlahankan proses oksidasi dan radang hati.



Cendawan Reishi


- Cendawan Reishi tinggi sulfur dan sangat
membantu dalam meningkat imun dalam badan.



Dandelion

- Dandelion mengandungi vitamin A, B, C, D dan zat besi yang membantu pengaliran hempedu, membantu masalah sembelit, badan berangin dan senak perut.



Kunyit




- kunyit mempunyai curcumin yang sangat baik mencegah barah hati, dan menjaga fungsi hempedu.

- ia juga anti-inflamasi yang melindungi buah pinggang dengan menurunkan potensi untuk buah pinggang bocor.



Artichoke.

- artichoke berkesan dalam mengurangkan kerosakkan hati dari toksin.



Supplemen DTX telah diuji secara teliti dan klinikal, dan manuskrip kajiannya ada dikeluarkan secara rasmi.

Tekan di SINI untuk membaca manuskrip tersebut.


APA KATA MEREKA YANG TELAH MENCUBA?













Ingin dapatkan Supplement DTX?

Hubungi Ana di talian 0132907540 atau email ke raihanazafril@gmail.com.


















3 comments:

  1. lepas ni nak makan seaweedlah! good luck with your business beautiful!!

    ReplyDelete
  2. That's quite interesting. All the best on your business venture.

    ReplyDelete
  3. Kena jaga hati! Thanks for sharing. All the best!

    ReplyDelete