KENAPA BAHAYA CERAHKAN KULIT DENGAN CEPAT?

Assalamualaikum wbt.



Kejadian di kenduri :


Makcik mulut puaka A :

" Jahhh, apsal anak ko ni hitam sangat Jahhh...ko terkenan dengan siapa ni?? Orang kulit hitam?" (sambil tergelak-gelak bersama makcik puaka yang lain)

Makcik Jah :

" Alahh, apa nak risau, sekarang kan ada ubat putih. Calit-calit, tak sampai 2 jam dah putih dek non. Kalah anak kau nanti "


Biasa tak dengar dialog kat atas tu? Harusla biasa kan. Sebab mentaliti masyarakat kita, putih tu cantik, putih tu lawa, putih tu manis, putih adalah segala-galanya.

Di sebabkan mentaliti begini, maka berlambak-lambak lah syarikat kosmetik mengambil kesempatan untuk menghasilkan pelbagai jenis produk pemutihan kulit untuk dijual kepada masyarakat kita. Ada yang calit-calit je dah putih, putih seawal 1 hari, putih tak hitam-hitam dah. Dan bermacam-macam lagi.

Persoalannya, adakah produk yang diperkatakan ini benar-benar selamat?


GLUTATHIONE MEMUTIHKAN KULIT.


Kebanyakkan produk pemutihan kulit sekarang mengandungi glutathione. Dan sangat ramai remaja sangat menggemari produk jenis makan ini kerana ia bukan sahaja dapat memutihkan kulit muka, tapi sehingga satu badan.

Sudah pasti la remaja yang berkulit sawo matang atau gelap sangat teruja sekiranya kulit dahulunya gelap kini cerah persis artis terkenal.

Tapi sebenarnya apakah yang telah glutathione ini buat pada badan kita?

Kehadiran Melanine pada kulit sebenarnya menentukan kita gelap atau cerahnya kulit kita. Sekiranya kita mempunyai kulit yang gelap, ini bermakna badan kita menghasilkan banyak melanine. Fungsi Melanine juga bukanah terhad kepada warna kulit, sebaliknya ia juga berfungsi sebagai


  • menghalang kulit dari sinaran UV.
  • menghasilkan jeragat (apabila kulit terkena sinaran UV - untuk perlidungan yang lebih)

Jadi adakah Melanine ini sesuatu yang tidak baik?

Sudah tentulah tidak. Ia melindungi kulit kita dari sinar UV yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Penggunaan glutathione ini sebenarnya mengganggu sintesis melanine dalam kulit dan ini menyebabkan kulit lebih putih dengan berkurangnya penghasilan melanine secara semulajadi.

Dan sebenarnya glutathione ini telah dihasilkan sendiri oleh badan kita kerana glutathione penting dalam meningkatkan sistem imun badan. Ia dihasilkan daripada Protein, vitamin C dan E juga Vitamin B. 

Bukankah lebih selamat jika kita mengambil makanan yang tinggi Protein, Vitamin C, Vitamin E dan B Complex atau mendapatkannya dari suplement dari sumber tumbuh-tumbuhan (semulajadi) daripada mengambil pil Glutathione yang dihasilkan secara sintetik?

Mungkin kulit tak secerah yang kita harapkan, tetapi memiliki kulit yang lebih sihat dan imun yang lebih kuat adalah lebih penting daripada kulit cerah tapi penuh penyakit.





HYDROQUINONE MELUNTURKAN WARNA KULIT.



Terdapat juga krim atau pencuci muka yang mengandungi Hydroquinone sebagai agen peluntur. Hydroquinone ini memang ada jual di farmasi tetapi hanya boleh di ambil hanya dengan cadangan dokter. Ia dikategori kan sebagai racun berjadual.

Bagaimana Hydroquinone melunturkan warna kulit?

Lapisan terluar kulit dinamakan sebagai Epidermis. Ia hanya mempunyai ketebalan sepeti sehelai kertas. Pada setiap 28 hari, kulit kita akan mati, dan sel kulit baru akan menolak sel kulit mati supaya ia dapat di tanggalkan.

Hydroquinone mempercepatkan proses ini, dengan membuang lapisan kulit luar kita. Jadi, sel kulit baru akan dihasilkan dan kalau kita lihat pada luka yang kulitnya tiada, kulit baru yang terhasil adalah lebih putih dan cantik. 

Bayangkan anda memakai krim ini setiap hari, membuang dan membuat kulit baru setiap hari, lapisan kulit luar yang sepatutnya melindungi kulit akan hilang dan kulit akan lebih terdedah untuk mendapat penyakit yang lebih serius seperti kanser kulit.

Adakah berbaloi mendapat kanser kerana ingin mendapatkan kulit yang putih?


MERCURY DAN STEROID



Terdapat juga sesetengah produk mengandungi mercury dan steroid tinggi yang sudah kita ketahui akan merosakkan organ kita sepeti hati dan buah pinggang. 

Paling berbahaya apabila wanita mengandung memakai produk-produk ini, kerana bahan-bahan ini akan membantutkan pertumbuhan fetus di dalam perut dan dalam masa yang sama tiada satu pun tanda yang akan kelihatan pada ibunya. Dikhuatiri bayi yang lahir mempunyai kecacatan anggota badan, organ, atau otak itu sendiri.


Kesimpulannya semaklah dahulu segala jenis kosmetik atau supplement yang ingin kita ambil sebelum ia merosakkan muka atau pun badan kita sendiri. Dan segabai ibu bapa, terapkan keyakinan dalam diri anak-anak kita.

" tak kira kita mempunyai kulit gelap ataupun kulit cerah, kita dilahirkan CANTIK, dan kecantikkan peribadi itu adalah cantik yang sebenarnya -"

Klik di SINI untuk mengetahui senarai nama produk kosmetik di Malaysia yang mengandungi racun berjadual. 

Sekian.



1 comment:

  1. Alamak takutnya melihat gambar-gambar yang dikemukakan. Hitam atau putih, dua-dua pun sama cantik.

    ReplyDelete