Petua Menghilangkan Jerawat cara Perubatan Orang Cina

Assalammualaikum wbt.

Teringat waktu kecil dulu. Selalu borak dengan nenek atuk. Ikut mereka ke kedai atau ke kebun. Kadang-kadang mesti ada singgah ke kedai Sei Sei. Kedai menjual herba-herba cina untuk dijadikan ubat-ubatan. Macam-macam la. Ada yang kena rebus. Ada yang makan macam tu je.

Bila dah mula besar sikit, dah belajar sains. Terasa terdetik dalam hati. Kenapa ya atok dan nenek nak ke kedai Sei Sei tu. Ntah elok ke tidak. Dokter kan ada. Pergi dokter je sudahlah.

Itulah manusia.Baru belajar sikit dah tunjuk pandai. Hihi. Tak tahu ilmu Allah ni luas betul. Yang kita belajar sekarang tak sampai 10 % pun darinya..


Perubatan Cina sebenarnya sudah diamalkan lebih dari 4000 tahun dahulu. Konsep perubatan Cina adalah dengan mengamalkan konsep keseimbangan Yin dan Yang. Perubatan barat selalunya hanya akan merawat simptom. Contohnya dalam kes jerawat ini merawat dari luar. Denagn bantuan krim pebunuh kuman, dan sebagainya. Tetapi, perubatan Cina merawat dari dalam.

Apabila jerawat timbul, ahli perubatan Cina percaya bahawa ia adalah disebabkan oleh sistem dalaman kita yang kering, stress dan terlalu panas. Sistem dalaman yang kering juga menyebabkan kita mengalami pencernaan yang tidak sihat. Kurang berpeluh juga adalah penyebab kepada berlakunya jerawat.



Oleh itu, candangan untuk penghidap jerawat yang teruk adalah dengan melebihkan makanan yang sejuk seperti timun, dan teh hijau. Herba seperti Pi Pa Fei Yin juga dapat menyejukkan darah dan membantu membersihkan paru-paru.

Perubatan Barat.


  • Dari segi perubatan barat, jerawat pula adalah berpunca dari lemahnya imun seseorang untuk melawan bakteria yang hinggap di kawasan muka lalu menyebabkan 'breakouts' ataupun jerawat. Kecelaruan hormon juga boleh menyebabkan jerawat ini berlaku.


Jadi selalunya rawatan dari barat adalah dengan mencuci muka sebaiknya, memakai krim anti bakteria apabila jerawat menjelma, dan juga makan pil hormon untuk menstabilkan hormon.

Kaitan Nutrisi dan Jerawat.

Sebenarnya rawatan jerawat boleh dibantu dengan pengambilan makanan atau makanan tambahan yang betul. Kerana merawat dari dalam adalah rawatan yang lebih baik berbanding hanya dengan rawatan dari luar.

Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

  • sayur dan buah merupakan antioksida yang sangat penting untuk meningkatkan imun dalam merawat penyakit dan tak terkecuali juga bakteria yang menyebabkan jerawat.
Minum air secukupnya
  • 90% badan adalah air dan air sangat diperlukan untuk organ berfungsi secara optimum. Sekiranya kekurangan air, pengumpulan toksin akan berlaku dengan lebih banyak di dalam badan.

Herba yang membaiki hormon 
  • Allah telah menjadikan dunia ini sangat luas dan lengkap dengan herba-herba yang mampu menjaga kesimbangan hormon dan juga menguatkan imun badan. Minyak bunga GLA merupakan salah satu herba yang bai dalam membaiki hormon dan mengurangkan risiko wanita dari menghidapi kanser.
Cuci Muka sebaiknya.
  • Cuci muka sekurang-kurang 2 kali sehari unutk membunag kotoran yang melekat pada muka seperti pencemaran asap dan sebagainya.

Terdapat pelbagai makanan tambahan atau vitamin yang boleh membantu kita untuk cukupkan nutrisi keperluan harian kita. Namun kita dinasihatkan supaya mengambil supplement dari sumber alam semulajadi berbanding dari sumber yang sintetik bagi memastikan ia lebih selamat.



Ingin dapatkan supplement bukan sintetik yang tejamin keselamatannya?

Hubungi saya di 0132907540 atau email ke raihanazafril@gmail.com





10 comments:

  1. Saya masih cuba nak konsisten minum air masak secukupnya, kadang ter skip juga. hehe
    Tapi cukupkan air tu bukan hanya baik untuk kurangkan masalah jerawat je tapi badan tak lesu dan kulit pun glowing bermaya je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul..kalau minum air cukup memang rasa badan lebih lega..

      tp begitulah..duduk dlm ekon selalu lupa minum air..😂😂

      Delete
  2. terimakasih atas informasinya,, ijin share juga
    dan jangan lupa kunjungi link http://idblackwalet.com/

    ReplyDelete
  3. Saya so far tiada masalah jerawat tapi jeragat pulak banyaknya ;)

    ReplyDelete
  4. jeragat selalunya kaitan dengan hormon, sinar uv dan penggunaan produk skincare yang salah. Mungkin boleh cuba yang semulajadi lepas ini 😊

    ReplyDelete
  5. aah dulu arwah atok nenek pun suka ke kedai sei sei . tapi siyesly lah mmg berkesan ubat-ubatannya. pernah batuk teruk selama sebulan, lepas makan terus elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..perubatan cina sebenarnya agak maju..walaupun dari zaman dulu-dulu

      Delete
  6. Org dulu memang akan ke sei sei dulu. Dkt slyg ni ad satu yg masih ramai org pergi

    ReplyDelete