Tips Hilangkan Bau Ketiak Masam

Assalammualaikum wbt.





Tiada siapa sukakan bau badan. Lagi-lagi kalau korang jenis bekerja outdoor kan. Berpeluh tu memang tak dapat nak elak. Dengan cuaca Malaysia ni yang panas, kadang-kadang sampai basah baju bawah ketiak tu. Masam, busuk. Malu nak duk dekat-dekat dengan kawan-kawan. Kalau boleh nak balik cepat-cepat mandi.


Sebagai salah seorang yang bekerja outdoor dulu, bau badan ni memang common sangat pada Ana. Kerja pula dalam bidang yang dipelopori lelaki, majoritinya merokok, memang kadang-kadang tak tahan. Cari saja alasan nak lari daripada mereka. Tapi, at least tu lelaki kan.Ana sendiri memang tak selesa bila Ana berpeluh-peluh. Bila dah rasa basah semacam tu akan elak-elak dari dekat dengan orang ramai.


Jangan tak tahu, lelaki ni nampak je cool depan. Tapi kalau bab mengata, kalah semua mulut Mak Jemah..Jadi sebelum menjadi bualan ramai, saya cepat-cepatla lari dulu. Hahaha.




APAKAH PUNCA BADAN BERBAU NI?



Sebenarnya faktor terbesar bau badan adalah kerana hadirnya bakteria. Well, kulit kita ni memang banyak bakteria. Mustahil kita 24 jam bebas dari bakteria walaupun hari-hari kita mandi dengan sabun Dettol. Dan bakteria paling banyak akan berada pada kawasan yang berbulu.


Bila peluh bercampur dengan bakteria, sesetengah bakteria tersebut akan menukarkan protein kepada asid yang mengeluarkan bau basam atau tengik. Tindak balas kimia ini juga di pengaruhi oleh faktor seperti Hormon, Kegemukan, Pemakanan, Sistem Perkumuhan dan Genetik.


Kadang-kadang, bau badan ini tidak menyebabkan apa-apa kesan pada seseorang. Tetapi, sekiranya mengganggu pekerjaaan dan keyakinan diri pengidapnya, eloklah usaha untuk meyelesaikannya.




TIPS HILANGKAN BAU KETIAK MASAM


Sekiranya badan berbau ini adalah masalah untuk anda, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah ini.


Kebersihan Tubuh Badan





Bakteria sukakan kotoran. Jadi kebersihan merupakan musuh bagi bakteria. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Boleh gunakan sabun anti-bakteria yang ada di pasaran. Fokus untuk sabun di kawasan pelipat-pelipat dan pastikan bulu ketiak sentiasa di potong atau dicukur licin. Jangan ada yang membela hutan pula ya!




Gunakan Deodorant





Selepas mandi, pakai deodorant di ketiak. Jangan pakai sewaktu sedang berpeluh. Ini menyebabkan peluh terperangkap dan bau bertambah. Pilihlah yang sesuai dengan kulit anda. Tapi deodrant juga harus dibersihkan selepas 6-7 jam. Jangan di bawa tidur pula ya.




Makanan Penyebab Bau Badan



Percaya atau tidak terdapat sesetengah makanan yang boleh menyebabkan bau badan. Antaranya; rempah-rempah, bawang putih, kafein, makanan ringan dan alkohol. Kurangkan makanan-makan tersebut, limitkan seminggu 1-2 kali sahaja.




Makan Sayur dan Buah-buahan.




Sayur dan buah-buahan mempunyai serat yang tinggi. Ini membantu penghadaman yang lebih baik. Membuang setiap hari akan membantu mengurangkan toksin diserap semula sekiranya ia terlalu lama disimpan di dalam usus. Usus yang baik dan bersih, badan akan lebih sihat dan nutrien dari makanan akan mudah diserap ke dalam darah.




Mengamalkan Herba dan Vitamin Terpilih



Sesetengah herba dan boleh membantu proses detoksifikasi badan dengan lebih efektif. Selain dari menggalakkan aktiviti usus yang sihat, ia juga memastikan segala toksin dikeluarkan. Ini dapat membersihkan lagi badan dan organ detoks seperti hati, kulit dan usus akan lebih kuat dan kurang beban.

Antara herba yang boleh membantu adalah Alfalfa, Daun Senna, Milk Thristle dan polifenol dari buah Anggur Muscadine.





PROGRAM DETOX DARI SHAKLEE


Selain membantu menyelesaikan masalah bau badan, program detok Shaklee ini juga menggalakkan kesihatan organ detox yang lebih baik. 


Dengan mengamalkan Detox pada setiap bulan, organ detox boleh berkerja dengan lebih optimum dan kesannya anda bakal turun berat badan, kulit akan lebih cantik dan mendapat tenaga seperti dahulu kala.




Adakah anda termasuk dalam senarai yang memerlukan detox ?


Lihat senarai masalah dalam gambar di bawah (klik gambar untuk besarkan). Sekiranya salah satu ataupun semua dalam checklist berikut merupakan masalah yang anda risaukan, JOM DETOX sekarang.



Klik di SINI untuk membaca pengalaman mereka yang dah mencuba Detox Shaklee.


Semoga memberi manfaat kepada semua (^_^). Wassalam.


Ingin dapatkan supplement Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan?
Hubungi Ana di talian 013-2907540 atau email ke 
raihanazafril@gmail.com.
















14 comments:

  1. Nie jangan pakai baju yg tebal or jenis yg x kalis udara, nanti terperap jer sepanjang hari. Of cos masammmmmmm

    ReplyDelete
  2. Tips yg bagus. Kekadang kesian gak dgn org yg ada bo ni. Nak cakap segan.

    ReplyDelete
  3. Good advice and tips. I have never tried the Detox Shaklee before.

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah saya xde masalah ni tapi good to know... kdg tu bau badan disebabkan oleh baju yang berbau sbb tidak kering di bawah matahari ...

    ReplyDelete
  5. Great tips. Something very embarrassing to suffer from but coming out in society, we meet all sorts of people. Some with BO, so just have to stop breathing for a few seconds!

    ReplyDelete
  6. Yeah, it's really coming from what we eat. I heard spicy foods are the biggest culprit to Body Odor. It is a good thing to detoxify and clean the body not only for to get rid off body odor but for the whole body as well. Thanks for sharing your tips.

    ReplyDelete
  7. LOL. Thanks for sharing. Agree that food can cause body odor. You are what you eat :)

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing your detox advices. Is the product also available outside Malaysia?

    ReplyDelete
  9. Thanks for a great write up to share with us, you know, ladies especially, are always having this concern :)

    ReplyDelete
  10. Perasan selalu kalau naik tren waktu malam, ya Allah bau dia. Ramai warga asing pulak tu. Bau mmg semerbak.

    ReplyDelete
  11. Memang tak tahan BO nie. Kadang-kadang, baju yang terlampau lama dipakai dan tidak dibasuh juga menyebabkan wujudnya bau tidak menyenangkan. Kalau terserempak,memang akan merosakkan mood.

    ReplyDelete