#1 Info Tentang Petua Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Pasti Berkesan.

Assalammualaikum wbt.



Sapa yang pernah kena chicken pox waktu dah besar mesti tahu seksanya macam mana kan. Blister merah tu, sekali pecah, mak aih, pedihnya tuhan je la yang tahu. Dah la nak kena ambil wudhuk waktu nak solat, sekali kena air, rasa nak meloncat-loncat nak tahan sakitnya.

Chicken pox ataupun cacar air adalah disebabkan oleh virus. Dan sangat mudah dijangkiti. Selalunya anak-anak kecil la yang akan kena. Imun badan mereka masih mentah, susah nak lawan balik virus. Tapi, kalau kena pada orang dewasa, kesannya tak kurang hebat juga.

#1 Info Tentang Petua Hilangkan Parut Chicken Pox Yang Pasti Berkesan.

Yelah, kalau menyerang waktu dah besar, sudah pastilah virus tu sangat kuat. Dan kesan parut tu selalunya akan lebih teruk dari kanak-kanak. Kalau warga emas, lagilah risaukan. Warga emas selalunya imun dha makin lemah. Risau pula memudharatkan.

Selain ubat-ubatan dari hospital, sebenarnya pemakanan juga boleh membantu untuk lawan virus chicken pox ni. Pemakan yang betul juga, boleh bantu kulit kita untuk hasilkan kulit baru yang lebih sihat untuk menghilangkan parut-parut chicken pox.

Antara makanan-makanan tersebut adalah :

BIJI LABU - untuk tingkatkan imun
BAWANG PUTIH - antibiotik semulajadi

BUAH-BUAH DAN SAYURAN - Vitamin C dalam buah dan sayur ni boleh bantu perbaiki kulit.
MINYAK ZAITUN DAN KEKACANG - Vitamin E di dalamnya amat penting untuk pudarkan parut.
PROTEIN - protein memang asas nak bina sel baru. Termasuklah sel kulit. Kalau protein cukup, sel pun dapat dibuat dengan sempurna.



tapi kadang-kadangkan, walaupun kita makan banyak benda-benda tu, masih juga payah nak nampak kesan. Sebabnya semua vitamin ni sebenarnya amat mudah rosak. Lagi-lagi kalau dimasak lama atau pada suhu yang tinggi.

So penggunaan supplement tu adalah sangat baik. Bagi saya Vitamin dari keluaran syarikat Shaklee la yang terbaik. Sebab sumber yang digunakan adalah dari tumbuh-tumbuhan dan bukannya dari bahan kimia sinetik. Kalau semulajadi ni, badan kita pun lebih kenal kan. Jadi mudah la nak berkesan.


TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE

Terdapat beberapa pengguna supplement Shaklee yang berpuas hati dan dah berjaya hilangkan parut Chicken pox mereka. Yang pertama ni dari En Zamri, seorang pensyarah yang berumur 43 tahun sewaktu beliau diserang Chicken Pox.

Ikuti kisahnya :



" #1 PARUT DEGIL CHICKEN POX HILANG DENGAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum, nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok.

Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.
Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.
Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).

Alhamdulillah.. berkat kesabaran dan kepercayaan terhadap vitamin-vitamin ni semua, akhirnya parut chicken pox yang penuh di muka dan seluruh badan saya makin pulih sepenuhnya.. Terima Kasih SHAKLEE kerana mengembalikan keyakinan hidupku.

Kalau parut chicken pox yang banyak dan degil boleh hilang dengan vitamin Shaklee yang macam saya amalkan ni, setakat parut jerawat apala sangat kan. Korang yang banyak parut jerawat patut cuba vitamin Shaklee ni. Tak cuba tak tau.. dah cuba jatuh cinta beb!

Oh ya, isteri saya cakap nanti nak saya cuba VIVIX pulak, nak bagi kulit wajah saya jadi lagi licin gebu halus mulus flawless awet muda katanya.. tak sabar nak cuba VIVIX sebab Vivix ni kata isteri saya produk no 1 Shaklee, kualiti terbaik setanding harganya.

Inilah kisah SHAKLEE EFFECT saya.
Sekian, terima Kasih "

Testimoni kedua ini pula dari Puan Normasliha Ismail daripada Batu Caves.



#2 Derita PARUT Chicken Pox.

Perkongsian dari saya sendiri. Sepanjang hidup tak pernah kena chicken pox. Tapi penghujung tahun 2012 saya berjangkit chicken pox dari bayi saya (baru 3M) umur 27 tahun baru kena.

Habis seluruh muka & badan naik chicken pox. Dia punya merenyam ya Allah.dahsyat sangat. Geleng kepala tengok diri sendiri..tapi menangis ya Allah bila tengok baby saya yang kecik tu pun sama teruk chicken pox dia dengan saya.

Dapat 2 minggu MC lepas hantar pic ni kat bos. Dia pun seram. Takut berjangkit ke staff lain. . Masuk keje semua staff yang tak tahu saya kena chicken pox tanya kenapa muka tiba-tiba banyak jerawat. Malu tu tuhan je tau.

Ikhtiar saya time tu amik ESP + Vita-C Shaklee. Itu je pun yg mampu dan berbaloi lagipun time tu saya menyusukan baby saya. Kebetulan ESP sangat-sangat membantu dalam penyusuan.Kira 2 in 1 la.

Supplemen ni bukan bertindak secara drastik macam produk lain. Untuk mengantikan sel-sel atau kulit yang rosak atau mati amik masa. Sekurang-kurangnya 3 bulan. Jangan mudah putus asa

Alhamdulillah. Berkat konsisten parut chicken pox semakin HILANG (sekarang tak ada langsung). Yang ajaibnya kulit wajah pulak semakin CERAH. Dan yang paling UTAMA sekali, kali ni dapat fully breastfeed baby setahun lebih.

Dari konsisten dah tukar jadi pengguna SETIA. Sampai sekarang tak tinggal ESP + Vita-C Shaklee tau. Siap top up set hamil Shaklee lagi sebab preggy anak ke 3. Jatuh cinta sungguh dengan Shaklee.


Video di bawah pula adalah testimoni ketiga dari Puan Nurhidayah tentang pengalaman dia dan anaknya yang terkena chicken pox. Saksikan;


Anda juga boleh membaca 7 Petua Nenek Untuk Merawat Penyakit Cacar Air / Chicken Pox Pada Bayi Dan Kanak-kanak di SINI.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan yang lebih dalam merawat parut chicken pox anda. Jangan biarkan parut chicken pox terus membelenggu hidup anda ya. Kerana dirimu begitu berharga.


Hai, nama Raihana
Saya merupakan pengedar Shaklee bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093
Hubungi saya di talian 013-2907540.
Saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.
Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tekan gambar dibawah dan terus hantar pesanan whatapps kepada saya.


No comments:

Post a Comment