7 Petua Nenek Untuk Merawat Penyakit Cacar Air / Chicken Pox Pada Bayi Dan Kanak-kanak.

Assalammualaikum wbt.


Baru-baru ni anak kedua saya demam. So macam biasa la rutin demam kan. Bagi paracetamol. Pastikan suhu nya rendah. Tuam badan. Alhamdulillah. Redha la dalam 3 hari. Tapi hari ke 4, jeng jeng jeng. Naiklah bintik mrah pada seluruh badan dia. Chicken pox rupanya. Kebetulan sungguh, hari yang dia demam tu, patutnya dia kena cucuk untuk vaksin chicken pox. Rupanya dah kena dulu.

Hihi. Apa lagi, call la mak. Apa nak buat dengan anak ni. Yela, ubat-ubat klinik dapat juga, tapi petua orang tua pun mesti nak cuba juga kan. Kesian tengok dia tak selesa. Nak cakap tak tahu. Nangis je la.

Petua ni mak saya bagitahu. Nenek saya la pun yang bagitahu dia. Keberkesanannya? Wallahualam. Tapi selagi tak memudharatan, atau bercanggah dengan agama, tak salah kan mencuba.

Petua Nenek Untuk Merawat Penyakit Cacar Air / Chicken Pox Pada Bayi Dan Kanak-kanak.

#1 Daun Semambu



Bila dengar mak sebut daun semambu, soalan pertama saya " Makkkkk, mana nak cari semambu ni? Semambu tu apa?'

Hahaha..so tipikal anak zaman sekarang. Memang tak tahu daun-daun ni. Masuk kebun pun jarang. Lagi nak kenal daun semambu. Nasib baikla, dapat mak penyabar. Mak kata daun semambu tu, boleh cari kat kedai bunga orang India. Sebab orang India selalu guna. Mak kata, ambil daunnya, alaskan masa tidur. Letak bawah cadar pun boleh. Dapat kurangkan gatal dia nanti.

Tapi tu la kan. Kalau dah namanya budak-budak, payah juga nak kerjakan daun ni. Kalau baby, ade yang siap makan agaknya. Hehe.

#2 Lap dengan air baking soda




Ambil sesudu teh baking soda, campur dengan secawan air, lepas tu lap-lap badan dia. Boleh juga juga sponge. Bintik-bintik merah dia nanti cepat kering, dan kegatalan tu boleh la berkurangan. Tapi sebenarnya saya tak berapa pakai pun baking soda ni. Sebab rumah saya dah ada pencuci seberguna Basic-H. Basic H tu saya letak 1 titik dalam air mandian dia, lepas tu bilas lepas mandi.

Basic H ni elok juga. Dapat turunkan suhu demam dan bersihkan badan sekali. Tak payah was-was sebab dia takde bahan kimia yang berbahaya. Semua dari alam semulajadi sahaja.




#3 Jangan Kena Hujan.

Mak kata hujan tu air bisa. Kalau terkena pada bintik-bintik merah tu, makin teruk nanti. Pecah meletup. Memang elok pun kan elak dari kene hujan. Bukan sebab kena chicken pox je tak payah elak hujan kan.

#4 Jangan menggoreng 



Ni saya pun tak tahu la pasal apa. Mak kata jangan goreng apa-apa. Bila minyak tu meletup bintik merah tu pun ikut nak meletup jugak. Logik ke? Mestila tak logik kan..Hahahaha. Saya ikutkan aje mak cakap. Dapat la kurangkan kalori makan makanan tak bergoreng. 

#5 Jangan Makan Kicap

Whuttt?..orang Johor kot. mana boleh tak makan kicap derrr. Hahaha. Tak tahu juga apa kaitan. Katanya nanti lagi bisa. Tapi tak apa, bukannya mak dia yang tak boleh makan kicap. Anak yang kene chicken pox tu yang tak boleh. Dia memang tak boleh makan kicap pun.

#6 Calamine Lotion




Yess. Ini memang dapat pun kan alau jumpa dokter tu. Kadang-kadang saya sapu juga Calamine lotion ni. Tapi saya sebernarnya banyak guna krim serbaguna Herbal Blend Shaklee. Sebab dia tak melekit. Cepat diserap, dan paling penting, tak ada paraben dan steroid.

#7 Air kelapa

Ini memang banyak kan orang cakap. Bagi minum air kelapa cepat kebahnya. Tapi mengikut petua nenek saya, bagi minum air kelapa ni kena masa hujung-hujung. Hari ke 7 ke atas. Sebabnya, dia kata pernah jadi bagi air kelapa terlalu awal, nanti dia keluarkan bintik-bintik merah tu cepat sangat, lagi melepuh kulit. Lepas tu, tak habis pun keluarnya. Bila dah besar, kena balik sebab tak habis. Bagilah masa 7 hari ke atas, masa tu dah tak banyak dan sure dah nak habis kan.

Ada logik disitu..

bagi air kelapa ye, bukan coconut shake


Haa, gitula ceritanya 7 Petua Nenek Untuk Merawat Penyakit Cacar Air / Chicken Pox Pada Bayi Dan Kanak-kanak. Kalau yang kena tu baby, jangan lupa sentiasa makan makanan yang boleh tingkatkan imun badan, so susu yang kita bagi pada bayi tu boleh kuatkan badan bayi.

Bahaya tau sebenarnya kalau bayi kena chicken pox ni. Ada yang buta sebab bintik merah tu naik dekat mata. Ada juga yang sesak nafas. Jadi, ibu-ibu jangan pandang mudah ye chicken pox ni. Tingkatkan imun. Dan jangan lupa, jangan nak suka-suka bawak anak yang kena chicken pox tu bersiar-siar jumpa orang ramai. Virus untuk chicken pox ni boleh berjangkit seawal 2 hari selepas kita kena jangkit, sehingga 21 hari selepas itu

Walaupun nampak anak-anak dah sihat, aktif, masih perlu kuarantin tau. Kesian kat baby lain nanti. Kalau baby tu baru seminggu umur dia. Tak ke naya. Imun pun masih lemah lagi.

Oklah, sampai disini sahaja coretan saya ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Terima kasih kerana membaca!


Hai, nama Raihana
Saya merupakan pengedar Shaklee bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093
Hubungi saya di talian 013-2907540.
Saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.
Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.


Ada sebarang pertanyaan? Tekan gmbar di bawah, dan whatapps saya sekarang.



Healthy Living With Shaklee.

No comments:

Post a Comment