Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kalsium

Assalammualaikum wbt.



Kalsium selalunya dikaitkan dengan tulang dan gigi. Tulang dan gigi yang kuat memerlukan kalsium yang cukup. Tapi tahukah anda fungsi kalsium sebenarnya lebih dari itu?

Antara fungsi lain kalsium adalah;

  • memastikan peredaran darah yang baik.
  • membantu pergerakan otot.
  • penting dalam perembesan hormon
  • diperlukan dalam pergerakan signal otak ke anggota badan yang lain.

Tulang dan gigi sebenarnya juga adalah tempat penyimpanan kalsium. Sekiranya kalsium dalam badan tidak cukup, badan akan mencuri kalsium daru tulang dan gigi. Ini lah sebab utama OSTEOPOROSIS berlaku. Jisim tulang semakin berkurangan dan menyebabkan tulang mudah patah, walaupun hanya terkena hentakan yang kecil.


BADAN MANUSIA TIDAK MENGHASILKAN KALSIUM


Seperti Vitamin C, badan manusia tidak akan menghasilkan kalsium dengan sendiri. Manusia hanya dapat kalsium dari makanan. Antara makanan tinggi kalsium adalah :
  • susu dan produk tenusu.(cheese ,yougourt)
  • sayur yang mempunyai warna hijau gelap (brokoli, bayam)
  • ikan sardin
  • kacang soya
  • jus oren.

Dan bagi memastikan kalsium diserap sempurna ke dalam badan, kandungan Vitamin D dan Asid Sitrik dalam badan juga perlu mencukupi. Jika tidak, kalsium mungkin tidak dapat diserap sempurna. Ini akan meningkatkan risiko untuk mendapat batu karang.

Vitamin D banyak terdapat dalam ikan salmon, sesetengah cendawan dan juga cahaya matahari. Manakala asid sitrik ada banyak di dalam buah lemon, buah oren dan buah nanas.


NILAI KALSIUM YANG DISYORKAN


Mengikut penilaian Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat mengesorkan supaya lelaki mengambil 1000mg kalsium setiap hari manakala perempuan pula 1200mg. Namun begitu, nilai sebenar adalah berbeza kepada setiap orang.



Perempuan memerlukan lebih kalsium kerana apabila perempuan mengandung dan menyusukan anak, anak sebenarnya 'mencuri' kalsium dari si ibu. Jadi risiko kehilangan kalsium adalah lebih besar. Kekurangan kalsium dan magnesium mempunyai kaitan dengan sidrom pra-haid (PMS).


PENGGUNAAN SUPPLEMENT KALSIUM


Bagi orang yang tidak atau kurang mengamalkan diet tinggi kalsium setiap hari, pilihan kalsium dalam bentuk supplement adalah satu alternatif yang baik. Namun begitu terdapat jenis supplement yang akan memberikan rasa berangin dan loya setelah diambil. Dan supplement kalsium sebaiknya perlulah diformula dengan lengkap, contohnya mengandungi Asid Sitrik dan Vitamin D bagi memastikan penyerapan yang sempurna.


KENAPA SAYA SYORKAN PIL KALSIUM SHAKLEE - OSTEMATRIX.

Saya mengamalkan pil kalsium Shaklee selepas melahirkan anak kedua. Sebelum itu, saya memang langsung tiada mengambil apa-apa pil kalsium walaupun semasa mengandung (tiada kesedaran lagi). Sumber kalsium saya hanyalah daripada susu. (Saya suka minum susu lemak penuh).

Namun selepas melahirkan anak saya mendapati saya mudah lenguh-lenguh. Akibat sudah berpuas hati dengan Vitamin Shaklee (Vitamin C dan B Complex - diamalkan waktu berpantang), saya mencari penyelesaian untuk penat-penat dan lenguh saya dari Shaklee. Dan kawan saya mengesyorkan saya supaya mencuba pil Ostematrix.




Pada mula saya ambil Ostematrix waktu sebelum tidur. Tetapi selepas bangun saya mengalami kekeringan tekak. Apabila saya mengadu kepada kawan saya, dia cakap, saya perlu minum banyak air apabila mengambil apa-apa supplement. Terutama kalsium. So, saya memutuskan untuk ambil Ostematrix waktu pagi. Supaya saya boleh minum air banyak pada waktu siang.

Alhamdulillah, kering tekak sudah tida ada lagi. Kekejangan kaki, lenguh-lenguh juga berkurangan. Yang saya paling happy adalah 'pembuangan' saya lawas dan mudah. Sekarang saya dah boleh ambil Ostematrix waktu malam, saya cuma perlu pastikan saya ambil air yang banyak sebelum tidur. Dan ternyata, tidur lebih nyenyak.


APA ADA DALAM OSTEMATRIX?

Pil kalsium Ostematrix Shaklee di formula penuh dengan Vitamin D, Magnesium, Boron, Kuprum, Zink dan Mangan untuk memastikan ia mudah diserap dalam badan. Kehadiran Magnesium ini membantu otot dan saraf kita relaks, jadi boleh menghilangkan lenguh-lenguh dan kepenatan juga membantu otot usus bergerak (lawas). Ibu yang selalu terkena simpul biawak juga sangat bagus mengamalkan ostematrix.



UJIAN BIOAVAILBILITY

Ujian penyerapan ini telah dilakukan oleh pihak Shaklee untuk melihat penyerapan kalsium dalam darah. Seperti yang kita tahu, selepas makanan kita dicerna oleh perut, ia akan bergerak ke usus kecil dan besar supaya segala nutrien diserap ke dalam darah untuk dibawa ke semua sel dalam badan.



Graf menunjukkan kandungan kalsium dalam darah meningkat selepas pengambilan Ostematrix. Dan untuk pengetahuan semua, ujian penyerapan ini tidak diperlukan dalam syarat-syarat pengeluaran supplement oleh FDA, namun pihak Shaklee mengambil inisiatif sendiri untuk membuatnya.

Ini bagi memastikan semua supplement Shaklee adalah yang berkualiti tinggi, dari bahan semulajadi, tiada bahan sintetik dan berbahaya dan juga selamat untuk diamalkan.

Semoga artikel ini dapat membantu anda semua membuat pilihan yang lebih baik untuk tulang anda! Terima kasih kerana membaca (^_^).

Sumber :


INGIN DAPATKAN PIL OSTEMATRIX? 


Klik gambar ini untuk membeli sebotol Ostematrix.


Atau klik gambar ini untuk membeli 3 botol Ostematrix dengan diskaun 5% (sah sehingga 20 Oct 2017)




Atau, whatapps terus saya untuk menjadi ahli supaya anda dapat kelebihan-kelebihan berikut :

  • pembelian terus dengan harga AHLI (jimat sehingga 20%)
  • certified Shaklee Independant Distributor Malaysia
  • Dapat point dengan setiap pembelian produk Shaklee.
  • Layak menerima cash bonus pada setiap pertengahan bulan.
  • Layak kumpul point untuk pergi melancong secara PERCUMA tau! Baca di SINI
with term and condition.



Hai, saya Raihana. Saya merupakan pengedar Shaklee  bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093. Dan saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.









No comments:

Post a Comment