Cabaran Menjadi Wanita Bekerjaya Masa Kini

Assalammualaikum wbt.



Masa kecil dulu, tak kira anak lelaki atau perempuan, pasti mak akan nasihat, belajar rajin-rajin, nanti dapat kerja baik-baik, gaji besar. Tak macam ibu dan ayah. Semua parents pun akan nasihat macam tu kan. Sebab masa waktu 90an tu, ekonomi dah bertambah baik, semua orang dah mampu nak hantar anak belajar ke sekolah. Walaupun sekolah kerajaan. Tuisyen tambahan pun dah mampu bayar. Masa zaman mereka, nenek atuk kita susah, kebanyakkannya pekebun, penoreh getah,hantar anak ke skolah tu pun dah boleh kata belanja tinggi juga.Sampai ada yang tidak sekolah, terus bekerja untuk bantu ibu ayah mereka. 

Dan rata-rata, tak kira lelaki dan perempuan, ramai yang berjaya ke menara gading. Peluang pekerjaan juga amat tinggi, kebanyakkannya siswazah mendapat tempat di industri yang profesional. Doktor, Engineer, Quality Inspector, Jururawat, u name it, baik lelaki dan perempuan, semua dapat peluang yang sama. Saya juga tak terkecuali. Alhamdulillah, rezeki Allah telah menentukan saya berjaya menjadi seorang jurtera penerbangan Malaysia Airlines.



Seperti orang lain, saya juga beranggapan, apabila saya sudah menjadi seorang yang mempunyai pekerjaan hebat, hidup saya akan sempurna. Gaji besar, gaji saya waktu tu RM5000+. Kereta besar, rumah besar. (kereta, rumah saya tak besar pun ye). Duit poket ada, boleh melancong ke luar negara sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi disebalik semua tu, terdapat cabaran besar, lagi-lagi buat saya, sebagai seorang wanita.

Bila seorang wanita masuk ke dalam industri profesional, kita sebenarnya dikategorikan sama seperti pekerja lelaki. Mana taknya, gaji kita serupa, skop pekerjaan kita haruslah serupa. Tapi, dalam kehidupan berumah tangga, tugas dalam rumah, tetap maintain tradisional. Perempuan, kamulah yang menguruskan rumah, kamulah yang menguruskan anak-anak, dan kamulah yang menguruskan suami.



Suami saya seorang yang rajin, memang kebanyakkan kerja rumah banyak yang dia tolong. Saya amat bersyukur kerana itu. Tapi dia juga seorang jurutera penerbangan, tapi dari syarikat yang berbeza. Dan kami duduk berasingan kerana tempat kami bekerja berbeza. Jadi sudah tentulah, anak akan bersama saya. Jadi apabila saya bekerja, sayalah ayah, sayalah ibu, dan saya juga adalah engineer di tempat kerja saya.

Dalam mencuba menjadi pekerja yang baik, saya juga ingin menjadi ibu, dan isteri yang baik buat keluarga. Namun perkara ini bukanlah mudah. Lagi-lagi apabila kita menguruskan anak seorang diri. Masalah akan tiba apabila anak saya kerap kali sakit. Demam, selesema, batuk.Budak-budak kan. Memang penyakit macam ni pasti akan berlaku berulang kali.

Acap kali saya mengambil cuti kecemasan. Akibat keadaan anak saya. Yelah, bila dia selalu demam, kita rasa tak sedap hati. Dengan pengasuh yang mengasuh sehingga 6-7 orang kanak-kanak, saya sangat tak pasti kalau anak saya mendapat perhatian yang secukupnya. Lebih-lebih lagi waktu sakit. Lagipun saya juga tak mahu anak saya menyebarkan penyakit kepada kanak-kanak lain. Dan sudah tentu, hanya sayalah yang akan selalu mintak cuti. Ayahnya jauh, tak dapat nak bergilir-gilir.

Pernah sekali, pukul 2 pagi, anak saya diserang demam teruk. Saya jadi panik. Dan saya tahu untuk melegakan hati saya, saya perlu membawa dia ke hospital. Jadi angkutla saya anak kesayangan saya tu. Bawa berjumpa dokter tengah-tengah malam. Keesokkan harinya, kena ambil cuti kecemasan lagi. Saya pun hilang kudrat, akibat berjaya sepanjang malam.

Zharif yang kerap kali demam

Ada orang mempunyai mak ayah untuk membantu menguruskan anak-anak mereka. Tetapi saya tidak. Dan kalau parents saya sanggup pun, saya tak tergamak nak suruh mereka jaga anak-anak saya. Mereka dah tua, bagi saya biarlah mereka menghabiskan masa dengan menikmati hidup mereka. Sudahlah dulu berpenat lelah jaga anak-anak. Kini kena pula jaga cucu. Biarpun mereka gembira, jaga anak kecil pastinya akan memenatkan. Emosi dan juga tenaga.

Patutnya di usia lanjut mereka, mereka menikmati duit pencen untuk explore dunia, sesuatu yang mereka tak dapat buat masa mereka muda, atau menambah lagi ilmu agama, ke masjid kerana waktu muda sudah pasti payah nak kesana kerana menguruskan kita.

Saya menjadi orang tak boleh fokus pada pekerjaan. Bila dah selalu EL (Emergency Leave), saya akan menyusahkan rakan sekerja untuk menghabiskan kerja saya. Saya juga selalu menolak OT, sebab saya perlu mengambil anak selepas kerja. Tahu je lah, kejuruteraan kapal terbang juga ada ETS kena jaga. Sampai masa ia perlu terbang. Kalau tak macam mana company nak buat duit. Betul tak?

Saya juga sentiasa menjadi ibu yang seringkali mempunyai rasa bersalah. kerana kerja saya memerlukan kudrat seperti lelaki. Saya perlu memanjat, mengangkat barang yang berat, dan kadang-kadang perlu berada di kawasan yang panas dan sempit selama berjam-jam lamanya. Akibatnya, bila saya pulang ke rumah, saya dah tak ada tenaga untuk bermain bersama anak-anak. Sampai jam 9 malam, saya akan mengajak anak untuk tidur. Kalau anak tak mengantuk pun, saya pasti akan tertidur akibat kepenatan dan membiarkan anak bermain sorang-sorang.

Jadi atas sebab-sebab tersebut, saya menjadi seorang yang tidak bersemangat untuk bekerja. Mungkin ada yang mengatakan saya terlalu 'manja'. Tapi percayalah, ramai di luar sana yang mempunyai dilema seperti saya. Dilema sedih melihat anak terpaksa dihantar ke taska/pengasuh setiap hari, dilemma meninggalkan anak pada hari Sabtu dan Ahad kerana terpaksa bekerja dan macam-macam dilemma lagi. Saya juga pasti, ramai yang bersependapat seperti saya.


Majlis pengikhatirafan Shaklee Supervisor baru-baru ini. Naik pentas bersama anak-anak :)

Kini, saya bukan lagi seorang jurutera penerbangan. Saya suri rumah sepenuh masa, sambil menjalan Business Shaklee dari rumah bersama-sama anak-anak. Adakah saya sudah berjaya setaraf waktu saya bergelar engineer?

BELUM LAGI

Tapi saya percaya, dengan usaha yang gigih, saya akan berjaya seperti wanita-wanita lain. Malah lebih daripada waktu saya bergelar jurutera kapal terbang.

Mereka di bawah ini adalah idola-idola saya. InsyaAllah, satu hari nanti saya juga akan jadi seperti mereka.

Master Laila


Master Farihah


Baca Seterusnya : Kenapa Akhirnya Saya Memilih Untuk Bersama Shaklee. Klik di SINI


Hai, nama saya Raihana
Saya merupakan pengedar Shaklee bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093
Hubungi saya di talian 013-2907540.
Saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.
Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan? Tekan gambar dibawah dan terus hantar pesanan whatapps kepada saya.






No comments:

Post a Comment