Kenali Pengasas Vitamin Pertama Di Dunia | Dr. Forrest C. Shaklee

Assalammualaikum wbt.

Korang semua pernah dengar Vitamin Shaklee?.
Korang pernah tengok produk Shaklee?
Korang sedang makan Shaklee?

Kalau ya, tahu tak korang yang sebenarnya Shaklee ni nama orang? Hahaha. Mesti ramai tak tahu kan. Yelah, 2 tahun lepas masa saya daftar masuk ahli Shaklee untuk dapat harga ahli, saya pun tak pernah tahu pun rupanya Shaklee ni nama orang.

Dr Forrest waktu muda

Dr Forrest C. Shaklee. Beliau lah sebenarnya pengasas produk dan syarikat Shaklee. Dan kalau nak tahu, perkataan vitamin pun sebenarnya beliau yang cipta. Vitalized minerals (sekarang Vita-Lea) adalah multivitamin pertama yang dicipta di dalam dunia sebelum mana-mana syarikat farmaseutikal lain keluarkan produk mereka. Vita-Lea ni dah berusia 100 tahun tau.

Oklah, entry kali ini saya nak kenalkan kepada semua, tentang perjalanan hidup Dr. Forrest C Shaklee ni dari kecil sampai dewasa, dan bagaimana dia boleh terjebak masuk dalam bidang nutrisi, pemakanan, dan supplemen ni.

Tapi sebelum tu, kalau ada yang malas membaca, boleh tonton video biografi Dr Forrest di bawah ni. Cuma gamba lama la kan. Hitam putih sahaja :

Video Biografi Dr Forrest C Shaklee

Permulaan Hidup Dr Forrest C. Shaklee

Forrest C. Shaklee dilahirkan pada tahun 1894 di Carlisle, IOWA, Amerika Syarikat. Pada waktu itu, kawasan IOWA ni merupakan kawasan perlombongan arang batu. Sangat berhabuk dan kotor udaranya. Semasa  Forrest lahir, dokter terus diagnos kan beliau dengan penyakit TB (batuk kering) dan dokter menyangka jangka hayat Forrest hanya boleh bertahan sehingga 8 tahun sahaja.

Ibu bapa mana yang tak sayangkan anak, bila dokter dah cakap begitu, ibu bapa Forrest tetap tak berputus asa untuk kesihatan anak mereka. Jadi dari Carlisle, Forrest telah dibawa pindah ke utara IOWA. Sebab mereka percaya, ubat untuk penyakit anak mereka adalah udara yang segar dan bersih.

Berkat usaha ibu bapa Forrest, anak yang kecil itu dapat membesar hingga ke alam remaja. Namun begitu, pembesarannya tak se-normal kanak-kanak lain yang lebih sihat. Pembesaran Forrest lebih lambat.

Carlisle, IOWA, kawasan perlombongan arang batu

Dr Forrest Dalam Bidang Perubatan Dan Kesihatan

Akibat tumbesaran Forrest tidak seperti orang lain, Forrest berminat dalam mempelajari ilmu perubatan dan kesihatan. Dan beliau telah pun mendapatkan pendidikan di Palmer School of Chiropractic. Chiropractic ini adalah salah satu teknik urutan bagi membetulkan tulang belakang, yang menyebabkan beberapa penyakit akibat saraf rosak. 

En. B.J Palmer pada waktu itu merupakan pengasas kepada Palmer School. Beliau amat mempercayai yang kesakitan fisikal adalah berpunca dari tulang yang tidak sihat. Namun bagitu, dalam hati Forrest, beliau tetap merasakan kesihatan dan penyakit ada kaitan dengan pemakanan. Dan sepanjang Forrest berkidmat di sekolah Palmer, beliau akan bertanyakan tentang corak pemakanan setiap pesakitnya.

" Ada yang kurang makan, dan ada yang terlebih makan." Begitulah pemerhatian Forrest terhadap semua pesakit yang datang mendapatkan rawatan Chiropractic.

Chiropractic


Penciptaan Multivitamin Pertama Dunia

Semakin hari, Forrest semakin meminati ilmu nutrisi dan pemakanan. Beliau membaca setiap buku yang berkaitan dan juga belajar dari saintis dan ahli biokimia yang sedang mengkaji ilmu berkaitan nutrisi. Pada tahun 1915, multivitamin pertama telah dikeluarkan oleh Dr Forrest yang memadatkan segala khasiat dari ekstrak sayur-sayuran,herba dan buah-buahan. Waktu itu, Dr Forrest tidak tahu apakah nama untuk produknya dan memberi nama ia sebagai " Vitalized Minerals".

Dua tahun selepas itu, tahun 1917, Dr Forrest berpindah ke Fort Dogde, IOWA, dan membuka satu pusat rawatan dan mengambil pelbagai ahli perubatan untuk bekerja di pusat rawatannya. Ada dokter bedah, ahli Chiropractic, general dokter, ahli Osteopath (tulang dan otot) dan juga Internists. Pusat rawatan Dr Forrest mempunyai 32 bilik rawatan dan wad 15 katil.

Di samping itu, pusat rawatan Dr Forrest juga mempunyai kemudahan X-Ray.

Multivitamin pertama dunia


Dr Forrest Shaklee Di Serang Kanser

Waktu ini, bahaya tentang penggunaan X-Ray masih tidak diketahui umum. Tiada prosedur keselamatan yang spesifik ditetapkan semasa menggunakan mesin X-Ray. Oleh sebab itu, pada tahun 1921, Dr Forrest perasan yang beliau mengalami kulit terbakar yang agak serius di kawasan pinggul dan bahu kirinya. Setelah diperiksa, kecederaan itu merupakan kanser akibat kesan radiasi mesin X-Ray.

Dokter di Minnesota memberikan penyelesaian untuk memotong tangan dan kaki Dr Forrest. Sebagai seorang yang masih muda, dan bakal mempunyai anak ke dua tak lama lagi, Dr Forrest menolak cadangan itu. 

" Saya akan sembuh, saya akan hidup, saya tahu saya boleh lakukannya! " Dr Forrest berjanji kepada isterinya. Dalam beberapa minggu, Dr Forrest menjual pusat rawatannya, dan hanya fokus untuk menyembuhkan badannya. Dia makan sayur-sayuran dan buah-buahan dengan kuantiti yang sangat banyak, ditambah pula dengan multivitamin ciptaannya sendiri secara megadose

Pada mulanya tiada yang berhasil. Tapi Dr Forrest percaya, minda yang sentiasa positif juga amat diperlukan dalam sesuatu proses penyembuhan badan. Dan dia teruskan segala apa yang diamalkan selama 2 tahun.

Herb-Lax, untuk membuang racun radiasi

Kanser Dr Forrest Sembuh.

2 tahun selepas itu, di penghujung tahun 1922, kulit dan kecederaan nya sudah semakin sembuh. Tisu yang sihat sudah mulai tumbuh. Tenaga dan kekuatan badannya sudah semakin pulih. Sel tisu barunya yang sihat telah pun melawan sel tisu beliau yang karsinogenik/tercemar. Teori Dr Forrest tentang peranan nutrisi dan kesihatan sudah semakin jelas. Keyakinan Dr Forrest meningkat 100%.

Dr Forrest kembali membuka pusat rawatannya, dan menggunakan vitamin ciptaannya sebagai 'ubat' untuk para pesakitnya. Tetapi pada akhir tahun 1929, pusat rawatannya telah terbakar, yang menyebabkan semua rekodnya musnah.

Fokus Dalam Bidang Kajian Nutrisi

Selepas pusat rawatannya terbakar, Dr Forrest kini ingin fokus dalam penyelidikan "pencegahan penyakit melalui nutrisi" daripada merawat pesakit. Di samping penyelidikannya tentang makanan, beliau juga memeperolehi 2 lagi ijazah : Professor of Chiropractic dan juga Doctor of Naturophaty. Dia juga merupakan salah seorang pensyarah biokimia di California Chiropractic Collage.

Pada tahun 1955, umur 65 tahun, Dr Forrest menubuhkan syarikat supplement pertama di dunia yang diberi nama Shaklee Supplements. Dan Dr Shaklee tidak mahu supplements hanya dijual di kedai-kedai, tetapi ingin pengguna supplement tahu ilmu nutrisi sebelum menggunakannya.

" Kita ajarkan kepada beberapa orang, dan mereka akan ajarkan kepada yang lain''. Dengan itu, Dr Shaklee memilih konsep multi-level-marketing untuk memasarkan produk supplement nya dan juga ilmu nutrisi hasil kajiannya.

Dr Forrest C Shaklee Meninggal Dunia.


Dr Forrest telah meninggal dunia pada tahun 1986 sewaktu beliau berumur 91 tahun. Beliau meninggalkan satu legasi, dan ilmu yang dapat mengubah cara dan gaya hidup sesetengah orang dan akan berterusan sampai bila-bila.

Kini, terlalu banyak supplement dikeluarkan dalam pasaran, ada yang menggunakan formula sintetik untuk meraih keuntungan yang lebih besar, tetapi Shaklee masih juga berpegang pada prinsip Dr Forrest, menggunakan bahan semulajadi (buah dan sayur) dalam menghasilkan supplement keluarannya dan memastikan ia sentiasa bebas bahan kimia merbahaya, selamat dan berkesan untuk diamalkan.

Korang boleh juga baca slide bawah ni untuk cerita penuh okey (^_^)


So korang, dah kenal pengasas kepada vitamin Shaklee?
Apakah pengajaran yang boleh kita dapa dari kisah hidup Dr Forrest ni? 

Bagi saya, semangat Dr Forrest ni memang patut dicontohi. Walapun kita dalam bidang apa sekali pun. Bayangkan begitu banyak sekali ujian dia, tapi dia masih jga bangkit dan yakin dia akan berjaya. Kanser, klinik terbakar, dan macam-macam lagilah, kalau saya sendiri, mesti dah down bertingkek-tingkek dah ni.

Dan jagalah pemakanan kita semua. You are what you eat. Supplemen pun jangan lupa ye. Dunia sekarang ni penuh pencemaran. Silap-silap sayur buah pun dah tak selamat nak ambil banyak-banyak. Mujurlah Shaklee dah siap asingkan segala pemcemaran tu sebelum masuk dalam supplement dia kan.

Oklah tuliskan pendapat korang di ruangan komen bawah ye. Jangan lupa tinggalkan link blog korang sekali. Nanti saya jalan-jalan. 

BACA SETERUSNYA : KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT?



Hai, nama saya Raihana
Saya merupakan pengedar Shaklee bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093
Hubungi saya di talian 013-2907540.
Saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.
Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.

Adakah anda ingin membuat pembelian ataupun mempunyai sebarang pertanyaan? Tekan gambar dibawah dan terus hantar pesanan whatapps kepada saya.














2 comments:

  1. Dulu kite pun takut nak makan supplement..even ade kkm approved. Tapi bila tau yg Shaklee cerewet pastu mmg details sgt utk hasilkan satu2 supplement tu terus jatuh cinta dgn Shaklee ni..so far baru setahun la amalkan..memang nak teruskan sampai bila2 :)

    ReplyDelete
  2. Power la pakcik shaklee ni... Yang meneruskan legasi dia pun power... Walaupun dia dah takde... Shaklee tetap maintain...

    ReplyDelete