Kenapa Akhirnya Saya Memilih Untuk Bersama Shaklee Daripada Business Lain

Assalammualaikum wbt.


Post ini adalah kesinambungan cerita dari post cabaran menjadi wanita bekerjaya masa kini . Klik di SINI untuk membaca.

Baiklah kita bersambung. Kenapa akhirnya saya memilih untuk bersama Shaklee daripada business lain? Saya sebenarnya bukanlah memilih untuk berhenti dari pekerjaan saya sebagai jurutera penerbangan. Atas faktor ekonomi, dan krisis Malaysia Airlines tahun 2015, saya menjadi salah seorang yang telah dipilih untuk ditamatkan perkhidmatan.


Cebisan Surat Ditamatkan Perkhidmatan


Perasaaan waktu itu?

Mula-mula terkejut. Terdiam. Lepas tu saya menangis. Sedih. Ada hati-hati kecil dalam hati saya mengatakan " Kenapa aku? adakah aku tak cukup berjasa pada syarikat? ". Kemudian mood denial pun datang. Dalam hati cakap mungkin ini salah. Boss saya tak adil!. Macam-macam lagi lah. Mood swing macam roller coaster sepanjang minggu itu.

Hari terakhir di MAS, Subang


Tapi bila dah lama berlalu. Otak semakin jelas berfikir. Ini adalah takdir Allah. Ini adalah penyelesaian terbaik atas apa yang saya doakan setiap hari. Supaya kau beri kemudahan dalam tugas aku sebagai ibu dan isteri. Berikanlah aku apa yang terbaik. Maka, inilah dia, inilah yang terbaik.

Selepas ditamatkan perkhidmatan, saya terus meninggalkan rumah saya di Subang, dan menetap bersama suami di Kerteh. Dan bermulalah saya menjadi suri rumah sepenuh masa. 3 bulan pertama. Heaven. Segala-galanya seronok. Yelah apa yang saya tak dapat buat selama ini waktu bekerja sekarang saya dapat buat. Memang menggembirakan sangat.

Masuk bulan ke 4. Mulalah datang balik segala pertanyaan. Betul ke apa aku buat ni? Aku dah tak ada gaji, Bagaimana impian aku nak round the world? Anak-anak ni satu hari nanti akan bangga ke dengan aku atas apa yang aku lakukan? Parents macam mana? Waktu tu ramai kawan-kawan saya yang dah mempunyai pekerjaan lain. Tapi saya masih disini. Kerteh memang kurang peluang pekerjaan untuk jurutera penerbangan komersial seperti saya. Kalau jurutera penerbangan untuk industri petroleum, banyaklah. Jadi resume saya hantar tak ada yang berjaya.

 Tapi, sanggupkah saya nak hidup berjauhan lagi dengan suami untuk bekerja di tempat lain?

Mengenangkan segala pengalaman lepas, saya tak sanggup. Dan suami saya juga tak benarkan. Dia kata, "abang juga nak bekerjasama membesarkan anak kita, abang pun tanak awak tanggung beban sorang-sorang" . Tapi yelah, sebagai orang mempunyai kebebasan duit dulu, pastilah sekarang saya rasa tersekat. Dulu saya tak perlu membentangkan plan saya sekiranya saya nak membeli apa-apa. Tapi sekarang, saya perlu buat begitu, kerana semua bajet datang dari suami. Kalau dulu, sekiraya saya nak melancong, saya boleh buat surprise, beli tiket dan rancang siap-siap guna duit saya, sekarang mana dapat peluang.

Jadi saya cakap dalam diri saya; aku perlu buat sesuatu. Untuk diri aku, untuk anak-anak, untuk mak aku. Aku bukan dilahirkan untuk mengharapkan duit suami je. Aku mesti buat business.

Maka bermulalah perjalanan saya untuk menjadi seorang online businesswomen. Untuk bukak kedai offline, saya rasa agak payah, dengan anak-anak yang masih kecil, dan modal yang agak besar juga. Juga dengan meningkatnya nama-nama jutawan muda, yang bermula dengan business atas talian bagai cendawan tumbuh selepas hujan waktu itu, saya rasa inilah business paling sesuai untuk saya.

Macam-macam saya pernah jual. Ubat kurus, ubat cantik, set berpantang, set spa di rumah, pakaian wanita. Dan saya juga pernah acah-acah menjahit supaya saya boleh jual dalan internet. Tapi, last-last semua kelaut. Kurang pengalaman, kurang support sistem, kurang ilmu, kurang kemahiran. Maka kecundang la semua bisnes. Kecewa juga. Tapi apakan daya, nak salahkan siapa, salahkan lah diri sendiri.

Cloth panty liner saya jahit, ada juga baju Melayu anak, sarung bantal tapi dah tak jumpa gambar

Sehingga tahun 2016. Seorang rakan saya hantar whatapp pada saya. "Ana, jom buat Shaklee.". Waktu tu saya tak berapa kenal lagi Shaklee. Saya pernah makan supplemen Shaklee, tapi tak pernah konsisten pun. Jadi anggapan saya Shaklee ni adalah salah satu dari beratus-ratus syarikat supplement yang ada di luar sana, jual ubat kurus, ubat cantik dan sebagainya. Saya waktu itu dah menjadi pun ahli Shaklee untuk mendapatkan harga ahli. Tapi tak pernah pun terfikir untuk menjual. Tapi hari kawan saya whatapp tu, saya terus je menjawab," Okay, tapi boleh ke? Sebab aku pernah jual ubat cantik/ ubat kurus lain? ''

Kawan saya sangat optimistik saya boleh lakukan. Maka bermulalah perjalanan saya mengenali Shaklee dengan lebih dekat. Dan semakin lama, saya semakin jatuh cinta dengan Shaklee.Sehingga kini, saya sudah pun menjadi Supervisor dalam syarikat Shaklee. Kriteria-kriteria Shaklee lah yang membuatkan saya jatuh cinta.

Sewaktu menerima anugerah Supervisor di Hotel Pullman Putrajaya 

Apa kriteria Shaklee yang buat saya jatuh cinta tu? Baca Part 2 di SINI.




Hai, nama saya Raihana
Saya merupakan pengedar Shaklee bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093
Hubungi saya di talian 013-2907540.
Saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.
Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.

Adakah anda ingin membuat pembelian ataupun mempunyai sebarang pertanyaan? Tekan gambar dibawah dan terus hantar pesanan whatapps kepada saya.




No comments:

Post a Comment