Kentut Vagina - Normal ke tak normal?

Assalammualaikum wbt.




Korang familiar tak dengan kentut vagina ni?
Saya sangat-sangat familiar. Seba saya selalu dengar pasal bende ni waktu berpantang. Memang sealu dengar waktu berpantang kena jaga betul-betul supaya tak terjadi kentut vagina ni.

Selepas melahirkan anak, memang saya mengalami penyakit ini. Risau juga lah. Sebab angin yang keluar banyak sungguh. Dah macam kentut bukan vagina lagi. Hahaha. Tapi awal-awal selepas melahirkan memang lantai pelvik kita pun masih lemah kan. Jadi semua tu normal lah agaknya.

Tapi dah ama, masih juga ada tapi tak seteruk dulu. Risau tu ada juga. Yelah ia selalu dikaitkan dengan Miss V longgar. Tapi so far takde la lagi saya dengar suami merungut. Tak tahulah kalau suami nak jaga hati ke kan. Hurmm..

Baru-baru ini Dr Erna Nadia di laman facebooknya ada menerangkan tentang Kentut Faraj ni, jom kita baca sama-sama penerangannya dari sudut sains perubatan.

***********

KENTUT VAGINA
( repost untuk 30k kawan baru)

Kita selalu dimomokkan dengan ayat begini:
' Bahaya tau kentut vagina ni, nanti suami lari'

' Kentut vagina ini boleh batalkan solat'

' Habislah kau dah ada kentut vagina, dah tak umph dah la'

Hurm macam macam ayat penjual nak menakutkan wanita wanita kita.

Kentut vagina adalah angin yang dibebaskan keluar daripada faraj.

Ianya berbunyi seakan kentut dari anus tetapi ianya tidak berbau.

Dua sebab kenapa berlaku kentut vagina:
1. Udara normal yang berada di dalam faraj.
2. Udara yang datang daripada usus. Ini adalah penyakit dan berlaku bila seseorang ada fistula ( bukaan antara usus dan faraj menyebabkan najis dari usus masuk ke faraj). Dan ini tentu tentulah mempunyai bau.

Jika faraj wanita dijangkiti kuman, ianya tidak akan menyebabkan kentut vagina.


Lukisan faraj oleh Dr Erna Nadia

Perlu diketahui bahawa faraj kita mempunyai ruang dan terisi oleh udara di dalamnya. Faraj adalah elastik dan fleksibel. Ianya boleh mengembang dan mengencup kerana ianya terbentuk daripada otot.

Jadi, kenapa berlakunya kentut vagina?

1. Hubungan seksual ( posisi yang tidak betul)
2. Memasukkan sesuatu ke dalam faraj seperti penis, jari, tampon, douche atau bahan lain.
3. Bersenam
4. Mengandung atau menopause 
5. Pernah melahirkan anak
6. Batuk yang kuat
7. Prosedur kesihatan seperti kolonoskopi atau melakukan pemeriksaan dengan memasukkan speculum.

Bila sesuatu dimasukkan ke dalam faraj, kandungan udara di dalamnya akan dibebaskan keluar. Kalau tidak, tekanan di dalamnya akan meningkat.Jadi, berlakulah kentut vagina.

Sama macam bersenam, mengandung, dan apa apa prosedur, ianya mengubah kandungan udara di dalam faraj. Sistem badan sudah dicipta hebat oleh Allah swt, sebab tu udara itu akan dilepaskan.

Jadi, adakah kentut vagina bahaya?

TIDAK.

Melainkan jika anda apa penyakit fistula seperti yang disebutkan di atas, perlu lakukan pembedahan.
Atau jika anda berasa sakit/ada darah semasa kentut vagina, terus berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Adakah kentut vagina disebabkan otot rahim yang lemah?
Jika anda sudah pernah melakukan hubungan seksual, pernah melahirkan anak, otot rahim mungkin akan lemah sedikit tapi tidak merbahaya.

Jika anda sudah menopause dan berusia, otot rahim juga akan lemah sedikit.

Fikir logik, faraj anda adalah otot. Otot menjadi sedikit lemah dengan meningkatnya usia kita.

Jadi, apa yang perlu diamalkan untuk kuatkan otot rahim?
1.Senaman kegel.
Kemut otot di sekeliling faraj selama 10 saat kemudian rehat 10 saat. Buatlah 10 kali setiap sesi. 1-3 sesi setiap hari.
Saya pernah ajar tentang senaman ini di posting meruang.

Apa yang perlu dibuat untuk elakkan kentut vagina?
1. Senaman kegel untuk kuatkan otot.
2. Ubah posisi sewaktu hubungan seksual/ bersenam.
3. Pessary. 
Sejenis alat yang dimasukkan ke dalam faraj. Ianya masih boleh menyebabkan udara masuk cuma akan menghalang bunyi sahaja.

Adakah kentut vagina membatalkan wuduk?
Saya sertakan link 

Jika ikut mazhab Syafie dan Hanbali, keluarnya angin dari qubul ( faraj) adalah membatalkan wuduk.

Jika ikut mazhab Hanafi dan Maliki, ianya tidak membatalkan wuduk.

Kita ikut mazhab Syafie kan? Jadi, batal wuduk.

Tapi tak perlu gusar.
Kentut vagina ni bukanlah selalu terjadi pun.
Jika anda ragu ragu, terus sahaja ambil wuduk sekali lagi.

Kesimpulannya, kentut vagina adalah NORMAL.
Melainkan jika ada anda penyakit fistula.


Dr Erna Nadia (gambar profile pic FB)


Anak dara yang tidak pernah melakukan hubungan seksual biasanya tidak akan mengalami kentut vagina.

Berjumpalah doktor jika kentut vagina anda sakit atau mengeluarkan bau.

Tidak perlu jamu/perapat/maskers/douche/meruang untuk kentut vagina. Benda ni semua akan mengundang kentut vagina dan jangkitan kuman sahaja.

Yang penting, jaga kebersihan dengan betul.

Bersenam.
Jaga makan.

Nota kaki : apakah persamaan kentut vagina dan mulut longkang? Keduanya tidak berbau✌🏻

Dr. Erna Nadia
Sebab tu kalau tidak tahu tanya pada yang ahli kesihatan bukan pada penjual mata duitan😊

***********

So kesimpulannya:- 

Nak elakkan kentut faraj banyakkanlah senaman kagel.

Lepas tu ambil protein yang baik, sebab protein diperlukan untuk pembinaan otot.

Kalau saya, memang saya syorkan ESP Shaklee la. Khasiat proteinnya sama seperti protein haiwan tapi bebas lemak dan penuh 9 asid amino perlu.



Hihi sempat aje menjual. Benda baik tak boleh simpan ye dok.

Oklah sampai sini sahaja. Nak beli ESP ke, nak beli Shaklee terus boleh click gambar di bawah ye:



 Atau anda boleh buat pembelian dengan lebih murah sekiranya anda menjadi ahli, dengan mendapat kelebihan-kelebihan berikut:

  • pembelian terus dengan harga AHLI (jimat sehingga 20%)
  • certified Shaklee Independant Distributor Malaysia
  • Dapat point dengan setiap pembelian produk Shaklee.
  • Layak menerima cash bonus pada setiap pertengahan bulan.
  • Layak kumpul point untuk pergi melancong secara PERCUMA tau! Baca di SINI
with term and condition.

whatapps saya terus dengan menekan gambar di bawah (tanpa save no) :





Hai, saya Raihana. Saya merupakan pengedar Shaklee  bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093. Dan saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.




No comments:

Post a Comment