Kenapa Akhirnya Saya Memilih Shaklee Daripada Business Lain Part 2

Assalammualaikum wbt.

kenapa pilih shaklee

Post ini adalah sambungan dari artikel kenapa akhirnya saya memilih Shaklee daripada business lain part 1. Anda boleh membacanya di SINI.

Baiklah, sekarang saya akan terangkan apakah kriteria-kretia dalam Shaklee yang membuat saya jatuh cinta hari demi hari.

1) Shaklee Business Bermentor

Ya, Shaklee menjalankan business nya secara multi-level-marketing (MLM). MLM ni dekat Malaysia memang ada reputasi buruk. Banyak sistem MLM, nak jadi ahli kena bayar sampai 3000 ringgit. Lepas tu dapat barang berkotak-kotak. Lepas tu clueless. Apa nak buat dengan barang tu. Yang upline asyik cakap, cari orang, cari orang. Training nak menjual tak ada. Barang tak ada kualiti. Nak jual susah. Last-last, semua stok duduk bawah katil.

Ada lagi lebih teruk, siap buat loan bank untuk register MLM tu. Dah tak memasal bayar hutang hasil tak nampak. Apa yang saya nampak dalam sistem MLM Shaklee ni, sangat berbeza. Nak register sebagai ahli, hanya RM69 sahaja. Dan sistem upline-downline dia, memerlukan upline bekerja keras mengajar dan menginspirasi downline untuk berusaha dengan lebih gigih. Apa yang lebih baik, jumlah bonus upline, bukan ditentukan oleh downline, sebaliknya ada peristiwa yang downline mempunyai bonus lebih tinggi dari upline. Konsepnya, sapa buat, dia dapat.

Carta Organisasi Shaklee
Purata sahaja. Anda tentukan, nak lebih atau kurang. Kredit gambar : Beehayunos.com

Contohnya, dengan berpandukan carta organisasi di atas, untuk seorang leader ingin naik pangkat ke Coordinator (akan dapat lebih bonus lah), leader perlu guide anak dibawahnya at least 3 orang menjadi supervisor (Sale RM10,000), dan juga berjaya capai personal target sale minimum RM8000. Jadi, kalau dapat upline pemalas, tak guide anak, anak dia pun lemau/ clueless nak buat apa, sudah pastilah target dia untuk menjadi coordinator takkan tercapai.

Tapi, kalau dia pemalas, downline dia rajin. Apakah dia dapat juga jadi Coordinator? . Tidak sama sekali. Ingat balik dia juga perlu capai personal target sale RM8000?.. Kalau dia pemalas takkanla dia boleh buat sale RM8000 tu kan. Kalau dia dapat buat mestila dia dah menjadi inspirasi kepada anak-anaknya. Guide anak-anak dia untuk dapat sale sama macam dia. Tapi, anak dia yang rajin, tetap dapat apa yang mereka usahakan.

Dalam business ni, kita perlukan mentor. Sejenis support sistem. Contacts perlu banyak supaya kita tahu mana ceruk nak masuk. Oleh sebab itu, saya sangat bersetuju dan gembira dengan sistem MLM Shaklee ni. MLM yang adil, yang memudahkan kerja kita, tak payah la gerak sorang-sorang lagi. Kelas dan motivasi, wajib upline sediakan, dan kalau ada masalah, upline la tempat kita mengadu. Tak ada rasa bersalah, sebab memang tugas mereka guide kita untuk berjaya.


2) Prinsip Syarikat Teguh - Semulajadi, Selamat dan Berkesan, juga Menjaga Kehijaun Alam.


Dr Forrest C SHaklee


Jika korang mengetahui cerita tentang kehidupan pengasas Shaklee ni, Dr Forrest C Shaklee, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang menghidapi TB (batuk kering) sewaktu beliau dilahirkan.Dan dokter menganggarkan beliau hanya dapat hidup selama 8 hari. Waktu itu, beliau bersama ibu bapanya menetap Ohio, kawasan yang berhabuk akibat aktiviti perlombongan. Ibu-bapa beliau lantas berpindah ke kawasan lain, yang lebih hijau untuk merawatnya, dan alhamdulillah, beliau panjang umur sehingga dewasa.

Apabila beliau sudah dewasa, beliau telah menghidapi kanser pula di bahu dan pinggul nya akibat pekerjaannya yang selalu terdedah kepada sinar X-Ray. Untuk menyelamatkannya, dokter memberi cadangan untuk memotong bahu dan pinggulnya. Namun dia percaya, alam semulajadi, sayur-sayuran yang berkualiti, bebas pencemaran, dan semangat positif yang tinggi boleh menyembuhkannya. Dan dengan izin Allah juga, umur beliau panjang sehingga 91 tahun.

Anda boleh membaca kisah penuh beliau di SINI.

Pengalaman Dr Forrest C Shaklee ini memberi pengajaran bahawa tiada yang dapat menyembuhkan badan kita dari penyakit melainkan badan kita sendiri. Dan sebagai orang islam, sudah pastilah kita wajib percaya semuanya atas izin Allah. Ubat, boleh membantu mengurangkan simptom, tetapi sembuh yang sebenar adalah atas kekuatan sistem badan kita sendiri. Proses penyembuhan ini memerlukan nutrien yang baik dan cukup, untuk membantu badan kita.

Sesuailah dengan falsafah Dr Forrest C Shaklee, kembalilah kepada alam semulajadi, dan kita takkan salah.

Segala vitamin dan produk Shaklee diperbuat dari vitamin yang diperoleh secara semulajadi sama ada dari tumbuh-tumbuhan atau ikan. Ia bukan dari campuran kimia sintetik yang terlalu banyak dihasilkan secara besar-besaran untuk mengurangkan kos pengeluaran. Sesuatu yang semulajadi pastilah amat dikenali oleh badan kita dan mudah untuk diproses supaya dapat digunakan secara optimum.

Shaklee semulajadi
www.shaklee.com.my


Di samping bahan yang semulajadi, Shaklee Corporation membelanjakan berjuta-juta setahun untuk program "Research & Development" produk nya. Vitamin Shaklee di hasilkan dan dikaji oleh saintis-saintis yang bertauliah di makmal Shaklee, dan mereka inilah yang bertanggungjawab supaya segala produk keluaran Shaklee sentiasa ditingkatkan formulanya, dipastikan ia supaya bebas bahan berbahaya, selamat berkesan untuk digunakan walaupun dalam tempoh yang lama.

Ujian pengesahan pengguna vitamin Shaklee melebihi 20 tahun jua telah dijalankan oleh seorang dokter PhD dari sebuah universiti, dan ujian ini membuktikan ia selamat untuk digunakan berbanding pengguna supplemen jenama lain.

Baca tentang Landmark Study di SINI.

Makmal Shaklee
Pusat kajian Shaklee

Kenali barisan saintis Shaklee di SINI


Ikan-ikan yang digunakan untuk membuat supplemen minyak ikan Omega Guard, merupakan ikan yang di benarkan oleh Friend of Sea. Satu badan yang menjaga populasi dan keselamatan ikan-ikan di dunia. Shaklee juga terlibat dalam program "Million Trees Project" untuk menanam lebih setuja pokok supaya alam sekitar dan udara dapat dipelihara. Shaklee juga merupakan syarikat pertama yang diikhtiraf sebagai " Climate Neutral Company", bagi memelihara dunia.

Klik di SINI untuk senarai pencapaian Shaklee.


3) Dengan Shaklee, anda boleh capai apa sahaja.


Impian terbesar saya adalah ingin melawat seluruh dunia. Namun tanpa wang, masakan impian akan tercapai. Mungkin juga tercapai, tapi untuk sampai ke waktu itu, pasti anak-anak saya sudah pun bekerjaya. Selepas umur pencen la maksudnya. Time and money freedom.

Tapi, pada waktu tersebut, adakah saya masih sihat? Atau adakah saya sudah tak larat berjalan akibat sakit tumit dan lutut? Dan, adakah saya masih hidup? Wallahualam. Sesungguhnya mati itu pasti. Tapi takkan la kita nak sia-siakan hidup kita semata-mata beralasan " buat apa usaha beriya, nanti mati juga".

Menariknya peluang yang Shaklee tawarkan adalah 3C.

Pertama, CASH. Cash adalah bonus yang kita dapat dengan jualan kita setiap bulan. Tinggi usaha, tinggilah bonus. 

Kedua, CAR. sekiranya layak, Shaklee akan beri elaun untuk pembayaran kereta secara tunai. Tunai, maksudnya kalau tak nak beli kereta pun tak apa, gunalah nak buat apa pun.

 Dan ketiga, adalah CONVENTION. Setiap tahun, anda akan ditawarkan pakej perlancongan 6 bintang untuk mereka yang layak. Dalam dan luar negara. Luar negara kelayakkannya akan lebih tinggi dari dalam negara.

Program Car subsidy Shaklee


Kenapa 6 bintang, di samping itinenary perjalanan yang super mahal, hotel mahal, makanan mahal, anda juga akan diberikat duit poket untuk berbelanja di sana, juga kelengkapan pakaian secara PERCUMA. Dan pakej ini bukanlan terhad untuk kita sahaja, tapi kita boleh mmebawa satu keluarga, termasuk mak ayah jika kita mahu.

 Untuk pakej convention cycle 2017/2018, anda boleh baca di SINI.

Dengan daftar sebagai ahli Shaklee, dan berkerja dengan kuat, anda bakal menggapai apa sahaja impian anda.Semua nya tak ada kuota. Asalkan anda layak, peluangnya sama untuk semua. Tiada senioriti dalam Shaklee, muda mana pun anda, jika meet the target, pasti akan dibawa bersama. Bagi mak ayah ribu-riban sebulan? Hantar mak ayah mengerjakan umrah setiap tahun? Nak pergi melancong tiap-tiap bulan? Apa yang saya sebutkan ni dah ada terjadi dalam Shaklee Malaysia. Bukan cerita bohong.

Business Shaklee
Trip Shaklee ke Jepun cycle 2016/2017


Namun begitu, janganlah beranggapan ini semua begitu mudah untuk dicapai. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Pengorbanan dan usaha haruslah setaraf dengan apa yang kita mahukan.

Tamatlah sudah cerita tentang kriteria-kriteria Shaklee yang membuatkan saya jatuh cinta. Kini saya sudah pun dinobatkan sebagai seorang supervisor. InsyaAllah, tak lama lagi, saya pasti akan capai cita-cita saya untuk menjadi antara salah seorang Master Coordinator Shaklee di Malaysia.

Semoga entry ini akan membuatkan and semua lebih mengenali Shaklee, dan mendapat sesuatu inspirasi daripadanya. Terima kasih kerana membaca.

pengedar shaklee kuantan

Hai, nama saya Raihana
Saya merupakan pengedar Shaklee bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093
Hubungi saya di talian 013-2907540.
Saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang.
Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.

Adakah anda ingin membuat pembelian ataupun mempunyai sebarang pertanyaan? Tekan gambar dibawah dan terus hantar pesanan whatapps kepada saya.


pengedar shaklee kuantan













No comments:

Post a Comment