Set Berpantang Manakah Lebih Baik?

Assalammualaikum wbt.



Mak-mak yang baca ni, mesti tengah tunggu hari nak bersalin kan?..Tahniah korang..Selamat menempuh proses bersalin dan menjadi mommy lepas ni okey. Pengalaman tu walaupun menakutkan tapi memang berbaloi sangat.

Dalam menunggu hari ni, mesti ramai yang survey, apakah set berpantang paling baik untuk bantu korang nak berpantang nanti kan? Oklah, hari ni Ana nak share pengalaman sendiri la tentang set berpantang ni..Semoga pengalaman dah lahirkan anak 2 orang ni boleh bantu korang buat pilihan mana yang lebih baik.

Masa anak pertama, Ana memang tak ada buat persiapan lepas bersalin. Memang totally serah kat mak. Jamu segala apa tak pernah tahu. Memang tak pernah amek tahu pun. Kebetulan nenek Ana ni bidan kan. So kengkonon don't worry, nenek ada.(Macam aku sorang je cucu nenek)

Lepas tu rupanya Ana bersalin secara pembedahan. Mak dan nenek Ana rupanya clueless camana nak jaga Ana. Sebab tak pernah sorang pun dalam keluarga ada bersalin czer. So kesimpulan nak cerita la, Ana takde buat sebarang rutin orang berpantang pun masa berpantang kali pertama tu. Kecuali urut.Urut pun tak urut kat perut. Bengkung tak pakai. Param pilis, barut jamu semua tak guna. Ha gitu sekali ko modennye.

Vitamin apa pun tak ada ambil. Sudahnya, luka czer Ana 2 bulan tak baik. Lepas pantang tu lemau. Badan tak kuat, cepat letih, macam-macam lah. Yang bestnya 1 je, Ana lepas bersalin memang akan turun banyak sangat berat badan. Kurus gila la. Lebih kurus dari sebelum bersalin. Mungkin sebab fully breastfeed.

So anak kedua pulak. Anak kedua memang anak tekad nak berpantang ni. Habis la survey set berpantang mana yang bagus. Apa nak kena sediakan. Batu tungku segala apa mak nenek tu kan. Hihi..

Apa yang Ana beli,

Set Berpantang Tanamera - Full Set (ada bengkung, minyak urut, serbuk herba bengkung, serbuk pilis (letak dahi tu), teh herba halia ape bende ntah, sabun macam scrub, Scrub badan, pencuci intim herba jugak, minyak kelapa dara)



Nona Roguy - Loose item (minyak urut herbanika, phytonatal, air akar kayu)


Ana beli Nona Roguy ni sebab dapat banyak sangat feedback dari kawan-kawan Nona Roguy elok untuk penjagaan dalaman lepas bersalin. Since Tanamera takde untuk herba dalaman kan.

Kebetulan masa Ana bersalin tu ade 2 orang kawan Ana tengah bersalin jugak. So kiteorang memang buat group mak-mak berpantang la dalam whatapps. Share pengalaman pantang masing-masing. Cool gila masa tu. Sebab masing-masing support each other. berpantang pun sama-sama. Best lah. Korang pasni nak mengandung ajak kawan-kawan sekali tau. Baru best ada geng. Haha..

Jom Ana review set berpantang 2-2 ni.

- Tanamera ni memang fullset macam spa la. Bau wangi macam spa. So macam aromaterapi gitu.

Bengkung tanamera


- Tapi Ana rasa bengkung tanamera ni tak berapa praktikal sangat. Kenapa Ana rasa tak praktikal, sebab sangat payah nak buka atau pakai balik. Bila Ana borak dengan kawan-kawan Ana tu, dieorang pakai bengkung Nona Roguy. Bengkung Nona Roguy ada bahagian untuk buka bahagian bawah. So kalau kita nak pergi toilet, kita buka bahagian bawah jela, takde la bersusah payah nak nak bukak semua tali sampai ke pinggang.


- Sabun scrub dia memang terbaik la. Ana jenis berdaki kat celah kangkang. Lepas bersalin bila sental dengan sabun ni hilang daki tu.

- Minyak urut dia memang wangi. Tapi takde kick sebab tak buat badan kita macam ada sensasi panas.So minyak urut Ana lagi prefer Nona Roguy.

- Serbuk herba bengkung. Tanamera punya, kena bancuh macam paste, letak kat perut. Yang bestnya memang rasa heat dia masa pakai tu. Mencucuk-cucuk kat perut. Sedap dan selesa lah. Tapi yang tak bestnya, bila dia kering, habis bersepah atas lantai serbuk tu. So bersedialah asyik kibas cadar je ye. Kalau Nona Roguy punya, ada jenis krim. Lebih praktikal la. Cuma berkesan ke tak panaskan perut tu Ana pun tak pasti.

- Serbuk pilis. Suka juga. Yelah dia panas kan dahi kan. Elak angin masuk ikut kepala. Ni betul tau. Ana perasan kalau tak pakai kepala jadi berdenyut-denyut.

- Scrub badan. Sebenarnya masa pantang macam tak berapa pakai pun scrub ni. Mana ada masa nak duk lama-lama dalam bilik air tu. Dah la tak boleh main air lama-lama. Anak pulak nak menyusu. Penyudahnya scrub lepas pantang je la. Tu pun tak habis-habis. Nampak sangat pemalas. Hahaha.

- Minyak kelapa dara tu Ana minum masa bulan ke 8-9 mengandung. Sesudu besar sehari. Sebelum pantang dah habis. Orang kata mudah nak beranak nanti.

- Phytonatal Nona Roguy. Phyto ni sebenarnya elok ambil dengan air akar kayu. Memang lagi berkesan. Ana rasa suka la. Sebab dia memang memanaskan badan. Dan lawaskan berak. Lawas gila kot sampai stool korang tu lembut gila. So tak ada masalah sembelit masa berpantang. Makan dia pagi lepas sarapan ngan minum segelas air akar, pastu dekat pukul 4 camtu mesti nak g toilet. Kadang-kadang sampai tak sempat weh. Membuang dalam kain batik. Dah susah sangat nak bukak bengkung. Kahkahkah.



- Akar kayu herbanika Nona Roguy. Orang tua cakap jangan minum air banyak sangat masa berpantang. Tapi camana nak ada susu banyak kan kalau tak minum air. Lagipun badan kita nak heal pun kena banyak air. So macam Ana, sepanjang hari tu minum air akar ni, tapi cair je. Maksudnya air banyak la bancuh tu. Kalau minum phytonatal tu minum secawan yang pekat. Sangat best, sebab dia memang buang angin dalam badan. So rasa ringan je badan.

- Herbal tea Tanamera ni Ana tak minum pun. Bagi kat orang je. Sebab terlalu panas, Ana minum secawan terus kena ulser. Not my favourite la pendek kata.

- Batu tungku semua, mak Ana beli batu sungai dekat nursery je. Bakar atas dapur. Pastu ambil daun-daun kat belakang umah. Daun tu ade macam-macam versi la. Mak Ana guna daun pandan atau daun mengkudu je. Tapi kalau korang berpantang kat bandar, call je kot makcik urut korang. Mintak tolong bawakkan daun. Rasanya lagi jimat.


LUKA JAHITAN

Pasal luka jahitan ni. Anak pertama Ana bersalin secara operation. Dan luka Ana 2 bulan baru baik. Anak kedua pulak, dapat bersalin secara normal. (Alhamdulillah). Tapi still luka Ana lambat baik. Dekat 2 bulan juga.

Itupun bila dah lama sangat tak baik, Ana cuba ambil vitamin Shaklee pula. Baru la nampak perubahan. So Ana rasa, Ana ni jenis badan tak cukup zat. Untuk baik pulihkan luka, badan Ana payah nak kerja sendiri. Ana kena mintak bantuan luar (vitamin la tu) untuk cukupkan zat dalam badan Ana ni.

Tapi Ana rasa bagusnya juga ambil vitamin ni adalah anak kedua ni payah nak kena penyakit. Mungkin sebab Ana fully breastfeed dan susu tu lebih berkhasiat, sebab mak dia dah ambil vitamin. Dengan izin Allah.


KESIMPULAN

Kesimpulannya untuk diri Ana ni. Berpantang 3rd nanti (wahh tak serik-serik ko beranak). Ana kena sediakan both jamu dam vitamin. Jamu untuk panaskan badan masa berpantang, dan bersihkan dalaman. Vitamin pula, untuk kuatkan balik badan, bagi cukup nutrisi, so healing lepas bersalin tu akan lebih baik, anak pun dapat khasiat penuh dari susu badan.

Dan, yang penjagaan luar barut serbuk minyak semua tu, Ana takkan beli set lagi. Beli loose item je, ikut mana yang lebih praktikal, mudah nak pakai, dan tahu rajin nak pakai masa pantang.

Hihihi. Ini pengalaman Ana la ye. Mungkin berbeza dengan pendapat orang lain. Ana harap Ana dapat membantu korang untuk buat set berpantang apa yang sesuai dengan korang, dan bajet korang.

Terima kasih sebab baca. (^_^).




BACA SETERUSNYA : 

6 Sebab Kenapa Korang Kena Ambil Set Bersalin Shaklee


Hai, saya Raihana. Saya merupakan pengedar Shaklee  bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093. Dan saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.







No comments:

Post a Comment