Vitamin C Shaklee Untuk Kulit Secantik Ayu Raudhah

Assalammualaikum wbt.





Memiliki kulit secantik Ayu Raudhah, Syatilla Melvin atau Rita Rudaini memang la impian ramai wanita. Bukan la sibuk nak jadi putih. Tapi teringin sangat dapat kulit halus mulus bebas cela walaupun tanpa secalit makeup macam dieorang kan. ** Vitamin C Shaklee Untuk Kulit Secantik Ayu Raudhah

Selain penjagaan dari luar, menggunakan skincare yang sesuai dengan kulit kita, tak dinafikan peranan vitamin dalam pemakanan kita juga amat penting sekali.

Dah terbukti dah, dalam journal-journal kajian pemakanan dan kecantikkan, memang terdapat beberapa vitamin yang benar-benar perlu untuk menjaga keremajaan kulit. Sekiranya badan kita kurang vitamin tersebut, pasti muka kita cepat tua dan mudah cela.

Nak tahu apakah vitamin-vitamin tersebut? Jom kita kenali satu persatu.

Senarai Vitamin Penting Untuk Kecantikkan Kulit.

#1 VITAMIN C

Rasanya ramai kot dah tahu kepentingan vitamin C ni untuk kulit. Vitamin C adalah vitamin paling banyak ditemui di epidermis luar kulit dan epidermis dalam.

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang akan melawan radikal bebas, punca kulit rosak dan penyakit. Di samping itu, vitamin C penting dalam pembinaan semula kolagen kulit. Nak elak muka berkedut? Pastikan ambil vitamin C yang cukup?

Berapa cukup tu?

Cadangan pakar adalah sebanyak 1000mg sehari. Vitamin C banyak didapati dalam buah oren, strawberry dan sayur brokoli. Untuk dapat 1000mg Vitamin C, anda perlu makan 7 biji buah oren.

Agak mustahil bukan? Jadi penggunaan supplement juga amat digalakkan.


#2 VITAMIN E

Vitamin E juga adalah satu jenis vitamin anti-oksidan. Ia membantu menghalang kulit dari rosak akibat sinaran UV dan pencemaran. Di samping itu vitamin E juga penting dalam menjaga kelembapan kulit muka.

Jadi kalau anda jenis kulit kering, memang patut ambil Vitamin E. Parut dan bintik hitam juga mudah hilang dengan mengambil Vitamin E yang cukup.




#3 VITAMIN D

Apabila kita terdedah kepada matahari, sebenarnya badan kita menukar kolesterol badan kepada vitamin D. Begitulah badan kita mendapat vitamin D secara semulajadi.

Walaupun kita selalu dengar vitamin D penting untuk penyerapan kalsium, tapi sebenarnya Vitamin D juga diperlukan kulit supaya mendapat tona kulit yang sekata.

Jadi lepas ni jangan lupa 'date' dengan matahari. Tapi jangan berlebihan pula ya. Ozon kita dah menipis. Sinar UV juga penyebab kanser kulit. 

Tambahkan saja Vitamin D dari supplement yang selamat!

#4 CAROTENOID

Selalukan dengar Vitamin A baik untuk mata? 
Tapi jangan terkejut tau, Vitamin A yang berlebihan juga boleh merosakkan organ badan terutama wanita mengandung.

Jadi untuk pengambilan Vitamin A yang lebih selamat, saintis lebih mensyorkan kita untuk mengambil Vitamin A dalam bentuk carotenoids.

Mana banyak carotenoids ni? Tentulah dalam carrot dan buah dan sayur yang berwarna oren atau merah. Ia bukan sahaja baik untuk mata, tetapi tinggi anti-oksidan untuk kesihatan kulit kita.



#5 PROTEIN

Protein ni tak payah bagitahu semua tahu kot kan. Semua dalam badan kita ni, dari sekecil-kecil atom dalam sel sampai lah yang paling besar di perbuat dari protein.

Kulit juga tidak terkecuali. Jadi kalau ambil protein yang cukup, mestilah sel kulit yang rosak tu dapat diganti dengan sel kulit baru yang lebih sihat.

'Ramuannya' cukup, baru la sempurna penciptaan kulit baru tu kan.

Tapi protein apa yang paling baik? Protein amat mudah rosak dalam suhu yang tinggi atau terlalu lama waktu memasaknya. Adalah lebih baik kita dapatkan protein dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya, yang diproses dengan haba yang rendah, lebih sihat dan kurang lemak sebagai tambahan protein.



TESTIMONI PENGGUNA SUPPLEMENT SHAKLEE


Bagi saya, supplement Shaklee adalah supplement yang terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat. 

Nak tahu kenapa? 


1) VITAMIN SHAKLEE DIPERBUAT DARI BAHAN SEMULAJADI.

Semua vitamin Shaklee diperbuat dari buah-buahan dan sayur-sayuran. Tidak seperti sesetengah vitamin yang menggunakan bahan kimia sintetik untuk menghasilkan vitamin mereka.

Buah- buahan dan sayur-sayuran ini kemudiannya akan disaring dan diproses supaya segala pencemaran dan bahan kimia berbahaya seperti racun serangga dan baja sintetik di asingkan sebelum menjadi vitamin.
Jadi apa yang kita dapat adalah benar-benar khasiat yang asli.

2) DIHASILKAN OLEH SAINTIS BERTARAF DUNIA

Syarikat Shaklee terdiri daripada barisan saintis, pakar pemakanan dan nutritionist bertaraf dunia. Sehingga ke PhD dan pemegang hadiah nobel antarabangsa.

Ia bukanlah hanya satu jenama yang hanya mengambil produk dari kilang yang tidak diketahui tentang keselamatan dan kesahihannya.

3) DIUJI SEBELUM DI KELUARKAN KEDALAM PASARAN

Semua produk Shaklee akan diuji sebelum dipasarkan untuk memastikan ia benar-benar selamat dan berkesan untuk diamalkan walaupun dalam jangka masa yang lama.

Kajian tentang kesihatan pengguna Shaklee selama 20 tahun atau lebih juga telah dijalankan oleh University of Berkerley 2007. Keputusannya, pengguna supplement Shaklee didapati lebih sihat berbanding pengguna supplement syarikat lain atau yang tidak mengambil apa-apa supplement.

Jom kita lihat gambar pengguna yang sudah berjaya mendapat kulit yang lebih cantik dengan menggunakan vitamin Shaklee.






Ingin dapatkan set vitamin kecantikkan kulit Shaklee? Whatapps saya terus (tanpa save no) dengan menekan gambar di bawah: 




Hai, saya Raihana. Saya merupakan pengedar Shaklee  bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093. Dan saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.


2 comments:

  1. Dari dok cucuk botox baiklah amek vitamin c..shaklee punya memang natural

    ReplyDelete
  2. Tak rugi amalkan shaklee ni... Sangat berguna untuk masa hadapan...

    ReplyDelete