5 Cara Cantikkan Kulit Secara Semulajadi Yang KKM Benarkan

Assalammualaikum wbt.

Roger Bannet (CEO Shaklee) bersama Menteri KKM Dr Seri S Subramaniam

Kulit yang cantik mulus tiada cela merupakan dambaan setiap wanita. Siapa yang suka muka ada jerawat. Ada jeragat. Ada kedut-kedut. Walaupun mulut cakap lantak lah, tapi dalam hati mesti ada sikit runsing. ** 5 Cara Cantikkan Kulit Secara Semulajadi Yang KKM Benarkan

Namun begitu, lambakan produk kosmetik yang semakin tumbuh seperti cendawan selepas hujan ni ada kalanya menambah kerisauan pada kita. Kerana dengan tularnya video " produk kosmetik timbang kilo " dari negara jiran kita iaitu Thailand, pasti kita pun dah tak tahu apakah produk terbaik untuk kita pilih.

KKM juga telah listkan beberapa produk yang memang terang lagi bersuluh ada kandungan bahan kimia merbahaya. Seperti merkuri dan hydroquonine. Tapi apakah betul kosmetik lain tu tak ada? Tak takutkah kita kalau ia hanya re-packing je semula supaya mereka tak rugi modal mereka?

Janganlah kita menjadi salah seorang dari beribu-ribu manusia yang terpedaya dengan helah peniaga tak ada etika macam ni. Kulit kita bukan ada di mana-mana. Takkan la sebab nak cantik sanggup bahayakan keselamatan kita sendiri.

Kecantikkan Kulit Bermula Dari Dalam.


Walaupun kita pakai macam-macam krim dari luar. Sebenarnya kecantikkan yang sebenar adalah bermula dari dalam.

Bermula dari dalam ni macam mana? Tentulah daripada apa kita makan. Dan dari spiritual kita sendiri.

Orang yang tenang, tidak stress, dan positif akan menampakkan kecantikkan yang asli pada luaran. Keyakinan diri juga amat penting. Wanita yang berkeyakinan akan sentiasa nampak kemas dan menawan bagi setiap yang memandang.

Tapi sebaliknya, orang kusut fikirannya tidak akan nampak manis dari luaran. Biarpun makeup tebal 2 inci pun, orang negatif akan kelihatan serabut. Dan menjejaskan juga kesihatan badan.

Jadi, sentiasalah menjadi orang yang positif, bersangka baik dan tenang. Uruskan stress dengan baik. Pasti kecantikkan asli akan terzahir ke muka dan gaya tersendiri.

Bersenam juga sentiasa. Kerana bersenam akan mengurangkan stress badan kita.



Kecantikkan Melalui Nutrisi Pemakanan


Dah berkali-kali pakar pemakanan nasihat. Banyakkan makan sayur. Banyakkah makan buah. Kurangkan lemak dan gula dalam makanan.

Semua ini bukannlah untuk menjaga kesihatan sahaja. Tapi ia juga boleh menambaik struktur kulit supaya hilang segala cela.

 Sistem penghadaman yang baik akan membuang toksin yang akan membuatkan badan dan kulit kita rosak. Manakala zat dan vitamin yang cukup pula akan membantu badan kita membuat sel kulit muka baru yang lebih sempurna untuk menggantikan sel kulit lama.

Lemak dan gula yang berlebihan juga menjadi faktor berlakunya segala masalah kulit. Lemak  yang tidak baik akan menggalakkan kulit mengalami keradangan. Gula pula memang terbukti merosakkan sel badan kita. Termasuklah sel kulit.

Ubah lah gaya hidup pemakanan yang lebih sihat.



Supplement Untuk Kecantikkan Kulit 

Hari ini dunia kita tak se-sihat seperti dulu. Penggunaan racun perosak dan racun serangga ada pada setiap tanaman. Tanah juga tidak mempunyai nutrient yang sama macam tanah-tanah dahulu. Kadar pencemaran sudah begitu tinggi.

Sebuah kajian telah dijalankan pada tahun 2004 untuk mengkaji tahap nutrisi sayur-sayur dan buah-buahan zaman dahulu dan sekarang. Ternyata sebiji epal atok moyang kita makan dulu, kita perlu makan sebanyak 8 biji pada hari ini untuk mendapat jumlah nutrien yang sama.

baca kajiannya di SINI

Persoalannya : MAMPUKAH KITA?

Supplement adalah satu-satunya solusi kita supaya badan kita mendapat nutrient yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

Namun begitu perlulah selective dalam memilih supplement. Kerana supplement juga ada yang berasal dari supplement 'timbang kilo' juga.



TIPS MEMILIH SUPPLEMENT SELAMAT

1) Ada kelulusan KKM

Untuk kelulusan KKM ini mudah sahaja. Masuk ke portal KKM, dan anda boleh check semua jenis supplement atau produk kosmetik, sama ada ia mempunyai MAL no atau tidak.
website : http://npra.moh.gov.my/

2) VITAMIN SEMULAJADI

Apa maksud semulajadi ni? Semulajadi ni maksudnya ia diperbuat dari tumbuh-tumbuhan atau ikan ( in case minyak ikan) yang betul. Bukan dari bahan kimia sintetik. 

Ada supplement sintetik yang mempunyai MAL no juga. Ia lebih murah kerana kos penyediaannya yang rendah. Tapi yang semulajadi pastilah lebih baik untuk badan kita.

3) MEMPUNYAI KAJIAN PENGGUNAAN MASA PANJANG.

Penyakit kronik bukan lah jadi dalam masa seminggu dua. Sekiranya ia berpunca dari makanan atau gaya hidup itu sendiri. Pastilah jangka masanya sehingga 10 tahun ke 20 tahun.

Sekiranya supplement itu benar-benar selamat.  Walaupun anda menggunakan selama 20 tahun pun, ia tidak akan mendatangkan kesan buruk kepada diri anda. Jadi tanyakan pembekal supplement anda, adakah mereka mempunyai kajian keselamatan penggunaan jangka panjang?


TAHUKAH ANDA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMPUNYAI SEMUA CIRI DI ATAS DAN BANYAK LAGI?

Sekiranya anda tak tahu. Ya memang benar, semua ciri di atas adalah kelebihan supplement jenama Shaklee. Juga lebih lagi.

Shaklee mempunyai barisan ahli saintisnya yang tersendiri bertaraf pemegang PhD dan juga ada yang memenangi hadiah Nobel.

Setiap supplement Shaklee di tapis supaya bebas pencemaran, bebas bahan kimia berbahaya dan diuji sebelum ia dipasarkan di seluruh dunia.

Ia juga diikhtiraf sebagai syarikat yang menjaga kehijauan bumi kerana bahan yang digunakan tidak akan menjejaskan ekosistem dunia.

Percayalah dengan Shaklee, ia pasti selamat dan berkesan untuk anda semua.





Adakah anda ingin dapatkan supplement Shaklee?

whatapps saya terus dengan menekan gambar di bawah (tanpa save no) :





Hai, saya Raihana. Saya merupakan pengedar Shaklee  bebas yang sah di bawah naungan Shaklee Malaysia. 
No ID saya 1220093. Dan saya menawarkan khidmat penghantaran di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Tidak lupa juga perkhidmatan post di seluruh Malaysia.



1 comment:

  1. Nak tau mana yang terbaik... Carilah yang mahal... Nak lagi berkesan Carilah yang ada Landmark study...

    ReplyDelete