Cara Merawat Kentut Faraj Secara Semulajadi

Assalammualaikum wbt.

Kentut faraj atau pun vagina farts memang masalah yang akan dihadapi oleh semua wanita yang sudah bersalin, atau sudah berusia. Seminggu atau 2 minggu selepas bersalin pasti kita akan rasa ada angin keluar dari faraj secara tiba-tiba. Sama ada kita sedang berjalan, atau dari peralihan duduk, mahu berdiri.

Terdapat juga wanita yang akan mengalami kentut vagina sewaktu melakukan hubungan seks. Dan sekiranya ia kuat, pasti perkara ini akan memalukan.

Tapi apakah sebenarnya kentut faraj ni? Adakah ia merbahaya? Apakah cara merawat kentut faraj secara semulajadi? 

PERLUKAH SAYA RISAU DENGAN KENTUT FARAJ?

Mari kita lihat gambar faraj di bawah.



Faraj ataupun vagina berada di bawah sekali. Manakala rahim dan servik (pintu rahim berada di atas). 

Faraj ataupun vagina adalah merupakan satu tiub berotot yang sangat elastik. Ia boleh mengembang dan mengecut. 

Apabila kita melakukan seks, penis lelaki akan masuk ke dalam vagina dan vagina akan membesar untuk membenarkan penis masuk.

Begitu juga apabila wanita melahirkan anak, kepala anak akan turun daripada pintu servik, pergi ke vagina dan seterusnya keluar. Vagina boleh membesar sehingga muat untuk seorang bayi keluar.

BAGAIMANA KENTUT FARAJ BERLAKU?

Faraj adalah tiub otot yang elastik. Normalnya, apabila ia membesar ia akan kembali ke bentuk asal. Kembali kepada saiz asal.

Namun begitu, jika ia telah dikembangkan dengan kerap (hubungan seks yang kerap) atau  saiz pengembangannya begitu besar (melahirkan bayi) ada kebarangkalian untuk faraj hilang sifat elastiknya. 

Kalau waktu muda pintu faraj tertutup rapat, kini dia sudah mula terbuka sedikit kerana otot di kawasan tersebut sudah tidak kuat.

Ini mengakibatkan udara boleh masuk dari bawah, dan memenuhi faraj. Apabila udara sudah penuh, ia akan keluar dengan sendirinya dan terjadilah kentut faraj.

Jadi, adakah ia merbahaya? 

Jawapannya: TIDAK. 

Kentut faraj tidak pernah membahayakan. Ia adalah normal kepada wanita sudah berusia ataupun wanita sudah mempunyai anak.

ADAKAH BENAR KENTUT FARAJ MENANDAKAN FARAJ SAYA SUDAH TIDAK 'KETAT'?

Ia ini memang BENAR. Kentut faraj menandakan otot vagina sudah semakin lemah. Dan mungkin sudah tidak seketat dulu.

Namun begitu jangan lah para isteri runsing. Ini kerana kepuasan seks bukanlah semata-mata berfaktorkan vagina yang ketat. Sekiranya anda ikhlas melayan suami, melakukan apa yang perlu (seperti foreplay), yang disukai suami anda, pasti anda dan suami akan dapat kepuasan bersama-sama.

Jangan jadikan kentut faraj sebagai alasan untuk tidak berkasih sayang. 

ADA TAK CARA MERAWAT KENTUT FARAJ?

Faraj adalah otot. Dan semestinya jika mahu otot kembali kuat dan tegang, anda memerlukan senaman otot. Sebab itulah abang-abang sado pergi ke gym setiap hari. Untuk melatih otot-otot mereka untuk lebih kuat.

Begitulah juga faraj kita. Untuk mengembalikan kekuatan otot, faraj kita memerlukan senaman. Dan senaman itu dipanggil senaman KAGEL.



Bagaimana nak buat senaman kagel ni? Jom tonton video di bawah:



ADAKAH MAKANAN TAMBAHAN YANG BOLEH MEMBANTU MASALAH SAYA?

Untut membina otot baru. Badan kita memerlukan protein. Protein yang baik akan membantu badan kita membuat otot-otot yang lebih baik.

Protein tambahan yang bagus adalah daripada tumbuh-tumbuhan. Kerana ia tidak mempunyai lemak tambahan yang akan merosakkan kembali badan kita.

Tetapi haruslah juga membuat senaman kagel, kerana otot kuat memerlukan latihan.

BAGAIMANA DENGAN HERBA? ADA TAK HERBA YANG BOLEH MENGATASI MASALAH KENTUT FARAJ?

Mengikut ilmu perbidanan nenek moyang kita, memang terdapat herba yang boleh membantu masalah kentut faraj. 

Tetapi keberkesanan dan keselamatan untuk penggunaan jangka masa yang lama adalah tidak diketahui.

Tonton video penerangan Dr Oz tentang kentut faraj di bawah:
< akan dimasukkan sebentar lagi >

BANTU MASALAH KENTUT FARAJ DENGAN SHAKLEE.

Untuk membina balik otot, anda memerlukan protein tambahan. Oleh sebab itu, energy soy protein (ESP) dari Shaklee merupakan pilihan yang terbaik untuk anda.

Ia tiada lemak, bebas racun dan pencemaran dan menggunakan protein soya NON-GMO asli. Khasiat yang sama seperti soya pada zaman dahulu.

Proses pembuatannya di kawal selia di bawah pengawasan Identity Preservation Program (IPP) untuk menjamin kualiti dan ketulenannya.




Anda juga boleh mengambil herba ALFALFA untuk masalah anda. Alfalfa mengandungi berbagai nutrien untuk badan, menggalakkan proses detoks badan dan merupakan "kacip fatimah" moden untuk masalah peranakan anda.

Tidak lupa ia juga merupakan salah satu herba "milk booster" untuk membanyakkan susu badan anda.



Ingin mendapatkan ESP dan Alfalfa untuk masalah kentut faraj anda?

Klik gambar di bawah untuk terus membeli.


Atau anda boleh mendapatkan kedua-duanya dengan harga lebih jimat sekiranya anda menjadi ahli. Anda juga bakal menerima semua keistimewaan berikut;



Hubungi saya terus dengan menekan gambar di bawah (tanpa save no):




No comments:

Post a Comment