Assalammualaikum wbt.



Arini Ana share resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka. Husband Ana ni memang suka makan ikan tenggiri. Selalu kalau ke pasar tu memang itu la ikan yang selalu dibeli nya. Ikan tenggiri memang la sedap, tapi kalau dah hari-hari nak masak ikan tenggiri memang pening kepala dibuatnya.Yang selalu ulang-ulang masak, kari ikan, sambal ikan tenggiri, ikan tenggiri goreng bercili, dan kalau suami Ana tak balik makan nasi, dapat la Ana masak Singgang Ikan Tenggiri. Tapi husband memang tak suka resipi rebus-rebus ni. Dia suka goreng-goreng pedas baru dia nak makan. 😒

So arini Ana masak ikan tenggiri goreng cuka. Resipi ni Ana dapat dari blog masakan kegemaran Ana la. Blog Azie Kitchen. Blog Azie Kitchen ni antara blog yang Ana selalu refer jugak la bila nak memasak. Sebabnya hasil resipinya tu tak mengecewakan. Selalu sedap je la. Tapi of course, ada ubah-ubah sikit. Ikut kesusaian bahan yang ada kat rumah.😁

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka ni pun Ana memang ubah sikit. Sebab rumah Ana memang tak ada cuka waktu ni. Cuma ada limau kasturi. So instead guna cuka, Ana guna jus limau kasturi je lah. Masam semulajadi gituee..huahuahua..

Ok ini adalah bahan-bahan untuk Ikan Tenggiri Masak Cuka:
  1. 3 Keping Ikan Tenggiri.
  2. Sebiji bawang besar di hiris.
  3. 2 Ulas bawang putih di hiris.
  4. 11 biji cili di hiris.
  5. 1/2 inci halia di hiris.
  6. Lobak merah di potong panjang halus.
  7. Lada benggala di potong panjang-panjang.
  8. Cili hijau besar di hiris.
  9. Putik Jangung di hiris.
  10. 1 sudu sos tiram.
  11. 2 sudu sos ikan. 
  12. Garam secukup rasa.
  13. 5 biji limau kasturi diambil jusnya.


Sebenarnya pilihan sayur tu ikut masing-masing nak letak sayur apa. Nak tambah tomato, kacang panjang, atau cendawan tiram pun boleh. Ikutla selera masing-masing. Dah itu je yang ada kat rumah. Tak kuasa pulak nak ke kedai nak beli barang-barang. Ana suka resipi n lagi satu sebab sayur dah masuk kan sekali. Jadi takde la nak bersusah payah masak sayur lagi kan. Sekali masak siap dah.hehehehe.


Cara menyediakan Ikan Tenggiri Masak Cuka.
  1. Gorengkan ikan tenggiri dengan serbuk kunyit dan garam sampai masak.
  2. Angkat dan ketepikan ikan tenggiri tadi, kala minyak dalam kuali tu banyak sangat boleh kurangkan enjadi 2-3 sudu minyak je.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kecil sehingga layu.
  4. Dah agak macam ada naik bau harum sikit tu, masukkan 1/4 cawan air dalam kuali.
  5. Kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan. 
  6. Masukkan ikan tenggiri tadi bersama dengan semua sayur-sayur pilihan korang.
  7. Kuat api sedikit. Sambil kacau-kacau dan tunggu sayur semua agak layu sedikit.
  8. Slowkan api, rasa sikit, kemudian boleh tambah garam kalau tak cukup masin. (Sos ikan ni agak masin, jadi kena berhati-hati semasa masukkan garam)
  9. Agak dah ok boleh la siram air limau kasturi dalam lauk tu. Kacau-kacau sikit, dah siap.

Mudah je kan? Ada orang akan letak gula sikit. Atau pun serbuk perasa. Ikutlah, selera masing-masing. Lepas ni dah boleh makan dengan nasi panas-panas. Ada rasa masam, pedas, dan juga masin sikit.Yummehh..



Selamat Mencuba ya. Jangan tak cuba pulak! (^_^)

Nak dapat kan Vitamin dan Produk Shaklee? Hubungi Ana di 013-2907540