Semalam Ana turun Sepang dari Kuantan..

Plannya nak jumpa 2 anak business dan sorang baru daftar nak bagi tumbler. Tapi sorang anak biz ada hal tak boleh jumpa. Tapi tak apa, Allah tu sebaik-baik perancang. Mesti ada hikmah disebaliknya. 

 

Ana bawak baby 11 bulan sekali. Sebab dia menyusu badan. Ayahnya ada kerja, tak boleh nak tinggal.

Tapi sebenarnya semalam risau sangat kat baby. Sebab cuaca panas. Asyik keluar kereta masuk kereta. Kejap aircond kejap berpanas. Ana sendiri pun tak tahan. Nak angkat muka pun dah tak boleh masa jalan tengah panas tu. Dalam hati, Ya Allah, tolongla jaga anak aku ni. Jangan la dia demam esok. Pastu dah la dia tak nak tidur-tidur. Budak ni tak reti penat ke pulak..

Sebelum pergi semalam ana dah siap-siap telan Bcomplex, Vita-Lea dengan Vitamin C dah macam biasa. Tapi balik semalam rasa haus sangat. Terus buat air Performance Drink. Dekat-dekat nak tidur tu pulak telan Ostematrix. Sebab kaki dah sakit berlari mengejar flight, akak check in lewat. (kihkihkih)

Alhamdulillah, syukur, bangun pagi ni kurang rasa sakit kat betis tu dah. Baby Ana pun takde simptom nak demam. Ceria je pagi ni main ngan abang dia macam biasa.

 
dengan anak biz cawangan sepang. dedicated sungguh

Lepas ni nak buat macam ni lagi tak? InsyaAllah. mesti buat lagi. Sebab Ana take business Shaklee very seriously. Ini bukan bisnes geli geli lagi.

Sesiapa nak join business dengan Ana bagitahu je tau. Ana akan bersungguh-sungguh turunkan ilmu yang senior-senior bagi kat Ana ni. Lepas tu terpulanglah korang nak buat ke tanak buat.

Ohh sorry beb. Ni bukan multi-level goyang kaki duit bonus masuk mencanak-canak. Ni business bermentor. Apa mentor buat kita buat. Apa mentor amalkan kita amalkan. Kalau down mintak tolong mintak semangat kat mentor.

Kau buat kau dapat. Kau tak buat suka hati ko lah, kau yang rugi. Mentor tak rugi pape pun. Sebab kami percaya, turunkan ilmu itu adalah usaha, dan setiap usaha pasti Allah beri ganjarannya, walaupun bukan melalui kamu. 😊😊😊

Nak join Ana? Hubungi terus Ana di 013-2907540, atau
tekan link ini www.wasap.my/60132907540, atau
email ke raihanazafril@gmail.com

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt.

Anneyongsayoo...Arini tiba-tiba husband bagitahu, " Yang, abang kena g Miri Jumaat ni, sampai ari isnin" ... Whattttt.. Sabtu ni dah la hari first berpuasa. Alahai, tak dapat sambut puasa sama-sama la ni. Sobs sobs. Tapi nak complaint ape kan. Ade orang takde keje pulak. Ana suami keje patut syukurrr alhamdulillah. Hihi. So disebabkan lusa dia dah nak ke Miri, husband ajak la pergi makan best-best sikit. Esok dia dah nak hantar kiteorang g balik kampung, sambut puasa dengan mak je kat sana.

 

So Ana pikir punya pikir, makan Secret Recipe, dah bosan nak makan kek-kek tu. Nak g KFC McD pun tak lalu. Tiba-tiba teringat pulak Seoul Garden Hotpot kat East Coast Mall tu. Haah tak pernah pergi situ. Boleh la kot kali ni rasa pulak. Husband pun ON  je. Layankan ajela bini die ni..Hehe..

Dulu masa Ana belajar Ana ade pergi try Seoul Garden dekat One Utama. Tapi Seoul Garden yang buffet tu la. Buka puasa ramai-ramai dengan kawan kolej. Tapi sebab kiteorang kali ni dah ada anak, tak kuasa dah la kiteorang nak berbuffet-buffet ni lagi. Kang buffet ke mana, anak ke mana, pastu stail kene grill sendiri pulak. Kang bukan daging tu yang grill, tangan anak aku kene grill. Hahaha..Hish Nauzubillah.

Seoul Garden Hotpot ni bukan grill-grill sendiri tu. Dia ala carte stail, yang menyediakan rangkaian makanan-makanan Korea. Macam-macam ada, Bimbimbap ada, stir Fried noodle glass ada, nasi lauk-lauk panas ada, dimsum ada. Macam-macam la. Semua resipi dari Korea.

Harga pun takde la mahal sangat. Start dari 16ringgit camtu la untuk Bimbimbap tu. Bagi Ana sekali sekala nak merasa agak affordable lagi. Kalau Seoul Garden biasa kan kira ikut kepala. Rm60+ camtukan sorang. Kalau anak ramai, memang tak affordable langsung la kot.


Lepas tengok-tengok menu tadi Ana order bimbimbap daging dan teh ginseng dengan kurma merah, husband pulak order nasi putih dengan ayam goreng kimci. Review untuk Seoul Garden Hotpot Kuantan ni so far service okay la. Cepat, kedai pun bersih, mesra pelanggan gitew. Nora bagi, 4 bintang..😁😁

husband order nasi dan ayam goreng kimchi 




bimbimbap daging




teh ginseng dan kurma merah 

Rasa dia, erm sedap, boleh makan, tapi Ana rase macam kurang pedas la. Taktahu la memang makanan korea tak pedas..(tapi tengok cerita korea tu macam pedas je)..atau dia dah ubah jadi kurang pedas bila datang Malaysia. Kuantiti pulak, Ana rase memang untuk sorang makan je la, takleh share, nanti tak cukup. Kahkahkah.

Itu jelah nak cerita pasal Seoul Garden HotPot di East Coast Mall Kuantan. Everything was fine and smooth jer. Hehe. Oh ya, Ana pengedar Shaklee Malaysia tau. Dan kalau di Kuantan Ana boleh buat COD. Cash On Delivery ye bukan free delivery. Minyak akak kene isi jugak. 😂😂

Boleh hubungi Ana di talian ini 013-2907540, atau
tekan link ini www.wassap.my/60132907540, atau
email pun boleh ke raihanazafril@gmail.com

Kamsamhamidaa 👋🏻👋🏻

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt.

 

Pernah tak rasa rezki macam sangkut-sangkut je.. Fina pernah. Dan especially yg buat biz akan lebih senang nak rasa. Sama ada rezki mudah masuk atau pun sangkut-sangkut.

Dalam keadaan mcm ni kita jangan pandang salah orang lain. Pandang diri kita je. Pasti ada sesuatu yang perlu kita perbetulkan supaya rezki kita mudah masuk dan diberkati. Kadang Allah tarik rezki supaya kita ingat dan kembali pada Dia. Pasti ade hikmah disebalik apa yang Allah takdirkan untuk kita. Selalu la bersangka baik. Cuba positif kan diri.

Ade 5 perkara yg kita perlu buat sebagai tanda taubat dan syukur kita padaNya..

1. Istighfar dan solat sunat taubat.🍁

– dosa2 kita juga boleh menjadi batu penghalang kepada rezki kita.. selalu la istighfar kerana kita hanya manusia yg mudah melakukan kesilapan. Rendahkan diri kita sebagai seorang hamba yg penuh dengan dosa. Mohon keampuanan pada Allah dengan sesunguhnya..

– dalam Alquran juga disebut, sesiapa yg memohon ampun pada Allah, akan datang jalan keluar kepada masalahnya dan Allah akan beri rezki dari arah yg tak disangka-sangka.

2. Syukur dengan nikmat yg kita ada skrg..🍁

– Bila ada masalah atau tak dapat rezki seperti yang kita minta, kita seolah-olah lupa akan nikmat Allah pada kita selama ni. Padahal terlalu banyak perkara yang perlu kita syukuri yg Allah dah beri selama ni.. paling kita tak sedar Allah beri nikmat dan tak tarik balik dari kita..Allah..

– jadi banyakkan bersyukur kerana nikmat Allah pada kita tidak terhitung banyaknya. Bila bersyukur hati kita akan lebih tenang dan membuka pintu rezki untuk masuk dgn mudah..dan ketahuilah makam syukur itu lebih tinggi dari makam sabar..

3. Perbaiki solat dan solat awal waktu.🍁

– Siapa yg menjaga solat, Allah akan menjaganya.. Allah akan beri dia kejayaan di dunia n akhirat.. Solat akan menjadikan seseorang itu dekat padaNya. Bila perkara paling penting kita jaga dengan sehabis baik in shaa allah pasti rezki dan hidayah Allah mudah untuk datang..

4. Berbuat baik pada ibu bapa.🍁

– Rezki kita juga boleh sangkut-sangkut jika kita tak jaga hubungan kita dgn ibu bapa..tengok bagaimana nada kita bercakap dengan mak. Adakah kita mengembirakan mereka.. kalau boleh call mak hari-hari dan tanya khabar
- doakan mereka (mak ayah kita)  bagi yg masih hidup atau meninggal dunia. Kerana doa itulah tanda kasih syg kita pada mereka..bila hubungan dengan mak ayah kita baik, pastinya mudah utk kita dpt rezki yg baik juga..

 

5. Sedekah.🍁

– dah ramai yg tahu dasyatnye kesan sedekah ni pada rezki kita.. ia menyucikan harta kita dan mengundang rezki yg barokah. Sedekah yg Allah suka adalah yang berpanjangan walapun sedikit..

– setiap hari sedekah la semampu yg mungkin. Cuba jadikannya amalan harian kita.. cuba sedaya upaya menjadikannya amalan wajib kita setiap hari. Pastinya lebih mudah rezki utk masuk dan berkembang..


Sekian dari Ana, semoga kita sama-sama cuba perbaiki diri kita agar Allah menjadikan hidup kita lebih barokah dan penuh kasih syg..❤

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt..

Sapa pernah makan nasi daging angkat tangan? Ahha.. Sebenarnya kan Ana langsung tak pernah makan nasi ni. Selalu tengok sepupu Ana update facebook je mak dia masak Nasi Daging. Tapi Ana tak pernah rasa. Obviously, Nasi daging ni bukan resipi dari Johor la kan. Sebab tu Ana tak pernah nampak mak Ana masak. Kah Kah Kah.

Mak long Ana asal Penang. So Ana suspek resipi ni dari Penang la kot. Kebetulan aritu resipi ni lalu kat news feed Ana. Tengok gamba, hurmmmm macam sedap je ni. Siap makan dengan air asam lagi. Ana dah la suka masam-masam pedas ni. Daging pun ada dalam peti, boleh la kot nak try tu kan.

 
sumber resipi : Facebook Resipi Viral

Jadi bermulalah sesi berpeluh- peluh di dapur. Resipi dari facebook Resipi Viral ni guna 5 pot beras. Tapi Ana buat 3 pot je. Sape la nak makan banyak-banyak tu nanti. 3 pot ni pun dah banyak sangat dah. Boleh makan sampai ke malam. 

| Nasi Daging Yang Sedap |

Bahan-bahannya 
  • 1/2 kg daging direbus sampai empuk
  • 3 cawan beras basuh dan toskan
  • 1 sudu rempah kurma Adabi
  • 1 sudu besar butter
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • sebiji tomato besar
Bahan tumis 
  • 1 ulas bawang besar dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1/2 inci halia dihiris halus
  • 2 kumtum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 2 buah pelaga

Cara - caranya;

  1. Panaskan minyak dan butter .
  2. Tak payah tunggu butter larut sepenuhnya pun boleh masukkan bahan-bahan tumis.
  3. Bila dah naik bau wangi, atau nampak bawang dah caramalized (hangus) sikit boleh masukkan rempah kurma.
  4. Serbuk ni cepat hangus sikit jadi kecil kan api dan kacau- kacau.
  5. Bila nampak minyak dah naik sikit, boleh masukkan beras, dan daging yang dah dipotong-potong halus.
  6. Ratakan rempah pada nasi.
  7. Sekarang masukkan air rebusan daging, 2 1/2 cawan air rebusan daging, 1/2 kiub pati ayam dan 1/2 cawan susu cair. Ana masak ni guna beras wangi, air memang kene cukup-cukup je, kalau tak nasi lembik, kalau beras biasa kena tambah air lagi rasanya, kang keras pulak.
  8. Masukkan garam secukup rasa, dan tomato yang dah di potong 4.
  9. Boleh tutup api dapur dan letak dalam electric rice cooker.
Ok cop. Nak citer pasal rice cooker ni. Tadi duk masak nasi tu, suis dia dah jentat dah, tapi bila Ana bukak penutup dia air belum kering dan nasi masih mentah lagi. So apa Ana buat, gaul-gaulkan nasi tu ( bawah dah masak atas belum) pastu letak balik atas api gas. Tapi, api gas tu yang paling slow tau.

Bila air dah kering, gaul sekali lagi, baru Ana letak atas rice cooker balik, biar die heat sampai air betul-betul kering. Alhamdulillah masak semua lepas tu. Cuma ada kesan terbakar sikit la beras paling bawah, tapi tak sampai pahit lagi.

Boleh hiaskan nasi dengan bawang goreng dan daun sup. (Tapi Ana tak buat pon. kohkohkoh).

 

| Air Asam Kerisik |

Tumbuk bahan- bahan berikut:-
  • Cili kampung 3 batang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 inci belacan tapi Ana ganti 2 sudu sos ikan thailand tu.
  • 1 sudu kecil asam jawa
Potong kiub bahan-bahan berikut :-
  • Tomato
  • Timun
  • Bawang merah
  • Cili kampung
Satu kesemuanya bahan-bahan, tambah air rebusan daging tadi kalau ade lebih, atau guna air biasa pun boleh. Lepas tu masukkan 1 sudu kecil kerisik. Rasa la kalau tak cukup garam ke, tak cukup manis ke, pandai-pandai adjust sendiri.

Air asam kerisik ni pun Ana first time makan. Tak pernah makan air asam letak kerisik. Selalu kerisik letak dalam rendang je kan. Sedap rupanya...nyum nyum.

Ok kenyang sudahhh. Lepas ni kene telan 3 biji Omega Guard. Kasi buang semua itu kolesterol. Hua hua hua hua.
Nak beli Shaklee boleh hubungi Ana keh 😊😊


Raihana Abdul Aziz
ID 1220093
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt.

Selepas pulang dari pickup anak di sekolah, jalan pulang ke rumah pasti akan bertemu dengan lampu isyarat. Salah satu lampu isyarat tu, memang lama sungguh. Ada la nak tunggu sampai 10 minit. Baru la giliran kita yang jalan. Tiba-tiba, sambil lihat-lihat kawasan sana sini, adalah sebuah kereta BMW X6 kaler maroon sama-sama beratur sebelah kereta kita.

Dalam hati terus cakap 
" Cantiknya kereta ni. Memang kereta impian. Bila la nak dapat?..."
" Ahhhhh..tak mungkin lah dapat pakai. Gaji berapa sangat. Kalau pakai kereta ni, mahu makan pasir aku hari-hari "

 

image : google 

Familiar dengan dialog kat atas tu? Nahhh... tak payah nak menipu. Mesti ada hari-hari yang kita akan berdialog macam tu. Tengok kereta mewah ke. Tengok rumah besar macam istana ke. Mesti adalah. Pastu akan rasa, huuu.. aku tak layak. Dia takpelah, ada business. Dia takpelah, laki dia kaya. Mak dia sultanah kat Turkey, Atok dia dulu adik beradik Parameswara.

Hahaha.. ok itu over sangat.


Tapi tak dinafikan. Ana juga salah seorang yang berperangai macam ni dulu. Dulu Ana ni suka cakap kat diri sendiri. Alaaaa, aku ni bukan pandai pun. Cakap mat salleh pun tergagap-gagap. Tak mungkin jadi orang ada-ada. Bila nak exam dulu pun asyik la cakap. Takkan pass punya la. Banyak gila tak tahu. Mulut tu...TAK MUNGKIN, TAK MUNGKIN, TAK MUNGKIN!
Ana rasa cakap camtu mcm rendah diri. Konon- konon tanak belagak la kan. Tapi sekarang baru la Ana tahu, apa Ana cakap tu sebenarnya SABOTAJ diri sendiri. Tapi yang sebenarnya, bila kita cakap mende tak elok je kat diri kita, sebenarnya kita tak percaya yang Allah tu Maha Adil.

 
image : google

Kenapa?

Sebenarnya Allah bagi kita peluang yang serupa. Kalau kita nak jadi apa yang kita nak jadi, peluang tu ada, jalan tu ada, tak kira la kite ni anak orang kaya ke, anak orang miskin ke.Tapi tentulah jalan tu tahap mudah susah dia lain- lain setiap orang. Ade orang tahap susah dia takde duit banyak, ada orang tahap susah die konfiden level rendah. Semua ada susah senang masing-masing. Tapi tak bermakna kita tak boleh capai ape yang kita nak.

 Jadi lepas ni jangan dah sabotaj diri sendiri.

Kalau terlintas kat kepala kita tiba-tiba, "aku rasa nak pegi oversea la tahun ni" ,  pastu ada pulak terlintas "mane aku mampu, duit aku sikit je", cepat-cepat sebut Nauzubillahiminzalik.

Bila hajat kita terlintas kat kepala kita pun atas izin Allah. Maksudnya Allah nak bagi lah tu..Doa la mintak dari Allah, " Ya Allah, aku rase nak jalan g obersea sangat, camana aku nak buat Ya Allah, boleh tak kau tunjukkan jalan?"

Dan percayalah, Allah mesti bagi. Lambat atau cepat. Bila kita dah ready. Allah kan sayang kita..❤️❤️❤️.

 
image : google

Ikhlas;
Raihana Abdul Aziz,
Shaklee Independant Distributor Malaysia,
ID 1220093 
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt..

KONSEP 7 Jars.

 

Hai semua.. baru-baru ini Ana ada belajar satu TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN yang baru dari senior-senior Shaklee.Nama tips yang depa ajar kat Ana ni adalah menguruskan wang dengan konsep 7 jars ( jar tu balang kan dalam bahasa? 🤔)

Apa itu konsep 7 jars?

Ada seorang motivator dekat Canada nama dia T Harv Eker mencipta satu konsep untuk menguruskan kewangan, dengan menggunakan 6 Jars. Tapi abang-abang dan kakak-kakak Shaklee telah pun menambah satu lagi jar untuk konsep ini, dan memberi nama Konsep 7 jars. 

Setiap jar tersebur diberikan dengan nama-nama berikut ;-

1. NEC (necessity) - tabung untuk keperluan dan belanja harian seperti makanan dan bil rumah.

2. EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku dan kelas business .

3. LTSS (long term saving for spending) - tabung untuk sesuatu besar belanjanya contohnya rumah, aset lain.

4. FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila kita dah tak kuat dan dah tak mampu cari duit

5. PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yg kita suka, macam travel atau hobi mengumpul tudung cantik ke 😁.

6. GIVE (charity) - tabung untuk kebajikan, sedekah jariah.

7. Parents (tambahan) - tabung untuk parents lah..wajib ni.

jadi apakah saranan En T Harv ni?.. Saranannya setiap kali gaji kita masuk, Duit gaji terus di bahagikan mengikut percentage-pencentage yang ana ade letak dalam gamba kat atas tu.

Percent untuk setiap kategori:-


  • NEC 50%
  • EDU 5%
  • LTSS 10%
  • FFA 5%
  • PLAY 10%
  • GIVE 10%
  • PARENTS 10%


So katalah gaji anda RM10,000 ( sila sebut aamin )..

👉🏻 RM5000 masuk tabung NEC (byr bil)
👉🏻 RM500 untuk EDU (beli buku)
👉🏻 RM1000 untuk LTSS ( beli rumah)
👉🏻 RM500 untuk FFA ( insurans, emas, saham)
👉🏻 RM1000 untuk PLAY (melancong)
👉🏻 RM1000 untuk GIVE (zakat, sedekah)
👉🏻 RM1000 untuk parents.

tapi camana ni Ana, NEC saya dah lebih 50% ni???

Takpe-takpe..kita jadi kreatif, kurangkan percent kat tempat-tempat lain, contohnya untuk tabung PLAY tu, boleh reduce kan sikit.

Lepas tu kita kena la KONSISTEN buat..macam Ana takde gaji dah kan, walaupun duit untung dapat RM50 ringgit je tetap kena bahagi-bahagi jugak..yang penting buat jangan tak buat..50sen pun letak dalam jar tu pun takpe.

Sebenarnya sangat lah lebih elok kalau kita ada tabung 7 balang kat umah, terus letak duit dalam tu, tapi disebabkan Ana ni selalu tak melekat kat umah. Jadi risau jugak nak simpan cash dalam umah kan. So duit untung berniaga Ana letak dalam akaun tabung haji. Susah dah nak usik. Cuma Ana akan rekodkan lah berapa jumlah terkumpul setiap tabung dalam buku.

Tapi bila Ana tibe-tibe rasa nak beli tudung ke, Ana refer la kat buku tu. berapa ada dalam tabung PLAY Ana, kalau cukup ana keluarkan la duit dari tabung haji tuu..

Haaa mudahkan..kadang-kadang terlebih jugak belanje tu..tapi at least kita ada guideline..dah terlari sikit dari plan pastu boleh la cepat-cepat bertaubat...

Tobattt tak buat dah..✋🏻✋🏻.

Hihi itulah saje perkongsian pada hari ini. Nak masuk Shaklee tak? Best tau Shaklee, macam-macam boleh belajar 😊


#TsunamiShaklee
#Konsep7Jars
#PengedarShakleeKuantan