PART 1 : Minggu "B" dan permulaan huruf Hijaiyah.

Assalamualaikum..

Tamat sudah minggu ke 2. Cabaran semakin meningkat, tapi alhamdulillah, berkat pertolongan dari Allah saya masih lagi bertahan. Mujurlah ada suami yang menyokong, saya kurang di sini, suami tolong di sana. Terima kasih suami.Semalam saya ada menonton video dari Dr. Azizan di facebook.Berkenaan mencari ilmu. Terasa juga kat hati ni, sebabnya kata beliau nak jadi orang berjaya kena keluar cari ilmu, menuntut dari yang lebih baik. Betul jugak, saya ni mendidik anak sendiri je di rumah, berpandukan bacaan di blog. Playgroup bersama ibu lain pun tak penah ikut. Lepas ni kena usaha lah nampaknya, cari masa dan peluang nak bersama-sama orang berilmu.Nak anak jadi orang berilmu, ibu pun perlu berilmu jugak kan.

Berbalik kepada topik.Minggu ni saya dah bermula mengajar huruf Hijaiyah untuk anak syurga saya ni. Mula-mula puas juga nak pikir, apa nak bagi contoh benda untuk huruf Hijaiyah ni. Ibunya pun tak reti berbahasa arab. Kamus Arab pun belum beli lagi. Last-last saya pikir takpelah, ajar dlu huruf tu, fokus dulu nak bagi Zharif mengenal huruf dan membaca dulu. InsyaAllah lepas ni ibu cuba sikit-sikit belajar bahasa Arab. Nanti boleh lah ajar Zharif. Ok, jom tengok aktiviti-aktiviti Zharif untuk Minggu ke 2.


1. "B" BOOK 
Untuk buku ni saya gunakan kertas lukisan dan lukis benda yang bermula dari huruf B. Aktiviti ni Zharif tak involved sangat pun, sebabnya kalau anak saya ni belum pandai warna dalam garisan lagi. Nanti benda yang saya nak tunjuk tu tenggelam pulak dalam warna dia buat tu. Jadi aktiviti ni adalah aktiviti tunjuk dan sebut sahaja. Untuk tambah vocabulary.




2. COLOUR THE BOAT
       
Hihi. Takdelah boat sangat. Sepatutnya tu Ship. Tapi saya jumpa gamba ni dalam buku mewarna dia. Saya guna je la sebagai Boat. Dan suruh Zharif warnakan guna brush dan water colour.Ha ni la yang saya maksudkan Boat tenggelam dalam warna ni. Apela agaknya imaginasi dia masa ni.





3. PASTE THE STICKER.

Huruf B atas tu, saya buatkan sticker yang saya lukis benda-benda yang bermula dari huruf B, dan suruh dia tampal dalam huruf B tu. Dan yang bawah pula saya lukis gambar Bus, dan suruh Zharif tampalkan sticker yang mempunyai huruf B besar dan kecil. Sambil tu jangan lupa tanya dia ya. Huruf apa ni sayang?..Kalau anak tak pandai cakap lagi, kita la yang kena sebut pada dia.Saya jugak dah suruh Zharif menulis ikut garisan huruf B kat bawah bas tu. Untuk menulis ni saya google dulu bagaimana mengajar anak untuk pegang pensel. Anda boleh baca disini. Lepas tu boleh la cuba suruh anak cuba atas kertas kosong dulu ya.








4. SIX BLUE BIRDS

Pada minggu A lepas saya ada menceritakan pasal anak saya yang belum kenal semua nombor.Jadi minggu ni saya pilih no. 6.Untuk aktiviti colour tu, saya yang colourkan, dan tulis no 6 di bawah tu, Zharif yang buat. Semua bird tu pula sengaja saya cari di google expression yang berbeza. Sebab lepas tu boleh saya tanya, " Which bird is angry? Which bird is winking its eye? Which bird is happy?" ( boleh tekan Minggu A di atas tu untuk ke page Minggu A)



5. BEAR AND BOTTLE PREPOSITION
Kalau anda tanya saya, saya akan cakap aktiviti ni was a total disaster.Hihi. sebabnya anak saya tak berminat langsung dan bila saya tanya jawapannya salah. Saya rasa mungkin belum masanya lagi saya ajar preposition ni.Takpelah, saya bagi dia conteng dan tulis. Lain kali boleh ajar lagi.Saya juga tunjuk video di youtube untuk preposition ni.Lagu ni Zharif suka.Boleh klikdisini.



6. BUG ART
Saya dapat idea ni dari fbHomeschooling Genius Syurga. Dalam file di situ ada printable pdf untuk bug ni. Tapi, sebab rumah saya takde printer saya buat sendiri bug dari kotak lama. Untuk stapler kotak tu saya buat sendiri. Zharif pula tolong gunting kertas warna dan tampalkan pada kotak.Gunting tu saya pegangkan kertasnya, dan anak saya gunting ikut garisan. Lepas tu lekatkan sticker dot hitam tu.Saya warnakan sahaja sticker dot tu dengan marker hitam. Saya juga buat daun berlainan warna sebagai makanan bug. Seterusnya boleh la suruh begini "Zharif, bug is hungry, he wants to eat RED leaf". Untuk anak yang belum kenal warna, aktiviti ini pun boleh ajar tentang warna.


Alamak, banyak lagi gambar nak di masukkan ni, untuk mengelakkan page ni load sangat lambat untuk buka sebab banyak sangat gambar, saya buat page ke 2 pulak ya. Teruskan membaca ya, banyak lagi aktiviti untuk perkongsian bersama anda.

Baca seterusnya :
PART 2 : Minggu "B" dan permulaan huruf Hijaiyah.

Nak dapatkan idea homeschooling timetable klik di sini



No comments:

Post a Comment