Assalammualaikum wbt.

 


Semalam tengok video pasal Doa.
.

Nak doa konfem makbul?

1) Yakin Allah makbulkan. Semuanya mudah dan senang di mata Allah. 

Ibarat kita lihat seorang kanak-kanak menangis terpekik terlolong nak kan crayon, sedangkan dalam beg dia ada beribu-ribu crayon lagi, kita mesti tergelak melihat dia. Apela crayon pun nak nangis. Bukan ape pun crayon tu..Begitulah Allah melihat doa-doa kita. Semuanya boleh diberinya dengan sekelip mata.
.

2) Doa dengan penuh pengharapan. Betul-betul mintak. Jangan ada rasa "mesti tak dapat ni" langsung. 
.

3) Jangan doa dengan teks. Yang dah bertahun-tahun pakai. Sampai hilang rasa fokus. Sebab dah hafal.
.

4) Doa benda yang buat hati kita bergetar. Sampai menangis. 

Dia cerita, ada seorang perempuan, tawaf 70 kali kat kaabah. Mintak didatangkan jodoh. Sampai ke 70 kali tawaf, kaki dia dah sakit-sakit, dia berdoa, " Ya Allah, datangkan jodoh aku. Aku nak berumah tangga ya Allah. Kalau dah tak ada sesiapa lelaki dalam dunia ni, kau turunkanlah seorang malaikat untuk ku, jadikan dia lelaki, nescaya aku akak kahwini dia"
.

Dan selepas itu dia berjumpa dengan lelaki sangat baik untuk berkahwin dengannya. Btw jangan tawaf 70 kali. Ustaz tu kata jangan! 
.

5) Doa spesifik. Doa apa yang anda mahu. Doa yang besar-besar.
.

Jangan doa Ya Allah berikanlah aku kerja yang baik. Doa Ya Allah berikan aku pekerjaan yang buat aku dapat beli kereta Ferrari!

Jangan doa Ya Allah luluskan aku dalam exam. Doa Ya Allah jadikan aku antara pelajar-pelajar hebat dalam result exam kali ni..

Bila kita doa besar, kita yakin kuasa Allah tu besar. Dia akan bagi kita serba serbi besar. Takla bermaksud barang je. Boleh doa ya Allah berikan aku kekayaan supaya aku boleh tolong umat palestin susah kat sana tu.
.
 


6) Perbaiki amalan. 

Dah nak mintak dari Allah. Tapi tanak melobi Dia. Solat awal waktu. Banyakkan berzikir dan berselawat.
.

7) Hubungan dengan manusia.
.

Kita tak boleh puas hati semua orang. Jangan berbuat kejam sesama manusia sudah lah. Yang lain tu bersangka baik je. Jaga yang paling utama, hubungan dengan ibu bapa, pasangan, dan anak-anak. Doa mereka untuk kita takkan dihisab.
.

8) Banyakkan bersedekah.

Ni janji Allah. Banyak sedekah Allah ganti dengan yang lebih baik. Niat baca Al-Fatihah untuk ibu bapa pun sedekah tau.
.

9) Doa waktu mustajab.

Bila tu?
- selepas azan, sebelum iqomah
- sewaktu sujud terakhir.
- selepas solat.
- sewaktu bermusafir.
- bulan ramadhan.
- lailatulqadar.
- eh ada macam-macam lagi kan? Lupa dah awak..
.

10) Bersangka baik
.

Kalau Allah belum bagi, maka belum masanya. Bukan Allah tanak bagi. Jangan putus asa cepat sangat. Yakin Allah mesti bagi. Cepat atau lambat, Allah Maha Mengetahui.
.

10 tips. Ke ade lagi? Ada sesiapa nak tambah??
.

#JomDoa


Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor
Semalam Ana turun Sepang dari Kuantan..

Plannya nak jumpa 2 anak business dan sorang baru daftar nak bagi tumbler. Tapi sorang anak biz ada hal tak boleh jumpa. Tapi tak apa, Allah tu sebaik-baik perancang. Mesti ada hikmah disebaliknya. 

 

Ana bawak baby 11 bulan sekali. Sebab dia menyusu badan. Ayahnya ada kerja, tak boleh nak tinggal.

Tapi sebenarnya semalam risau sangat kat baby. Sebab cuaca panas. Asyik keluar kereta masuk kereta. Kejap aircond kejap berpanas. Ana sendiri pun tak tahan. Nak angkat muka pun dah tak boleh masa jalan tengah panas tu. Dalam hati, Ya Allah, tolongla jaga anak aku ni. Jangan la dia demam esok. Pastu dah la dia tak nak tidur-tidur. Budak ni tak reti penat ke pulak..

Sebelum pergi semalam ana dah siap-siap telan Bcomplex, Vita-Lea dengan Vitamin C dah macam biasa. Tapi balik semalam rasa haus sangat. Terus buat air Performance Drink. Dekat-dekat nak tidur tu pulak telan Ostematrix. Sebab kaki dah sakit berlari mengejar flight, akak check in lewat. (kihkihkih)

Alhamdulillah, syukur, bangun pagi ni kurang rasa sakit kat betis tu dah. Baby Ana pun takde simptom nak demam. Ceria je pagi ni main ngan abang dia macam biasa.

 
dengan anak biz cawangan sepang. dedicated sungguh

Lepas ni nak buat macam ni lagi tak? InsyaAllah. mesti buat lagi. Sebab Ana take business Shaklee very seriously. Ini bukan bisnes geli geli lagi.

Sesiapa nak join business dengan Ana bagitahu je tau. Ana akan bersungguh-sungguh turunkan ilmu yang senior-senior bagi kat Ana ni. Lepas tu terpulanglah korang nak buat ke tanak buat.

Ohh sorry beb. Ni bukan multi-level goyang kaki duit bonus masuk mencanak-canak. Ni business bermentor. Apa mentor buat kita buat. Apa mentor amalkan kita amalkan. Kalau down mintak tolong mintak semangat kat mentor.

Kau buat kau dapat. Kau tak buat suka hati ko lah, kau yang rugi. Mentor tak rugi pape pun. Sebab kami percaya, turunkan ilmu itu adalah usaha, dan setiap usaha pasti Allah beri ganjarannya, walaupun bukan melalui kamu. 😊😊😊

Nak join Ana? Hubungi terus Ana di 013-2907540, atau
tekan link ini www.wasap.my/60132907540, atau
email ke raihanazafril@gmail.com

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt.

Anneyongsayoo...Arini tiba-tiba husband bagitahu, " Yang, abang kena g Miri Jumaat ni, sampai ari isnin" ... Whattttt.. Sabtu ni dah la hari first berpuasa. Alahai, tak dapat sambut puasa sama-sama la ni. Sobs sobs. Tapi nak complaint ape kan. Ade orang takde keje pulak. Ana suami keje patut syukurrr alhamdulillah. Hihi. So disebabkan lusa dia dah nak ke Miri, husband ajak la pergi makan best-best sikit. Esok dia dah nak hantar kiteorang g balik kampung, sambut puasa dengan mak je kat sana.

 

So Ana pikir punya pikir, makan Secret Recipe, dah bosan nak makan kek-kek tu. Nak g KFC McD pun tak lalu. Tiba-tiba teringat pulak Seoul Garden Hotpot kat East Coast Mall tu. Haah tak pernah pergi situ. Boleh la kot kali ni rasa pulak. Husband pun ON  je. Layankan ajela bini die ni..Hehe..

Dulu masa Ana belajar Ana ade pergi try Seoul Garden dekat One Utama. Tapi Seoul Garden yang buffet tu la. Buka puasa ramai-ramai dengan kawan kolej. Tapi sebab kiteorang kali ni dah ada anak, tak kuasa dah la kiteorang nak berbuffet-buffet ni lagi. Kang buffet ke mana, anak ke mana, pastu stail kene grill sendiri pulak. Kang bukan daging tu yang grill, tangan anak aku kene grill. Hahaha..Hish Nauzubillah.

Seoul Garden Hotpot ni bukan grill-grill sendiri tu. Dia ala carte stail, yang menyediakan rangkaian makanan-makanan Korea. Macam-macam ada, Bimbimbap ada, stir Fried noodle glass ada, nasi lauk-lauk panas ada, dimsum ada. Macam-macam la. Semua resipi dari Korea.

Harga pun takde la mahal sangat. Start dari 16ringgit camtu la untuk Bimbimbap tu. Bagi Ana sekali sekala nak merasa agak affordable lagi. Kalau Seoul Garden biasa kan kira ikut kepala. Rm60+ camtukan sorang. Kalau anak ramai, memang tak affordable langsung la kot.


Lepas tengok-tengok menu tadi Ana order bimbimbap daging dan teh ginseng dengan kurma merah, husband pulak order nasi putih dengan ayam goreng kimci. Review untuk Seoul Garden Hotpot Kuantan ni so far service okay la. Cepat, kedai pun bersih, mesra pelanggan gitew. Nora bagi, 4 bintang..😁😁

husband order nasi dan ayam goreng kimchi 




bimbimbap daging




teh ginseng dan kurma merah 

Rasa dia, erm sedap, boleh makan, tapi Ana rase macam kurang pedas la. Taktahu la memang makanan korea tak pedas..(tapi tengok cerita korea tu macam pedas je)..atau dia dah ubah jadi kurang pedas bila datang Malaysia. Kuantiti pulak, Ana rase memang untuk sorang makan je la, takleh share, nanti tak cukup. Kahkahkah.

Itu jelah nak cerita pasal Seoul Garden HotPot di East Coast Mall Kuantan. Everything was fine and smooth jer. Hehe. Oh ya, Ana pengedar Shaklee Malaysia tau. Dan kalau di Kuantan Ana boleh buat COD. Cash On Delivery ye bukan free delivery. Minyak akak kene isi jugak. 😂😂

Boleh hubungi Ana di talian ini 013-2907540, atau
tekan link ini www.wassap.my/60132907540, atau
email pun boleh ke raihanazafril@gmail.com

Kamsamhamidaa 👋🏻👋🏻

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt.

 

Pernah tak rasa rezki macam sangkut-sangkut je.. Fina pernah. Dan especially yg buat biz akan lebih senang nak rasa. Sama ada rezki mudah masuk atau pun sangkut-sangkut.

Dalam keadaan mcm ni kita jangan pandang salah orang lain. Pandang diri kita je. Pasti ada sesuatu yang perlu kita perbetulkan supaya rezki kita mudah masuk dan diberkati. Kadang Allah tarik rezki supaya kita ingat dan kembali pada Dia. Pasti ade hikmah disebalik apa yang Allah takdirkan untuk kita. Selalu la bersangka baik. Cuba positif kan diri.

Ade 5 perkara yg kita perlu buat sebagai tanda taubat dan syukur kita padaNya..

1. Istighfar dan solat sunat taubat.🍁

– dosa2 kita juga boleh menjadi batu penghalang kepada rezki kita.. selalu la istighfar kerana kita hanya manusia yg mudah melakukan kesilapan. Rendahkan diri kita sebagai seorang hamba yg penuh dengan dosa. Mohon keampuanan pada Allah dengan sesunguhnya..

– dalam Alquran juga disebut, sesiapa yg memohon ampun pada Allah, akan datang jalan keluar kepada masalahnya dan Allah akan beri rezki dari arah yg tak disangka-sangka.

2. Syukur dengan nikmat yg kita ada skrg..🍁

– Bila ada masalah atau tak dapat rezki seperti yang kita minta, kita seolah-olah lupa akan nikmat Allah pada kita selama ni. Padahal terlalu banyak perkara yang perlu kita syukuri yg Allah dah beri selama ni.. paling kita tak sedar Allah beri nikmat dan tak tarik balik dari kita..Allah..

– jadi banyakkan bersyukur kerana nikmat Allah pada kita tidak terhitung banyaknya. Bila bersyukur hati kita akan lebih tenang dan membuka pintu rezki untuk masuk dgn mudah..dan ketahuilah makam syukur itu lebih tinggi dari makam sabar..

3. Perbaiki solat dan solat awal waktu.🍁

– Siapa yg menjaga solat, Allah akan menjaganya.. Allah akan beri dia kejayaan di dunia n akhirat.. Solat akan menjadikan seseorang itu dekat padaNya. Bila perkara paling penting kita jaga dengan sehabis baik in shaa allah pasti rezki dan hidayah Allah mudah untuk datang..

4. Berbuat baik pada ibu bapa.🍁

– Rezki kita juga boleh sangkut-sangkut jika kita tak jaga hubungan kita dgn ibu bapa..tengok bagaimana nada kita bercakap dengan mak. Adakah kita mengembirakan mereka.. kalau boleh call mak hari-hari dan tanya khabar
- doakan mereka (mak ayah kita)  bagi yg masih hidup atau meninggal dunia. Kerana doa itulah tanda kasih syg kita pada mereka..bila hubungan dengan mak ayah kita baik, pastinya mudah utk kita dpt rezki yg baik juga..

 

5. Sedekah.🍁

– dah ramai yg tahu dasyatnye kesan sedekah ni pada rezki kita.. ia menyucikan harta kita dan mengundang rezki yg barokah. Sedekah yg Allah suka adalah yang berpanjangan walapun sedikit..

– setiap hari sedekah la semampu yg mungkin. Cuba jadikannya amalan harian kita.. cuba sedaya upaya menjadikannya amalan wajib kita setiap hari. Pastinya lebih mudah rezki utk masuk dan berkembang..


Sekian dari Ana, semoga kita sama-sama cuba perbaiki diri kita agar Allah menjadikan hidup kita lebih barokah dan penuh kasih syg..❤

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt..

Sapa pernah makan nasi daging angkat tangan? Ahha.. Sebenarnya kan Ana langsung tak pernah makan nasi ni. Selalu tengok sepupu Ana update facebook je mak dia masak Nasi Daging. Tapi Ana tak pernah rasa. Obviously, Nasi daging ni bukan resipi dari Johor la kan. Sebab tu Ana tak pernah nampak mak Ana masak. Kah Kah Kah.

Mak long Ana asal Penang. So Ana suspek resipi ni dari Penang la kot. Kebetulan aritu resipi ni lalu kat news feed Ana. Tengok gamba, hurmmmm macam sedap je ni. Siap makan dengan air asam lagi. Ana dah la suka masam-masam pedas ni. Daging pun ada dalam peti, boleh la kot nak try tu kan.

 
sumber resipi : Facebook Resipi Viral

Jadi bermulalah sesi berpeluh- peluh di dapur. Resipi dari facebook Resipi Viral ni guna 5 pot beras. Tapi Ana buat 3 pot je. Sape la nak makan banyak-banyak tu nanti. 3 pot ni pun dah banyak sangat dah. Boleh makan sampai ke malam. 

| Nasi Daging Yang Sedap |

Bahan-bahannya 
  • 1/2 kg daging direbus sampai empuk
  • 3 cawan beras basuh dan toskan
  • 1 sudu rempah kurma Adabi
  • 1 sudu besar butter
  • 2 sudu besar minyak masak 
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • sebiji tomato besar
Bahan tumis 
  • 1 ulas bawang besar dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1/2 inci halia dihiris halus
  • 2 kumtum bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • 2 buah pelaga

Cara - caranya;

  1. Panaskan minyak dan butter .
  2. Tak payah tunggu butter larut sepenuhnya pun boleh masukkan bahan-bahan tumis.
  3. Bila dah naik bau wangi, atau nampak bawang dah caramalized (hangus) sikit boleh masukkan rempah kurma.
  4. Serbuk ni cepat hangus sikit jadi kecil kan api dan kacau- kacau.
  5. Bila nampak minyak dah naik sikit, boleh masukkan beras, dan daging yang dah dipotong-potong halus.
  6. Ratakan rempah pada nasi.
  7. Sekarang masukkan air rebusan daging, 2 1/2 cawan air rebusan daging, 1/2 kiub pati ayam dan 1/2 cawan susu cair. Ana masak ni guna beras wangi, air memang kene cukup-cukup je, kalau tak nasi lembik, kalau beras biasa kena tambah air lagi rasanya, kang keras pulak.
  8. Masukkan garam secukup rasa, dan tomato yang dah di potong 4.
  9. Boleh tutup api dapur dan letak dalam electric rice cooker.
Ok cop. Nak citer pasal rice cooker ni. Tadi duk masak nasi tu, suis dia dah jentat dah, tapi bila Ana bukak penutup dia air belum kering dan nasi masih mentah lagi. So apa Ana buat, gaul-gaulkan nasi tu ( bawah dah masak atas belum) pastu letak balik atas api gas. Tapi, api gas tu yang paling slow tau.

Bila air dah kering, gaul sekali lagi, baru Ana letak atas rice cooker balik, biar die heat sampai air betul-betul kering. Alhamdulillah masak semua lepas tu. Cuma ada kesan terbakar sikit la beras paling bawah, tapi tak sampai pahit lagi.

Boleh hiaskan nasi dengan bawang goreng dan daun sup. (Tapi Ana tak buat pon. kohkohkoh).

 

| Air Asam Kerisik |

Tumbuk bahan- bahan berikut:-
  • Cili kampung 3 batang
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 inci belacan tapi Ana ganti 2 sudu sos ikan thailand tu.
  • 1 sudu kecil asam jawa
Potong kiub bahan-bahan berikut :-
  • Tomato
  • Timun
  • Bawang merah
  • Cili kampung
Satu kesemuanya bahan-bahan, tambah air rebusan daging tadi kalau ade lebih, atau guna air biasa pun boleh. Lepas tu masukkan 1 sudu kecil kerisik. Rasa la kalau tak cukup garam ke, tak cukup manis ke, pandai-pandai adjust sendiri.

Air asam kerisik ni pun Ana first time makan. Tak pernah makan air asam letak kerisik. Selalu kerisik letak dalam rendang je kan. Sedap rupanya...nyum nyum.

Ok kenyang sudahhh. Lepas ni kene telan 3 biji Omega Guard. Kasi buang semua itu kolesterol. Hua hua hua hua.
Nak beli Shaklee boleh hubungi Ana keh 😊😊


Raihana Abdul Aziz
ID 1220093
Shaklee Independant Distributor Malaysia 
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt.

Selepas pulang dari pickup anak di sekolah, jalan pulang ke rumah pasti akan bertemu dengan lampu isyarat. Salah satu lampu isyarat tu, memang lama sungguh. Ada la nak tunggu sampai 10 minit. Baru la giliran kita yang jalan. Tiba-tiba, sambil lihat-lihat kawasan sana sini, adalah sebuah kereta BMW X6 kaler maroon sama-sama beratur sebelah kereta kita.

Dalam hati terus cakap 
" Cantiknya kereta ni. Memang kereta impian. Bila la nak dapat?..."
" Ahhhhh..tak mungkin lah dapat pakai. Gaji berapa sangat. Kalau pakai kereta ni, mahu makan pasir aku hari-hari "

 

image : google 

Familiar dengan dialog kat atas tu? Nahhh... tak payah nak menipu. Mesti ada hari-hari yang kita akan berdialog macam tu. Tengok kereta mewah ke. Tengok rumah besar macam istana ke. Mesti adalah. Pastu akan rasa, huuu.. aku tak layak. Dia takpelah, ada business. Dia takpelah, laki dia kaya. Mak dia sultanah kat Turkey, Atok dia dulu adik beradik Parameswara.

Hahaha.. ok itu over sangat.


Tapi tak dinafikan. Ana juga salah seorang yang berperangai macam ni dulu. Dulu Ana ni suka cakap kat diri sendiri. Alaaaa, aku ni bukan pandai pun. Cakap mat salleh pun tergagap-gagap. Tak mungkin jadi orang ada-ada. Bila nak exam dulu pun asyik la cakap. Takkan pass punya la. Banyak gila tak tahu. Mulut tu...TAK MUNGKIN, TAK MUNGKIN, TAK MUNGKIN!
Ana rasa cakap camtu mcm rendah diri. Konon- konon tanak belagak la kan. Tapi sekarang baru la Ana tahu, apa Ana cakap tu sebenarnya SABOTAJ diri sendiri. Tapi yang sebenarnya, bila kita cakap mende tak elok je kat diri kita, sebenarnya kita tak percaya yang Allah tu Maha Adil.

 
image : google

Kenapa?

Sebenarnya Allah bagi kita peluang yang serupa. Kalau kita nak jadi apa yang kita nak jadi, peluang tu ada, jalan tu ada, tak kira la kite ni anak orang kaya ke, anak orang miskin ke.Tapi tentulah jalan tu tahap mudah susah dia lain- lain setiap orang. Ade orang tahap susah dia takde duit banyak, ada orang tahap susah die konfiden level rendah. Semua ada susah senang masing-masing. Tapi tak bermakna kita tak boleh capai ape yang kita nak.

 Jadi lepas ni jangan dah sabotaj diri sendiri.

Kalau terlintas kat kepala kita tiba-tiba, "aku rasa nak pegi oversea la tahun ni" ,  pastu ada pulak terlintas "mane aku mampu, duit aku sikit je", cepat-cepat sebut Nauzubillahiminzalik.

Bila hajat kita terlintas kat kepala kita pun atas izin Allah. Maksudnya Allah nak bagi lah tu..Doa la mintak dari Allah, " Ya Allah, aku rase nak jalan g obersea sangat, camana aku nak buat Ya Allah, boleh tak kau tunjukkan jalan?"

Dan percayalah, Allah mesti bagi. Lambat atau cepat. Bila kita dah ready. Allah kan sayang kita..❤️❤️❤️.

 
image : google

Ikhlas;
Raihana Abdul Aziz,
Shaklee Independant Distributor Malaysia,
ID 1220093 
raihanazafril@gmail.com
Assalammualaikum wbt..

KONSEP 7 Jars.

 

Hai semua.. baru-baru ini Ana ada belajar satu TIPS MENGURUSKAN KEWANGAN yang baru dari senior-senior Shaklee.Nama tips yang depa ajar kat Ana ni adalah menguruskan wang dengan konsep 7 jars ( jar tu balang kan dalam bahasa? 🤔)

Apa itu konsep 7 jars?

Ada seorang motivator dekat Canada nama dia T Harv Eker mencipta satu konsep untuk menguruskan kewangan, dengan menggunakan 6 Jars. Tapi abang-abang dan kakak-kakak Shaklee telah pun menambah satu lagi jar untuk konsep ini, dan memberi nama Konsep 7 jars. 

Setiap jar tersebur diberikan dengan nama-nama berikut ;-

1. NEC (necessity) - tabung untuk keperluan dan belanja harian seperti makanan dan bil rumah.

2. EDU (education) - tabung utk pembelajaran, buku dan kelas business .

3. LTSS (long term saving for spending) - tabung untuk sesuatu besar belanjanya contohnya rumah, aset lain.

4. FFA (financial freedom) - tabungan utk hari tua bila kita dah tak kuat dan dah tak mampu cari duit

5. PLAY (leisure) - tabung utk buat apa yg kita suka, macam travel atau hobi mengumpul tudung cantik ke 😁.

6. GIVE (charity) - tabung untuk kebajikan, sedekah jariah.

7. Parents (tambahan) - tabung untuk parents lah..wajib ni.

jadi apakah saranan En T Harv ni?.. Saranannya setiap kali gaji kita masuk, Duit gaji terus di bahagikan mengikut percentage-pencentage yang ana ade letak dalam gamba kat atas tu.

Percent untuk setiap kategori:-


  • NEC 50%
  • EDU 5%
  • LTSS 10%
  • FFA 5%
  • PLAY 10%
  • GIVE 10%
  • PARENTS 10%


So katalah gaji anda RM10,000 ( sila sebut aamin )..

👉🏻 RM5000 masuk tabung NEC (byr bil)
👉🏻 RM500 untuk EDU (beli buku)
👉🏻 RM1000 untuk LTSS ( beli rumah)
👉🏻 RM500 untuk FFA ( insurans, emas, saham)
👉🏻 RM1000 untuk PLAY (melancong)
👉🏻 RM1000 untuk GIVE (zakat, sedekah)
👉🏻 RM1000 untuk parents.

tapi camana ni Ana, NEC saya dah lebih 50% ni???

Takpe-takpe..kita jadi kreatif, kurangkan percent kat tempat-tempat lain, contohnya untuk tabung PLAY tu, boleh reduce kan sikit.

Lepas tu kita kena la KONSISTEN buat..macam Ana takde gaji dah kan, walaupun duit untung dapat RM50 ringgit je tetap kena bahagi-bahagi jugak..yang penting buat jangan tak buat..50sen pun letak dalam jar tu pun takpe.

Sebenarnya sangat lah lebih elok kalau kita ada tabung 7 balang kat umah, terus letak duit dalam tu, tapi disebabkan Ana ni selalu tak melekat kat umah. Jadi risau jugak nak simpan cash dalam umah kan. So duit untung berniaga Ana letak dalam akaun tabung haji. Susah dah nak usik. Cuma Ana akan rekodkan lah berapa jumlah terkumpul setiap tabung dalam buku.

Tapi bila Ana tibe-tibe rasa nak beli tudung ke, Ana refer la kat buku tu. berapa ada dalam tabung PLAY Ana, kalau cukup ana keluarkan la duit dari tabung haji tuu..

Haaa mudahkan..kadang-kadang terlebih jugak belanje tu..tapi at least kita ada guideline..dah terlari sikit dari plan pastu boleh la cepat-cepat bertaubat...

Tobattt tak buat dah..✋🏻✋🏻.

Hihi itulah saje perkongsian pada hari ini. Nak masuk Shaklee tak? Best tau Shaklee, macam-macam boleh belajar 😊


#TsunamiShaklee
#Konsep7Jars
#PengedarShakleeKuantan

Assalammualaikum wbt.



Arini Ana share resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka. Husband Ana ni memang suka makan ikan tenggiri. Selalu kalau ke pasar tu memang itu la ikan yang selalu dibeli nya. Ikan tenggiri memang la sedap, tapi kalau dah hari-hari nak masak ikan tenggiri memang pening kepala dibuatnya.Yang selalu ulang-ulang masak, kari ikan, sambal ikan tenggiri, ikan tenggiri goreng bercili, dan kalau suami Ana tak balik makan nasi, dapat la Ana masak Singgang Ikan Tenggiri. Tapi husband memang tak suka resipi rebus-rebus ni. Dia suka goreng-goreng pedas baru dia nak makan. 😒

So arini Ana masak ikan tenggiri goreng cuka. Resipi ni Ana dapat dari blog masakan kegemaran Ana la. Blog Azie Kitchen. Blog Azie Kitchen ni antara blog yang Ana selalu refer jugak la bila nak memasak. Sebabnya hasil resipinya tu tak mengecewakan. Selalu sedap je la. Tapi of course, ada ubah-ubah sikit. Ikut kesusaian bahan yang ada kat rumah.😁

Resipi Ikan Tenggiri Masak Cuka ni pun Ana memang ubah sikit. Sebab rumah Ana memang tak ada cuka waktu ni. Cuma ada limau kasturi. So instead guna cuka, Ana guna jus limau kasturi je lah. Masam semulajadi gituee..huahuahua..

Ok ini adalah bahan-bahan untuk Ikan Tenggiri Masak Cuka:
  1. 3 Keping Ikan Tenggiri.
  2. Sebiji bawang besar di hiris.
  3. 2 Ulas bawang putih di hiris.
  4. 11 biji cili di hiris.
  5. 1/2 inci halia di hiris.
  6. Lobak merah di potong panjang halus.
  7. Lada benggala di potong panjang-panjang.
  8. Cili hijau besar di hiris.
  9. Putik Jangung di hiris.
  10. 1 sudu sos tiram.
  11. 2 sudu sos ikan. 
  12. Garam secukup rasa.
  13. 5 biji limau kasturi diambil jusnya.


Sebenarnya pilihan sayur tu ikut masing-masing nak letak sayur apa. Nak tambah tomato, kacang panjang, atau cendawan tiram pun boleh. Ikutla selera masing-masing. Dah itu je yang ada kat rumah. Tak kuasa pulak nak ke kedai nak beli barang-barang. Ana suka resipi n lagi satu sebab sayur dah masuk kan sekali. Jadi takde la nak bersusah payah masak sayur lagi kan. Sekali masak siap dah.hehehehe.


Cara menyediakan Ikan Tenggiri Masak Cuka.
  1. Gorengkan ikan tenggiri dengan serbuk kunyit dan garam sampai masak.
  2. Angkat dan ketepikan ikan tenggiri tadi, kala minyak dalam kuali tu banyak sangat boleh kurangkan enjadi 2-3 sudu minyak je.
  3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kecil sehingga layu.
  4. Dah agak macam ada naik bau harum sikit tu, masukkan 1/4 cawan air dalam kuali.
  5. Kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan. 
  6. Masukkan ikan tenggiri tadi bersama dengan semua sayur-sayur pilihan korang.
  7. Kuat api sedikit. Sambil kacau-kacau dan tunggu sayur semua agak layu sedikit.
  8. Slowkan api, rasa sikit, kemudian boleh tambah garam kalau tak cukup masin. (Sos ikan ni agak masin, jadi kena berhati-hati semasa masukkan garam)
  9. Agak dah ok boleh la siram air limau kasturi dalam lauk tu. Kacau-kacau sikit, dah siap.

Mudah je kan? Ada orang akan letak gula sikit. Atau pun serbuk perasa. Ikutlah, selera masing-masing. Lepas ni dah boleh makan dengan nasi panas-panas. Ada rasa masam, pedas, dan juga masin sikit.Yummehh..



Selamat Mencuba ya. Jangan tak cuba pulak! (^_^)

Nak dapat kan Vitamin dan Produk Shaklee? Hubungi Ana di 013-2907540


Assalammualaikum wbt..


tengah beratur untuk sesi autograph dan bergambar

korang sah baca event BLNC 18hb tu? Kalau belum klik SINI k..

Kali ni event 19hb Feb 2017 pula...event pasal Landmark Study Road Tour..kali ni dapat la Ana g..sebabnya Ana belum lagi supervisor masa ni...sobs sobs..tapi takpe..Ana usaha ni! usaha usaha..kalau boleh nak jadi coordinator terus hujung tahun ni..wawawawa..aminn..😊😊.

Korang tahu kan Landmark Study? kalau tak tahu mintak tolong la baca kat SINI dulu. Baru la paham apasal Dr Bruce Daggy buat roadtrip Landmark Study ni..

Actually honest say memang Shaklee je satu-satunya syarikat yang buat Landmark Study untuk supplement dia. Syarikat lain semua tak buat..huff huff huff...Dan keputusan Landmark Study memang dah cakap, penggunaan vitamin Shaklee selama lebih 20 tahun, kurang mempunyai penyakit. Maksudnya kurang paras kolesterol jahat, kurang bacaan gula, kurang possibility untuk kena penyakit jantung, dan macam-macam lagi lah..

So Mr Bruce Daggy ni datang Malaysia untuk terangkan lagi pasal Landmark Study. Kaedah mereka guna. Buku yang dieorang terbitkan. Barisan saintis yang terlibat. Dan keputusan Landmark Study tu sendiri, diterangkan satu-satu.

It was a great event. Dan ramai juga yang bertanya untuk dapatkan lebih details. Landmark Study ni memang sangat efektif..dan memakan belanja sangat besar tau.  Mr Bruce Daggy tu kata, nak design cara nak buat study tu sendiri sangat la serabut..Yela nak sediakan senarai soalan, nak ambil darah sorang-sorang, analysis lagi..analysis pulak bukan sorang je saintis..kene ada yang lain untuk buktikan kesahihannya. Bukan main syok sendiri je main claim macam-macam kan..But still, only Shaklee done it.

Camana la i tak jatuh hati ❤..ops ~~

Oklah kite enjoy gambar-gambaran pulak ye..

 
ni la mak upline kite..Nisa nama dia

 
sempat selfie dulu...

 
goodies bag yang best 😍😍😍

 
atok Bruce Daggy..tua doh die..tapi cycling lagi ke tempat kerja..kuat dan sihat giteww

 
masa ucapan sedang berlangsung.

Bacaan tambahan :  

Korang tanak join kew kew kew..
Jom la, kalau tahun depan dia datang lagi kite sama-sama okey. 
Kena la jadi ahli Shaklee dulu kalau nak g..
whatapps Ana tau..013-2907450.

email : raihanazafril@gmail.com

Tak kira lah apa agama kita..

Semua agama pun akan suruh kita sentiasa proaktif dan progessif dalam mendapatkan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Ape tu proaktif?
- proaktif ni sentiasa ke depan, lakukan yang lebih baik.
- kau tak jadi, cuba lagi esok, tukar skill, buat sampai jadi.

Progressif?
- sentiasa ada kemajuan..
- takde la buat arini, esok cuti, buat pulak minggu depan, cuti lagi lepas 2 minggu..
- sentiasa tanya diri, apa progress aku arini..apa aku nak capai arini..

Macam ni la semua orang yang berjaya, success dalam hidup dieorang. Kalau tak, memang la kita stuck je kat tempat yang sama..

Jom jadi orang yang proaktif dan progressif..Jadi parents yang proaktif, jadi pekerja progressif, dan yang paling penting jadi HAMBA Allah yang berjaya di dunia dan diakhirat.

Kita tanak la tahu-tahu je umur kita dah 60 dah. Tanpa ada kemajuan apa-apa dalam hidup. Tunggu waktu nak tutup mata je..Sobs..😢

Ade yang nak ke? tanak kan? tanak kan?

 
Mudahnya bersedekah..

Semalam terbaca lagi tentang sedekah by Salam Muslim. Rupanya ada macam-macam amalan boleh dikategorikan sebagai sedekah, antaranya :-

🌸membuat setiap perbuatan dan tindakan bertujuan untuk kebaikkan.

🌸berzikir- sentiasa mengingati kebesaran Allah.

🌸 senyum.

🌸meninggalkan amalan buruk.

🌸 mengajak orang lain ke arah kebaikkan.

🌸menghapuskan, membuang objek yang membahayakan orang lain.

🌸menuangkan air kepada orang yang haus untuk diminum.

🌸 membantu orang kurang upaya.

Mudah je kan. Asalkan kita niat kerana Allah, Allah bagi pahala. Jom kita sedekah banyak-banyak hari ni! 
😊😊😊😊😊😊😊😊

 
Semalam Zharif buat hal...

Ada la sesuatu terjadi, yang membuatkan dia marah dan nangis dan cakap " Zharif tanak kawan ibu, pergi jauh-jauh", sambil jatuhkan botol air..tantrum la pendek kata.

Dan apa ibu buat? Mula-mula pujuk elok-elok, tapi tak berkesan lama-lama ibu pun jadi godzilla.. Menengking Zharif untuk suruh diam kan..Yela ibu nak drive lagi..adik lagi..serabut ibu tengok perangai dia.


.

Tapi dalam buku THE WHOLE BRAIN CHILD ni..cara ibu tu salah..Bila ibu menengking macam tu ibu hanya menambah kemarahan dia dan disebabkan dia tak boleh luahkan perasaan dia, lama-lama dia boleh jadi pendendam..

Selain otak kiri dan otak kanan, manusia juga ada otak bahagian atas, dan otak bahagian bawah.

UPSTAIR BRAIN
- planning
- thinking 
- imagining

DOWNSTAIR
- anger (marah)
- fear (takot)
- blinking
- breathing

 

Bila anak kita tantrum, otak bawah dia sebenarnya dah hijacked otak atas dia, sampai dia tak boleh berfikir lagi, so jadila adengan guling ke, tumbuk2 ke dan sebagainya.

Buku ni bukanlah satu buku manual untuk buat anak kita wise macam orang besar terus, tapi instead kita asyik fokus untuk diam kan saje dia, kita sebagai parents kena tackle masalah dia dengan suruh dia gunakan ke semua bahagian otak dia. Bagi dia exercise kesemua bahagian otak.

So everytime tantrum macam ni terjadi, biar kan dia lepas kan kemarahan dia. Sambil dia marah kita trigger upstair brain dia, contohnya macam ni;

Scene Nak Mainan Tak Dapat:

✖️Menggalakkan downstair brain

Anak : Mommy, Saya Benci Mommy!

Mommy : Kau jangan jadi anak kuang ajar g main jauh-jauh, aku cepuk muka ko kang!

✔️ Menyambungkan downstair brain dan upstair brain

Anak : Saya benci mommy!

Mommy : Marahnya anak mommy. Kamu marah sebab kamu tak dapat mainan power rangers tu ke?

Anak : Ye la. Saya nak power rangers tu. Nanti boleh lawan-lawan.

Mommy : Power rangers tu tak jual hari ni. It's OK kamu marah dan kecewa. Tapi dari kamu nangis-nangis, baik kita pikir sama-sama camana nak buat.
Apa kata kita lukis super rangers balik rumah nanti pastu kita main lawan-lawan sama- sama nak? 

Dengan cara kat atas ni kita tanak dia fokus kat otak bawah je sebaliknya ajak dia naik kat otak atas sekali.

Guna kedua-duanya supaya otak dia lebih matang.

Susah ke nak buat gaisss???
Susah la der.. Kadang-kadang buat 10 kali pun tak tentu lagi boleh tenangkan dia. Betul tak??

Tapi itulah parenting. Nak besarkan anak memang la susah. Kalau mudah maksudnya memang la bukan kita yang besarkan anak tu, kita tengok je orang lain besarkan.

Sebenarnye skill atas tu tak sampai 10% pun buku ni cerita. Macam-macam lagi ilmu dalam buku untuk kita mengenal otak anak kita dan kita sendiri juga.

Ada jugak tantrum anak guna otak atas tau..contohnya guling-guling dalam mall sebab nak beli coklat. Tu die gunakan strategi untuk dapatkan apa yang dia nak. Hebatkan anak kite??

Hahaha..g la kedai buku beli buku ni. Ana dah beli dari Zharif umur setahun. Tapi kena baca balik sebab banyak dah lupa. Tu yang berenang ke lautan hindi tu...

#TsunamiShaklee
#LiveAmazing
#MakMakNakBesarkanAnak

 
Assalammualaikum wbt.

BELI RUMAH ATAU SEWA RUMAH?
==========================

 

Ana dan husband pernah beli sewa rumah..pernah juga beli rumah. Obviously lepas dah kerja la kan..

Student sengkek haram jadah la nak beli rumah..(menyesal tak berniaga dari student, student sekarang semua kaya-kaya)

Awal-awal kami kahwin dulu, kami sewa rumah. Nak masuk rumah deposit 2+1..Sewa rumah masa tu RM550. Jadi deposit masa tu ribu-ribu jugak la..Memang nak masuk rumah bru ni..banyak sangat pakai duit..

Nak beli rak la..set bilik tidur la..tv la..dapur, gas..riban ribannn..tapi nak buat camana kan..menda asas nak tanak kena la sediakan jugak..tu pun set bilik tidur beli lambat sikit..tidur atas kat bawah dulu alas tilam.

Tapi bagusnya menyewa ni, kita takyah pikir pape. Kalau ade rosak ape-ape tu
memang call owner rumah je la..Sebelum masuk rumah pun boleh request suh cat elok sikit rumah tu.

Tapi lama-lama, rase tak boleh blah pulak. Yela, rumah kan kite suka nak cantik-cantik. Tapi kalau menyewa rugi la buat last-last bukan hak kita pun..So kami start la cari-cari rumah nak beli..

Gaji kami masa tu mampu beli rumah flat je. Rumah bawah tak mampu lagi. Tak kisah la kecik ke yang penting umah sendiri. Dan kalau boleh nak umah dah siap..sebab nak duduk terus.

Dapatla second hand house kat subang. Harga beli RM145K masa tu. So buat la apa yang patut. Submit loan bla bla bla..lulus..and dapat la rumah tu. Cuma rumah second ni sebenarnya duit kena standby banyak. Sebab lawyer fee semua kita tanggung. Puluh ribu juga tu. 😪😪

Sekarang rezeki dah bertambah sikit. Husband nak beli umah satu lagi. Dapat rumah bawah pulak. Tapi yang bestnye..kami antara yang terawal mendaftar. Rumah projek belum naik lagi. 

Best rupanya beli rumah baru ni. Lawyer fee free. Pastu dapat hadiah banyak. Dapat aircond la dapat auto-gate la. Kira duit keluar hanya untuk booking je. Takde la macam dulu macam-macam nak kena bayar. 

So kalau orang tanya ape bagus? Sewa ke Beli? Ana jawab memanglah beli lagi bagus. Sebab umah kita sendiri kan. Tapi kalau boleh kumpul duit sikit. Untuk deposit untuk apa-apa fee nanti. Lepas tu nanti nak masuk macam-macam pulak tu nak beli. Kalau boleh elak personal loan..itulah yang terbaik.

Jom la start berbisnes. Untung-untung duit bisnes tu dapat la tampung duit kita nak beli rumah nanti. Atau renovate rumah. Student sekarang pun bagus sangat. Time belajar dah boleh berniaga macam-macam. Ana dulu student menanguk je... Ntah pape.

Nak cari duit dengan Shaklee?

Wassap Ana


#TsunamiShaklee
#LiveAmazing
#PengedarShakleeKuantan

 
Bismillahirrohmanirrahim..Assalammualaikum wbt.

Dah lama sangat dah berhajat nak buat entry ni..Tapi akibat urusan yang banyak sangat lepas balik dari Italy tu, nak pindah rumah baru la..nak mengemas la..nak daftar anak sekolah laa..macam-macam..maka tergendala la nak buat entry ni..hihihihi..

Oklah..buat yang tak mengikuti perkembangan Ana di media sosial ( bajet artis orang nak follow), Bulan November 2016, Ana dan keluarga telah berpeluang ke Negara Italy. Sebenarnya kami tak pernah pun merancang nak ke sana. Rezeki Ana dan anak-anak, suami dihantar untuk berkursus di sana selama 2 minggu.



Bila suami bagitahu dia dapat pergi sana..MasyaAllah..seronok sangat la Ana ni...giler apa tak seronok..first time nak pergi EUROPE ni weh..berkobar-kobar semangat ni..Lagipun sebenarnya masa Ana masih bekerja di MAS dulu, ada juga suami dapat tawaran kursus kat sini. Patutnya sebulan masa tu. Tapi hasrat Ana nak ikut tak dikabulkan. Unpaid leave di reject HR..sobs sobs..sedih sangat masa tu..marah pun ada jugak..Tapi kan..rupanya Allah nak bagi peluang masa Ana dah tak bekerja lagi..Mudah tak yah nak amek cuti bagai dah..kihkihkih..alhamdulillah..

Itulah orang kata, perancangan Allah lebih baik. Sedih ye sedih, tapi kita kena redha ok. Allah gantikan yang lebih baik bila kita redha. (ceewah Ustajah pulak)..

Ana dengan husband tak pernah ke Europe. Tak pernah langsung. So, di dalam kegembiraan kami ni, sebenarnya sara risau jugak. Camana nak ke sana? Dah sampai kena naik bas ke?..Macam mana nak ke hotel?..Macam-macam yang bermain dalam fikiran kami ni..Maklumlah, kami jarang melancong. Pernah juga ke Istanbul, tapi tu pun ada pakcik ikut. Pakcik selalu melancong so senanglah, kami takyah pikir ape-ape sangat.

Dan, sebenarnya nak google payah juga Italy ni. Sebab kebanyakkan entry Ana jumpa semua dalam bahasa Italy. habuk aku tak paham. Ada entry dari Malaysia, tapi mereka banyak berjalan ke tempat-tempat besar Italy. Macam Roma, dan Venice. Kami akan stay di utara Italy, sebab company tempat husband Ana kursus tu kat Utara. So information macam limited jugak la..

tempat kami duduk.Jauh ke utara, dah nak masuk Switzerland dah.


Info yang kami dapat cuma dari kawan-kawan husband la. Yang pernah ke sana. Cuma kami tak boleh nak ikut 100% suggestion dieorang. Sebab mostly kawan-kawan husband ni datang solo. Husband Ana pulak Ana paksa bawak Ana dan anak-anak (muahaha). Jadi pergerakan kami agak terbatas sikit. Dan poket juga..lagi ramai ikut lagi banyak la belanjenya..Kan kan..

Jadi husband cakap..takpe kita redah aje lah. Mana yang kami sampai, sampai lah..Asalkan g Italy..Nak cecah kaki kesini pun bukan mudah kan....

Husband Ana ni kerjanya repair helicopter. Jadi sebelum dia boleh repair heli tu, dia kena la amek course pasal heli tu dulu kan. Kena la blaja sistem ke ape semua. Dah kalau tak paham camane nak repair. Ye dok. So husband Ana kena hantar ke Italy ni sebab manufacturer heli (LEONARDO COMPANY) tu ada kat sana. Tempat yang kami pergi ni namanya Sesto Calende.

Sesto Calende ni adalah sebuah bandar dalam wilayah Varese, Utara Italy. Di sebelah utara Italy adalah negara Switzerland. Ada satu tasik yang sangat besar yang merangkumi 2 negara ini. Nama nya Lago Maggiore (Lago tu maksudnya tasik). So Sesto Calende ni terletak di penghujung tasik Maggiore (bahagian selatan tasik). Jom tengok peta ni:



Kalau tengok peta betul-betul, bandar besar paling dekat dengan Sesto Calende tu adalah Milan (Milano dalam bahasa Italy). Dan Sesto Calende atas lagi dari Bandar Milan tu. Airport yang paling dekat kat situ pula adalah Malpensa Airport.

Lago Maggiore adalah tasik besar yang merangkumi 2 negara iaitu Italy dan Switzerland. Sesto Calende pula memang terletak betul-betul di selatan tasik tu. Tarikan di sini memang tak lain dan tak bukan, scenery yang gila-gila cantik la...Tak tahu nak cakap camana cantik dia..Shopping??..Nahhh..Ana rasa shopping tak berapa sangat. Sebab mahal gilak. Duit Malaysia pun dah jatuh kan. Pasal tu mahal sangat. So kami memang betul-betul berjalan je, kurang shopping sangat.

Eh panjangnya...

Ok-ok..next entry ni Ana nak cerita dari awal perjalanan kami ke sana dan hotel apa kami duduk dan beberapa tips kalau datang ke Italy..

Baca Di SINI ye.tolong la komen-komen sikit..baru la semangat nak menulis lagi..(^_^)