Cuba Makanan Korea di Seoul Garden Hotpot Kuantan
Assalammualaikum wbt.
Anneyongsayoo...Arini tiba-tiba husband bagitahu, " Yang, abang kena g Miri Jumaat ni, sampai ari isnin" ... Whattttt.. Sabtu ni dah la hari first berpuasa. Alahai, tak dapat sambut puasa sama-sama la ni. Sobs sobs. Tapi nak complaint ape kan. Ade orang takde keje pulak. Ana suami keje patut syukurrr alhamdulillah. Hihi. So disebabkan lusa dia dah nak ke Miri, husband ajak la pergi makan best-best sikit. Esok dia dah nak hantar kiteorang g balik kampung, sambut puasa dengan mak je kat sana.
So Ana pikir punya pikir, makan Secret Recipe, dah bosan nak makan kek-kek tu. Nak g KFC McD pun tak lalu. Tiba-tiba teringat pulak Seoul Garden Hotpot kat East Coast Mall tu. Haah tak pernah pergi situ. Boleh la kot kali ni rasa pulak. Husband pun ON je. Layankan ajela bini die ni..Hehe..
Dulu masa Ana belajar Ana ade pergi try Seoul Garden dekat One Utama. Tapi Seoul Garden yang buffet tu la. Buka puasa ramai-ramai dengan kawan kolej. Tapi sebab kiteorang kali ni dah ada anak, tak kuasa dah la kiteorang nak berbuffet-buffet ni lagi. Kang buffet ke mana, anak ke mana, pastu stail kene grill sendiri pulak. Kang bukan daging tu yang grill, tangan anak aku kene grill. Hahaha..Hish Nauzubillah.
Seoul Garden Hotpot ni bukan grill-grill sendiri tu. Dia ala carte stail, yang menyediakan rangkaian makanan-makanan Korea. Macam-macam ada, Bimbimbap ada, stir Fried noodle glass ada, nasi lauk-lauk panas ada, dimsum ada. Macam-macam la. Semua resipi dari Korea.
Harga pun takde la mahal sangat. Start dari 16ringgit camtu la untuk Bimbimbap tu. Bagi Ana sekali sekala nak merasa agak affordable lagi. Kalau Seoul Garden biasa kan kira ikut kepala. Rm60+ camtukan sorang. Kalau anak ramai, memang tak affordable langsung la kot.
Ni linj untuk menu dia http://www.seoulgarden.com.my/images1/SGHP(Msia)-Menu.pdf
Lepas tengok-tengok menu tadi Ana order bimbimbap daging dan teh ginseng dengan kurma merah, husband pulak order nasi putih dengan ayam goreng kimci. Review untuk Seoul Garden Hotpot Kuantan ni so far service okay la. Cepat, kedai pun bersih, mesra pelanggan gitew. Nora bagi, 4 bintang..😁😁
husband order nasi dan ayam goreng kimchi
bimbimbap daging
teh ginseng dan kurma merah
Rasa dia, erm sedap, boleh makan, tapi Ana rase macam kurang pedas la. Taktahu la memang makanan korea tak pedas..(tapi tengok cerita korea tu macam pedas je)..atau dia dah ubah jadi kurang pedas bila datang Malaysia. Kuantiti pulak, Ana rase memang untuk sorang makan je la, takleh share, nanti tak cukup. Kahkahkah.
Itu jelah nak cerita pasal Seoul Garden HotPot di East Coast Mall Kuantan. Everything was fine and smooth jer. Hehe. Oh ya, Ana pengedar Shaklee Malaysia tau. Dan kalau di Kuantan Ana boleh buat COD. Cash On Delivery ye bukan free delivery. Minyak akak kene isi jugak. 😂😂
Boleh hubungi Ana di talian ini 013-2907540, atau
tekan link ini www.wassap.my/60132907540, atau
email pun boleh ke raihanazafril@gmail.com
Kamsamhamidaa 👋🏻👋🏻
Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor Malaysia
ID 1220093
raihanazafril@gmail.com
No comments:
Post a Comment