Homeschooling Timetable

Assalammualaikum..

Seperti yang di janjikan, dalam entry kali ini saya kongsikan homeschooling timetable putera syurga saya, Muhammad Zharif. Anak saya berusia 4 tahun. Jadi aktiviti yang dirancang oleh saya berdasarkan jadual haruslah bertepatan dengan umur anak saya.Jika anda membuat keputusan bermula lebih awal, kenalah buat research aktiviti apa yang bersesuaian ya.Takkan nak suruh anak baru 6 bulan menulis pulak kan.Tak sesuai tu.Saya bermula agak lambat sebenarnya, kesedaran tu datang lambat. Tak mengapa,Semoga Allah menolong saya menyelesaikan impian dan tugas saya ni.Ameen...


Seperti yang anda lihat, saya lakar dan tulis sendiri timetable anak saya ni. Sebab saya kekurangan resources disini. Printer saya ada di rumah lama, belum bawa lagi ke sini. Tak nak buang masa, saya gunakan jugalah kudrat yang ada.Kenalah usaha lebih sikit.

Pada hari Isnin hingga Khamis, saya peruntukkan masa untuk mengajar ABC dan 123. Saya memilih untuk mengajar anak saya 1 huruf 1 minggu. Bardasarkan jadual ni, takdelah sampai 1 minggu kan. Hanya 4 hari. Walaupun subject selepasnya math, science, story telling atau art, aktivitinya adalah berkaitan huruf pilihan minggu itu.Contohnya Minggu huruf A, subject math juga berkaitan huruf A seperti mengira buah epal, art pula mewarnakan gamba Ant dengan water colour dan brush.Begitulah seterusnya.Contoh aktiviti yang dibuat boleh didapati di Pinterest, atau masuk je group homeschooling di facebook, pasti ada material di letakkan di sana.Kena la rajin sikit ya!

Hari Jumaat hingga Ahad, saya khaskan untuk belajar bahasa arab. Saya memilih untuk mengenalkan huruf Hijaiyah dan nombor dalam bahasa arab dahulu.Aktivitinya boleh juga menggunakan idea seperti aktiviti-aktiviti ABC tadi. Cuma tukar-tukar la untuk jadi lebih kreatif. Untuk aktiviti story telling tu boleh la menceritakan tentang akhlak Rasulullah atau sifat-sifat Allah, cerita teladan dan sebagainya.

Sebelah malam pula saya memang khaskan untuk belajar mengaji atau hafazan. Tapi tugas ni saya lebih berikan kepada suami saya. Sebab dia lebih garang jadi anak saya takut sikit nak main-main.Tapi, kalau suami kerja malam tu terpaksa la saya buat juga.Saya gunakan buku Iqra' sahaja untuk bagi Zharif baca.Harap-harap pandailah anak saya membaca Al-Quran nanti.Ameen.

Untuk waktu lunch tu sebenarnya waktu saya nak masak tengah hari. Jadi waktu ini saya bagilah anak saya tengok video atau main game di ipadnya.Waktu sport pula akan beriadah, bersiar-siar kat luar rumah sambil belajar tentang pokok ke, daun ke, tengok langit ke. Atau sekadar main bola.

Walaupun peruntukan waktu belajar tu 1 jam, percayalah cakap saya anak tak belajar pun satu jam tu. Anak saya sendiri boleh fokus 5 min sahaja. Lepas tu dah mula minta mainan. Aktiviti pula kadang-kadang 5 min dah boleh siap, kadang-kadang lebih lama. Jadi beri je anak tu nak main, tapi dlm pada main tu ajak dia siapkan aktiviti dia.Nak bagi mainan apa tu ikut lah, tapi saya rasa disini edutoys sangatlah berguna, untuk menghalang dia nak main ipad sahaja atau tengok tv. Saya pun masih kekurangan edutoys. Maklumlah edutoys ni perlu modal yang besar sikit. Tu lah kadang-kadang tersasar juga nak menghalang dari ipad tu.

TARGET 2016.

Saya sebenarnya dah meletakkan target bagi anak saya ni. Apabila berakhirnya tahun 2016 anak saya mampu memaca dan membaca al-quran dan hafal beberapa juz amma.InsyaAllah.Semoga Allah permudahkan.Tapi ini hanya target supaya matlamat saya lebih jelas. Sekiranya tidak berjaya, tidak mengapa. Usaha lagi tahun seterusnya. Ingat! Ini bukan pertandingan!! Bukan pertandingan anak siapa lebih pandai? Anak siapa paling laju. Jelaskan niat anda. Semua ini dilakukan untuk beri anak ilmu. Ucaplah Alhamdulillah walaupun ilmu yang anak anda dapat tu hanya sebesar semut.

Segala yang saya tulis di atas ni bukan untuk nasihatkan anda, tapi juga untuk diri sendiri. Saya berdoa supaya Allah istiqamah kan diri saya dan suami. Supaya saya tak jadi manusia yang pandai cakap je tapi tak buat. Saya kongsikan di journal saya ni sebab saya nak sokongan di samping membantu juga ibu lain yang ada hasrat seperti saya.Sama-samalah kita berdoa, InsyaAllah.

Dibawah ini saya listkan beberapa website untuk anda search materials untuk aktiviti2 anak anda.Kalau ada cadangan tolong tulis di ruangan komen sekali ya.Selepas ini saya akan kongsi aktiviti Minggu A anak saya. Untuk bagi idea pada anda. Bertemu lagi.



Wassalam.

No comments:

Post a Comment