Membaca dan mengaji bersama set Read Easy dan Al-Furqan.

Assalammualaikum.

Pada bulan ke 4 saya membuat aktiviti homeschooling bersama Zharif yg berusia 4 tahun, saya memilih untuk memilih kaedah 1 minggu 1 huruf untuk anak saya. Tapi lepas saya bercerita tentang plan saya tu pada mak saya, mak saya menasihatkan supaya saya terus shj mengajarnya membaca. Sambil mengenal huruf, sambil terus ajar membaca. Mak saya merupakan seorang guru sekolah rendah jadi saya rasa mungkin ada baiknya saya ikutkan nasihat seorang pakar pendidikan. Tapi kalau difikirkan, lagi cepat anak saya pandai membaca, lagi luas la ilmu pengetahuan dia. Tak gitu??

Selepas buat research bagaimana nak ajar anak membaca, saya memilih menggunakan buku dari syarikat Read Network. Syarikat ini mengeluarkan buku kaedah membaca Bahasa Melayu, English dan juga mengaji. Untuk Zharif, saya pilih untuk ajar English dan mengaji dahulu.

Read Easy untuk English - menggunakan kaedah phonics (bunyi huruf)

Al-Furqan untuk mengaji


Testimoni saya; kedua-dua set ini memang sangat praktikal untuk mengajar anak seawal 2 tahun. Kaedahnya mudah dan senang difahami. Cd pun ada disertakan untuk panduan ibu-bapa.Yelah kadang-kadang kita pun tak tahu phonics (bunyi) untuk sesetengah huruf kan Untuk set Al-Furqan tu pula ada sekali pelajaran tajwid, jadi bukan anak je belajar, ibu dia pun sama tau..hehehe. August 2016, untuk set Read Easy , anak saya sudah pun berada dibuku 5, dan untuk Set Al-Furqan, Zharif dibuku yang terakhir, Buku 4. Saya share sekali video Zharif membaca dan mengaji di bawah :) :)

*** VIDEO SEDANG DIUPLOAD.STAY TUNE

kepada yang baru nak mula mengajar anak membaca dan mengaji, saya kongsikan sikit tips dari pengalaman saya okay

TIPS MENGAJAR ANAK MEMBACA DAN MENGAJI

1.NIAT.   
  • Sebelum mulakan, beritahu kenapa anak kena membaca dan mengaji supaya dia paham dan appreciate moment tu. Contohnya; sebab nanti Allah sayang, dapat pahala,dapat ilmu, boleh baca dengan ibu.Walaupun dia tak paham apa kita cakap, cakap je.Lama-lama dia akan ingat.
2.DOA.
  • Mulakan dengan doa belajar. Agar dapat pahala.
3.TARGET   
  • Beritahu target. Ibu nak awak baca dari sini sampai sini (tunjuk). Make sure target sangat mudah sesuai mengikut umur dan tenaga anak (kalau lepas main lasak-lasak, anak mudah letih).Lepas dah habis target, baru tanya semula, nak baca lagi atau nak berhenti.
4.MAKE IT FUN
  • Jangan marah-marah ye ibu. Anak memang tak suka fokus lama-lama.Mungkin tengah mambaca tu dia nak main toys dia kejap.Biarkan. Jangan menengking waktu belajar. Pujuk balik dengan cara yang kreatif. Asalkan bukan dengan marah.Nanti anak akan set on mind waktu membaca adalah waktu yang menyeksakan.
5.KREATIF
  • gunakan apa sahaja di sekelilng anda untuk dapatkan balik fokus anak. Macam saya pernah dia takde mood nak mengaji, saya pujuk dia gunakan car toys dia. Saya ckp mcm ni " Zharif tak nak mengaji takpela, ibu ajar car je. Car, baca ni cepat". Saya gunakan suara yang berbeza, pretend jadi car dan baca. Tak lama lepas tu Zharif pun excited nak mengaji semula.Be creative okay. Anak bukan robot boleh suruh dan terus buat. :)
6.POSITIF
  • Sekiranya hari tu dia takde mood membaca, let it go.Cuba lagi pujuk di lain masa. Jangan stress2 okay. Ibu positif, anak pun positif. Banyak ingat Allah dan selalu puji anak.Sekecil mana pun pencapaian dia hari tu, jangan lupa puji, cium dan peluk anak.Katakan kita sangat bangga dengan dia.
Setakat itu sahaja perkongsian saya tentang pengalaman mengajar Zharif membaca dan mengaji. Sebarang pertanyaan atau cadangan atau teguran, jangan lupa comment kat bawah ya. Whatapps saya pun boleh. Nak sihat, bertenaga dan cantik walaupun dah penat menguruskan anak dengan supplement SHAKLEE, haruslah whatapps saya juga.(^_^).

Raihana Abdul Aziz
Shaklee Independant Distributor
013-2907540.





No comments:

Post a Comment