KENAPA PILIH HOMESCHOOLING?

assalammualaikum.

Soalan ini memang klise.Pergi je mana-mana blog mommy otai homeschooling mesti ada entry pasal ni.Kenapa soalan ni glamour sgt??..sebab soalan ni pasal niat. NIAT kenapa kita nak homeschool anak kita?..sebab kalau niat kita tak betul kita akan mudah berputus asa.Kalau niat kita salah, kita akan rasa homeschooling ni adalah perkara membebankan dalam hidup kita.

“ehh..aku dah beranak..dah menyusukan..dah jaga anak aku bertahun-tahun sekarang ni nak kena ajar menda kat sekolah pulak ke?..apa jadahnya ade cikgu belambak-lambak sekarang ni??”

No,no,no Mommie. Jangan ada pemikiran macam ni. Homeschooling tu baik. Tak homeschooling juga baik. Kedua-duanya ada pro and con masing-masing.Tapi sebagai ibu bapa, adalah tugas kita untuk mendidik anak-anak kita. Yang paling utama, didikan agama dan akhlak anak kita, dan jika kita boleh didik sekali apa yg diajar di sekolah, bukankah itu satu bonus? Jadi apa-apa pun keputusan yg kita lakukan, pertamanya, niat kerana ALLAH SWT. Bila niat untuk ALLAH, automatik pahala dapat. Bukankah itu tujuan hidup kita? Mengumpul pahala utk menghadap Allah diakhirat kelak?? Wah, jangan cakap saya bajet bagus ya. Saya memang tak bagus pun. Tapi saya cuba jadi bagus.

Ok disamping niat kerana ALLAH tu, disini saya akan list kan beberapa sebab lagi kenapa saya pilih homeschooling. Mungkin ada yg boleh relate dengan diri sendiri. Mungkin ada yang tidak. Cuma perlu ingt. Atas apa alasan sekali pun, there is no right or wrong. Hidup kita, pilihan kita.

1.SAYA SURI RUMAH.
Senang je kan alasan saya ni. Yes. saya suri rumah. Saya dah takde alasan lagi untuk menolak homeschooling. Ape point duduk rumah tapi tak boleh nak ajar anak sendiri. Saya tidak mempunyai bisnes yang memerlukan tumpuan 100%. Takkan saya nak duduk sahaja makan tido makan tido. Jadi saya pilih homeschooling untuk anak saya. Simple je.

‘eh eh..saya bukan mengata akak-akak suri rumah tu makan tido makan tido je eh. Jangan nak buat mulut jahat pula. Ingat apa saya cakap kat atas tu. Hidup kita, pilihan kita. Apa pun keputusan anda, itu hak anda ok’.

2.BONDING TIME DENGAN ANAK
Ni pun agak simple. Bila kita ajar anak kita dan selalu buat aktiviti dengan dia. Bonding tu akan lebih erat. Kita akan lebih kenal anak kita dan tahu apa kekuatan dan kelemahan dia. Dan dari situ kita boleh fokus lebih pada apa yg dia tak tahu dan beri galakan lagi pada kekuatan dia. Lepas tu kalau aktiviti tu dibuat dengan suami sekali, institusi keluarga pun erat kan. Ketawa sama-sama melihat gelagat anak-anak belajar. Daripada semua duduk rumah main henfon je. Tak gitu??

3.SAYA JUGA BELAJAR.
Ya, sebelum mengajar anak, kita perlu siapkan diri kita dulu. Contohnya bila kita ajar subject science, tentang life cycle butterfly, kita akan search macam-macam info untuk beritahu anak kita nanti. Lepas tu kita cari juga bagaimana cara penyampaian yang paling berkesan. Kan itu juga menambah ilmu kita? Saya juga akan search cara mengawal emosi dan cara parenting terbaik untuk mengawal diri saya ni. Dengan secara tak langsung saya juga belajar berubah untuk jadi insan yang lebih baik. Saya berusaha, insyaAllah.

Jadi, itulah 4 sebab mengapa saya pilih homeschooling. Homeschooling ni sangat flexible. Jangan kata puan-puan yang bekerja tak boleh buat homeschooling. Tak banyak masa pun diperuntukkan untuk buat aktiviti dengan anak-anak. Anak saya sendiri boleh fokus hanya 5-10 minit sehari, untuk satu-satu aktiviti. Selainnya memang main dan main dan main. Bab main tu terpulanglah apa kita nak bagi anak kita. Ipad ke, tv ke, atau edutoys. Kesimpulannya semua orang pun boleh buat homeschooling. Terpulang lah pada anda bagaimana nak manage time harian.

Post seterusnya saya akan tunjukkan jadual homeschooling anak saya. Bolehlah puan-puan buat untuk rujukan. Pesanan saya, saya juga masih baru dalam homeschooling ni. Sentiasalah blogwalking mommy otai yang dah achieve macam-macam hasil homeschooling anak-anak mereka. Semoga kita juga akan mencapai apa yang kita inginkan nanti atas izin Allah swt. Ameen…

Wassalam.

No comments:

Post a Comment