Week 1. Week for 'A'.

Assalammualaikum..

Sudah seminggu berlalu.Minggu A untuk program homeschooling anak saya pun dah berakhir.Post kali ini saya akan kongsikan antara aktiviti yang saya lakukan untuk minggu A ni.Semoga anda yang baca ni dapatlah sedikit idea untuk homeschooling anak kat rumah tu kan.Minggu pertama ni sebenarnya banyak materials saya tak ada lagi kat rumah.Jadi sesetengah aktiviti yang saya jumpa dalam Pinterest tu saya ubah-ubah la sikit supaya kena dengan apa yang ada dirumah.Nak keluar ke kedai hari-hari tak larat pulak saya.Kereta pun satu je.Kalau suami bawak ke tempat kerja memang tak berjalan la saya.Jadi redah je la. Elok juga saya mulakan juga dulu walaupun tak cukup barang.Pengalaman tu yang paling penting.Untuk baiki dari semasa ke semasa kan.

Ok, banyak pulak celoteh. Jom kita lihat aktiviti Zharif untuk Minggu A ;


1. Mudah je aktiviti ni. Beli sticker bulat-bulat di stationary shop. Dan lukis ke huruf A atas kertas. Dalam huruf A tu tinggalkan dot dot kosong untuk anak kita lekatkan sticker tu. Untuk anak saya, agak lama juga nak suruh dia habiskan. Mungkin tak cukup interesting bagi dia. Tapi lama-lama pujuk habis juga lah. Di samping ajar dia huruf A, aktiviti juga melatih Fine motor untuk jari dia.Sambil-sambil tu sebut la ini huruf A dan bagaimana bunyi A tu.Boleh juga tanya dia berulang kali sambil habiskan sticker tu.











2. Aktiviti kedua ini pula berkaitan subjek Math.Suruh anak pilih nombor dan suruh dia sebut nombor apa.Selepas tu boleh la suruh dia letakkan 'buah epal' kat atas pokok tu.Jadi dia akan belajar mengira la.Kalau anak dah advance sikit boleh masukkan konsep tambah dan tolak sekali dalam aktiviti ni.Pilih 2 nombor dan tambah atau tolak.Boleh juga gunakan plastisin macam playdoh tu untuk buat buah epal.Jadi dia gunakan tangan dia untuk membulatkan playdoh tu.Skill sensory play boleh diasah.












3. Aktiviti ke 3 ni agak sukar untuk anak saya. Memang tak habis pun dia buat.Tapi saya simpan je untuk masa akan datang.Sebabnya dia masih belum kenal semua huruf dari A-Z lagi.Dia hanya hafal nyanyian ABC songs tu.Lukiskan pokok besar dan pada daun tu tuliskan huruf A-Z dalam huruf Besar. Kemudian buatkan buah-buah epal dan tuliskan pada buah epal tu huruf Kecil.Suruh anak match huruf besar dan kecil tu.Boleh guna gam atau kalau tak ada gam gunakan sahaja sticker.Saya cuba suruh dia bandingkan huruf pada pokok tu dengan dalam buku.Tapi masih tak berminat sangatlah.Hihi...takpelah anak.Nanti satu hari nanti pandailah kamu.









4. Dua aktiviti ini menggunakan water colour. Salah satunya menggunakan brush. Saya ada terbaca menggunakan brush ni elok sebagai latihan dia nak memegang pensel nanti.Menguatkan otot jari katanya.Aktiviti sebelah kiri tu saya hanya lukis gambar 'Ant' dan suruh die warnakan. Dan sebelah kanan pula aktiviti Apple stamping. Gunakan sahaja epal yang dah buruk, belah 2 dan suruh anak stamping.Sebelum boleh ajar tentang epal, bagaimana rasanya, tunjuk biji dan tangkai dia.Untuk stamping boleh gunakan garfu untuk pegang epal tu.Lepas tu boleh la gunting hasil apple stamping tu dalam huruf A.Sambil tu jangan lupa tanya anak ni huruf apa ya.



5. Untuk aktiviti ni,boleh suruh anak anda tunjuk mana satu huruf A pada bulatan merah.Bila dia dah tunjuk boleh flip kertas merah tu dan tanya apa gambar di bwhnya. Kalau anak dah pandai sikit tak payah letak huruf pada bulatan A tu, terus flip kertas merah dan tanya gambar tu bermula dengan huruf A atau tak. Anak saya belum sampai tahap tu lagi 😊. Boleh tanya mcm2 lagi. Contohnya colour apa alligator tu?..berapa byk circle shape di situ. Ikut kreativiti masing-masing.








6. Sebelum ni saya ada buat aktiviti letak buah apple pada pokok apple. Dari situ baru saya perasan anak saya hanya tahu mengira.Tapi ada beberapa nombor dia tak kenal.Jadi dari situ bolehla kita parents boleh fokus utk ajar no mana dia tak kenal tu.Untuk dia lebih ingt. Aktiviti ni macam biasa je.lukis no 8 dan suruh die colour. Sambil tu tanya dia nombor apa ni. Berulang-ulang kali. Dengan harapan dia kenal dan ingat lepas ni.Dan sebab ini minggu huruf A. Saya lukis juga Ant 8 ekor untuk dia kira.






7. Last sekali aktiviti lepas maghrib. Mengaji. Suami saya yang ajar sebab saya ni tak berapa tegas sangat nak suruh anak saya duduk diam-diam macam ni.Kalau saya yang ajar memang sekejap je la dia duduk. Lepas tu dah mula la nak melompat.


















Habislah aktiviti Minggu A. Untuk tambahan di samping buat aktiviti-aktiviti di atas tu, boleh juga bacakan pada anak buku-buku tentang huruf A.Boleh cari di Pinterest atau beli je kat kedai buku.Minggu pertama ni sebenarnya saya belum mula lagi huruf Hijaiyah. Seperti yang saya katakan saya kurang resources lagi. InsyaAllah minggu ke dua- Minggu huruf B saya akan bermula. Pesanan saya kalau nak mudah siapkan material pada sebelah malam, dan esok boleh terus buat aktiviti. Kalau ibu bekerja pula, boleh siapakan pada waktu lunch di pejabat kan. Malam boleh buat aktiviti. Sebab saya mula-mula juga kurang preparation. Banyak masa habis siapkan material je. Takpelah..baru mula, InsyaAllah lepas ni bertambah baik.

Itu sahaja post untuk kali ini. InsyaAllah saya akan share minggu ke-2 saya pula, Minggu huruf B dan seterusnya.Di samping tu kalau ada article menarik saya akan cuba muatkan juga. Semoga post saya ni bermanfaat kepada anda semua. Cadangan dan komen jangan lupa beri pada saya ya.Bertemu lagi.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment