HOMESCHOOLING RESEARCH
Sejak dari mengandungkan Zharif lagi (thn 2012), saya teringin nak ajar Zharif macam-macam.Sebabnya, masa tu bila buka fb je,ramai yang share dekat news feed pasal berbagai ilmu perkembangan anak.Atas perkongsian ilmu-ilmu tu, saya rasa sangatlah semangat la nk ajar anak sendiri.Semangat sangat tinggi masa tu.Semuanya details ditulis dalam diari.Namun apakan daya.Bila dah lahirkan Zharif, dan dah mula kerja,berserta perhubungan jarak jauh (PJJ) pula dengan suami,angan-anganku terkubur bergitu sahaja.
Bukan la sampai terkubur.Cuma untuk balance motherhood and kerja bukanlah semudah yg disangka.Bukanlah semudah membaca blog.Tapi, saya rasa kagum, kerana memang ada ibu-ibu yg berjaya balance kedua-duanya sekali.Jutaan tahniah tahniah untuk 'supermothers' diluar sana.Saya cemburu tau membaca updated activities ibu dan anak-anak mereka.
Saya tidaklah mengabaikan langsung cita-cita saya tu.Cuma aktiviti saya tu tak organize sangat.Buat bila rasa lapang.Tak konsisten la pendek kata.Tapi walaupun sekejap-sekejap, dan tak konsisten,baby sangat banyak belajar.Dan perasaan melihat anak belajar apa yang kita ajar tu, tak terkata gembiranya.
Punye la panjang introduction.Tujuan asal entry ni adalah untuk bagitahu,semalam merajinkan diri 'blogwalking' tentang homeschooling.Dan saya terjumpa la satu page cara ajar kanak-kanak tentang huruf.1 minggu 1 huruf.Blog ni dari US.Addressnya saya ada letak di bawah article ini.
Saya sangat tertarik dengan concept homeschooling dia.Bukannya die mengajar alphabet guna whiteboard dan kids tengok sahaja.Tapi sepanjang minggu tu akan ada aktiviti berbeza setiap hari.Contohnya kalau kita pilih untuk ajar anak kita huruf A minggu ni, 4 hari berturut-turut ada aktiviti berkaitan huruf A.Untuk anda lebih paham, meh saya bagi contoh apa aktiviti dia.
Week 1 DAY 1
- Songs and nursery rhymes – utk aktiviti ni dia ada beri buku untuk di download.untuk huruf A, lagu-lagu dan nursery rhymes dalam buku tu hanya tentang huruf A.Motif dia supaya anak kita sebut huruf A ni pada anak,tunjuk huruf and juga supaya anak kita familiar camana A ni berbunyi.
- “A for apple dot page”– utk aktiviti ni, dia ada bagi worksheet untuk diprint. dalam tu ada gambar apple besar, dalam apple tu ada dot dot sama saiz.so ape yg kita akan suruh ank kita buat, just beli sticker bulat-bulat,and fill in the dot dalam apple tu.sambil dia tmpal sticker tu,kita sebut kuat-kuat.A apple.Buat bunyi A skali, A ”aaaaaa” apple.
- Apple tree playdough math – ni game include math sekali.kita lukis gamba pokok dalam kertas A4 ke, lepas tu ambil tanah liat warna merah.Then, kita gunakan dadu.Suruh anak baling.Dah stop dadu tu, suruh dia kira berapa dot pada dadu tu.Lepas tu kita suruh la dia buat bulat-bulat buah apple dari tanah liat tu untuk letak dekat pokok kita tulis tu.Sambil die mengira kita sebut lagi A Apple.Sambil belajar mengira, sambil belajar huruf A kan.
List kat atas tu adalah aktiviti utk hari pertama.tak banyak.Sebabnya dalam blog tu tulis, anak-anak kita ni tak boleh lama sangat buat sesuatu menda.Dia cepat bosan.
Saya sangat-sangat setuju la aktiviti macam ni.Disamping belajar tu banyak skill-skill anak kita dapat build up.Contohnya fine motor and sensory play .Semuanya dapat dibuat dalam 1 aktiviti. Dan, untuk kita yang beragama islam ni, rasenya nk ajar huruf hijaiyah pun boleh guna kaedah ni skali.Cuma kena jadi lebih kreatif lagi la kan.Kene selalu tengok pinterest untuk dapat idea mengajar tu.Siang dia belajar ABC dan 123.Malam belajar huruf hijaiyah pula
.
Azam 2016 ni, saya nak homeschooling anak saya. Sehari dapat buat 2 aktiviti pun ok dah kot. At least dia belajar something dari main ipad dan tengok cartoon je.
Untuk baca lebih lanjut aktiviti yang saya terangkan tu, boleh tekan link di bawah:
No comments:
Post a Comment