HOMESCHOOLING TERGENDALA? Alahai maafkan saya....

Beribu ribu kemaafaan saya pohonkan kepada sesiapa yang mengikuti jurnal homeschooling saya. Lama sangat saya tak update tentang homeschooling. Puncanya, kandungan saya telah semakin membesar, dan sy mudah berasa letih. Tambahan pula saya merupakan pesakit Thalasemia Minor, HB saya sewaktu mengandung agak rendah, tak penah sampai pun 10. HB rendah ni buat saya letih, dan mudah rasa nak pitam. Saya pernah pitam sekali di pasaraya Tunas Manja masa mengandung. Serik rasanya. Mujurla anak dalam kandungan takde ape2.

Aktiviti homschooling saya dan anak still berjalan. Tapi dah tak seperti waktu sy sihat. Dalam 2-3 hari ada la satu dua aktiviti sy organize.Sampaila saya melahirkan anak kedua saya ni.Waktu ini anak kedua saya dah berumur sebulan, dan saya sudah semakin sihat.Alhamdulillah.Saya akan mulakan balik aktiviti homeschooling untuk mencapai matlamat saya untuk akhir 2016 ini.InsyaAllah.Apa matlamat saya? Boleh baca artikel saya dengan klik di sini.

Ok untuk entry kali ini saya hanya nak ceritakan aktiviti homeschooling anak saya sepanjang saya mengandung. Itu pun mana yang saya ingat dan mana yang ada gambarnya. Maklumlah dah berapa bulan stop blogging. Gambar pun dah tak keep in track lagi.

1.Straight forwd. sy koyakkan kertas warna byk2 dan suruh tampal dalam letter "C" tu..sambil mengenalkan huruf 'C' pada ank saya.Aktiviti ni saya buat bersama sepupu dia, sebab masa ni mereka ada di rumah nenek.Both suka sangat buat.Sepatutnya yang belakang tu pun kena buat, tapi nampak kan, tak interested.hehe..




2.Because of the day is the "C" day, so after kenalkan huruf C pada mereka saya lukis a "COW" untuk mereka colour and saya juga suruh mereka match sticker number 1-10 pada number tepi2 gamba cow tu. Cousin Zharif match numbers tu kena pada bulatan tu, tapi Zharif tanak, dia nak tampal di tepi buatan tu. Takpe la..adala imaginasinya tu..biarkan sahaja..






3. Untuk aktiviti ni, saya ambil toys2 dia, letak dalam air dan bekukan jd ice. Bila dah beku, saya ajak Zharif keluar rumah dan sediakan air suam. Saya pun sama2 cairkan kan ais tu guna air suam so nanti Zharif boleh dapat kan toys dia. Saya suruh dia celupkan sponge dalam air suam dan perah pada ice tu.Untuk aktiviti ni, dia boleh belajar 'hot' and 'cold', boleh main air, boleh practice genggaman dan of course, menambah vocabulary dia.




 4. Ini aktiviti art. Minggu ini untuk huruf "E". Sebelum buat art ni, saya bacakan buku elephant pada dia dulu. Lepas tu saya ajak dia cantumkan bentuk2 tu, untuk dijadikan elephant. Dah siap boleh la story telling lagi guna elephant yang dah siap ni.Maafla gamba dah siap takde. Hilang ke ntah mana-mana saya letak.huhu






5. Al-kisah main lego je. Tak susah mana pun. Buat aeroplane, Buat elephant. Buat crocodile. Jangan lupa sentiasa cakap dengan anak-anak okay. Layan je imiginasi dia tu tau.















Serius banyak lagi aktiviti, Tapi puas saya cari gamba tak jumpa.Takpe-takpe, nanti saya cuba cari lagi okay. Dan share dengan semua.Saya juga sudah membeli buku EasyReader untuk Zharif mulakan latihan membaca.InsyaAllah saya akan share pada post akan datang. Sesiapa yang nak mulakan homeschooling, it is never too late. Usaha, usaha dan usaha. Semoga Allah bantu kita.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment